♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, August 29, 2012

Dewa (Shiro) date Dr. Balkis

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita minggu lepas, baru berkesempatan nak menulis.

Dengan suka hatinya, I change his name to Dewa. Nama manja selain Shiro. Miumiuuu

Kesibukan sebelum puasa, semasa puasa, dan seterusnya selepas raya. Pun begitu, keadaan Dewa (Shiro) yang semakin merunsingkan dari hari ke hari, tidak boleh di tangguh lagi. Terima kasih, kepada kawan I yang sudi membawa Dewa ke veterinary. 

Mari la cuci mata uolls dengan karenah Dewa sepanjang berdating dengan Dr. Balkis.


Perhatikan gelagat Dewa di dalam cage. Kelam kabut memerhati kawasan yang baru dia jejak. 

"No pets on the counter" tapi, tak faham kenapa yang bawa Dewa ni tak letakkan Dewa kat bawah. Mungkin sengaja berperangai seperti tak faham bahasa. Apa la ayat yang terkeluar dalam hati orang yang sedang men-register. Ayat I agak kasar, jangan la super sentap bila membaca ye kawan. Well, sign ni baru sahaja letak kot. Sebab, sebelum ni I bawa kucing2 yang lain, takde pun sign ni. 


Consultation room, kesejukan tak kala duduk kat atas meja. Masih berwajah tak puas hati dan minta belas ehsan. Eh tak payah nak buat muka kesian sangat ye. Awak sakitkan.


Apa pandang2. Tengok mata tu, dah comot!!!


Mula rasa selesa. Main2 atas penimbang. Yes, 3kilo sudah. Makan tak seberapa. Tapi berattttt.


Taraaaa checking time. Tengok telinga, mata, dan mulut. Yes!! Dr. Balkis kata, semuanya okey. Fuhhh puji pujian buat I. Bermakna cara I jaga menjaganya bersih. Tapi dah 3bulan tak mandi. Muahahaaaa


Start dose ubat dalam bentuk cecair. Malangnya, Si Dewa ini memuntahkannya semula. Makanya, tak boleh la bagi ubat cecair kepada Dewa ini. 

Hasil temujanji, tak ada apa yang merunsingkan. Semua okey. Cuba, bawa balik bekalan yang perlu dihabiskan dalam seminggu. Okey baik. Dewa makan sendiri okey. T_T


Time yang tepat, waktu lawatan pun tamat. Mungkin sebab musim raya, klinik hanya beroperasi sampai pukul 2petang sahaja. Pufff


Waktu untuk pulang. Masih muka tak puas hati. Huh.

Itu sahaja. Bekalan yang diberikan tak sempat pulak nak snap. Kelam kabut kata kawan I ni.

Uolls tertanya2kan apa sakit si Dewa ni sampai nak kena bawa dating dengan Dr. Balkis?? I pendekkan sahaja sinopsisnya. Dewa mengalami sakit mata hampir 3minggu. Even thou, I ada stock ubat mata yang memang I amik extra dari veterinary 3bulan lepas, masih lagi tiada perubahan. Makanya, kena la bawa dating dengan Dr. Balkis. Secara tak langsung buat la sekali harung pemeriksaan kesihatan yang lain.

Sudah sihat, boleh bawa semula dating dengan Dr. Balkis untuk vaccination. Akan complete 3set vaccine yang dicadangkan oleh Dr. Balkis.

And I think, I also have to get a vaccination, to protect myself too. 20 ekor kucing kottttt dalam jagaan. Sendiri mau ingat la kaaaaaan.

Okey!

Sekian berita kucing.

Monolog: Sudah bersedia untuk mengurangkan kucing yang banyak.

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails