♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, April 21, 2012

Onde2 Mama :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar semua? Sihat? Alhmadulillah kalau sihat. Kalau tak sihat pergi klinik eh. Nanti melarat susah tau. Macam I sekarang ni kurang sihat sangat. Tak tahu mana angin sampai, hampir sebulan dok batok2. Dah bergallen ubat batuk I makan, tetap serupa. Apa la nasib badan. Terima aje la dugaan kecil ni kaaan.

Nothing much yang nak I share. Cuma, beberapa hari lepas, I dok merengek nak makan kuih onde2kan. Sampai buat entry. Picit sini kalau nak baca. Jadinya I merengek la dekat Mama I, nak makan kuih ni. Dengan harapan beliau mengusahakannya. Atau kata mengada yang lain, sengaja nak makan kuih buatan Mama. Bukan malas nak buat, tapi tak reti. Noktah.

Naluri seorang Ibu, walau malas macam mana sekalipun, tetap akan diusahakan. Betul tak Ibu2 sekalian? I belum jadi Ibu, jadi I tak tahu. Ibu kepada anak tekak I, I tahu la. Nak makan apa, boleh diusahakan mencari makanan yang nak dimakan. Kalau mahukan dari air tangan Mama, kena kena buatkan laaaaaaaaa. Kan Mama kan.

Dan inilah Onde2 Mama. Sedikit kekeliruan berlaku. Yang I mengidam tu, lain kaaaan? Terang2 I dah tulis nak yang macam mana. Tapi, fahaman Mama, kuih ini. Mama kata, orang Selangor panggil kuih ni Onde2, yang I dok ngidam tu kuih Buah Melaka. Tapi, fahaman I, kuih Buah Melaka, atau Puteri Mandi, atau Onde2 adalah kuih yang sama. Kalau yang ini, kuih Bijan atau pun kuih Bom. Betul tak U olls? Ke I salah?


Pun begitu, tetap I bawa ke tempat kerja pagi ni. Mama dah usahakan, nanti kecik hati pulak. Terima kasih Mama.

Bab tekak I yang teringin ni, tetap I usaha jugak. Mungkin gentel sendiri boleh puas hati ye tak? 

Oke! I nak jawap soalan "exam". Jumpa lagi. Bye2

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails