السلام عليکم
Hari ni, 17 April 2011. Tinggal beberapa jam lagi Yy bakal dibebaskan. Ahaaahaa so nakal the ayat. Me n my own self punya perangai no copycat from others. Dibebaskan dari kurungan yang disebut2 sebelum ini. Tempoh dua minggu yang cukup2 menguji tahap kesabaran Yy yang semangnya baran. Alhamdulillah berkat dari doa keluarga dan rakan2 sekeliling, yang jauh yang dekat, tempoh dua minggu yang telah Dr. Thomas tetapkan, terlalu pantas. Kalau ditanya pada diri Yy sendiri, waktu2 dua minggu itu sangat la lambat.Baru sebentar tadi, Dr. Nury (yang melakukan pembedahan Yy tempoh hari) datang buat round. Kebiasaannya, setiap hari team Dr. Nury akan datang ke wad. Tapi kali ni, Dr. Nury pula turun padang. Ditakdirkan setiap kali team dental datang buat round, Yy berada di dalam keadaan yang tak sakit. Ahahhaa. So, setiap kali bila ditanya, "Are u ok?" isyarat bagusyang mampu Yy tunjukkan. Ye laaa, Yy ada suara tapi tak mampu nak keluarkan, kerana selagi ada tiub didalam hidung, dan terus ke rongga dan masuk ke perut, perit tak terkata dibuatnya. Hanya pada Allah s.w.t Yy berserah minta dipinjamkan kekuatan.
Menurut Dr. Nury, esok segalanya jahitan di leher, tiub di hidung, besi yang menahan gigi Yy selama ini akan dibuka. Saat mendengar kata2 Dr. Nury itu, perasaan Yy melonjak syukur. Tapi, lama kelamaan, perasaan itu lenyap. Lenyap bukan tidak gembira, tapi Yy lebih kepada redha dan pasrah. Tidak mahu gembira sangat. Andai esok masih tidak boleh dibuka, bukakankah kecewa itu lagi sakit...?
Menanti hari esok dengan penuh kesabaran... Adakah ianya menjadi kenyataan..
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^