♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, April 18, 2011

Yes..!

السلام عليکم
Hari yang ditunggu2 datang juga. Penyeksaan selama 2minggu bakal berakhir hari ini. Seawal 9.30pagi, Yy sudah pun berada di klinik pergigian, untuk temu janji. Ditemani dengan jururawat peribadi, Doreen Tina dan juga Yart, seawal pagi datang melawat. Dugaan Allah s.w.t, Yy terpaksa menunggu selama 1jam menunggu file Yy yang tak sampai2. Sehinggakan Yart yang beia2 ingin menyaksikan detik2 pembuangan, terpaksa pulang ke opis, atas urusan kerja dengan segeranya. Sedih melihat reaksi Yart yang tidak dapat menyaksikan detik2 pengeluaran.

Selama 1jam lebih menunggu, akhirnya, jahitan, tiub dihidung, besi di gigi (kecuali besi penanda centre gigi) sudah dibuang. Alang2 bukan kepalang seronoknya hati Yy bila dah terkeluar barang2 tersebut. Allah s.w.t sahaja yang tahu bertapa gembiranya hati ini. Kepada-Nya Yy bersyukur kerana, tempoh dua minggu berakhir dengan jayanya, walau azab melalui hari2 yang sangat2 menyiksakan.

Pesan Dr. Nury "Soft diet ok, kalau tak, memang kena pakai balik besi dengan tiub ni lagi" dengan senyuman yang senget, yy berkata "Ok soft diet. Pantang dulu

Pulang ke katil, bermulanya permainan emosi yang tidak stabil, apabila berlakunya keadaan yang diluar dugaan. Walaupun besi dan tiub itu baru keluar, hati Yy berasa sayu dan tersangat2 hiba. Pertuturan Yy menjadi tidak lancar. Seperti seorang budak yang baru belajar bercakap. Lidah seakan pendek. Ya Allah, dugaan ini Yy tepis dengan penuh keredhaan. Yy berpura2 happy, minta2 gelak tawa itu buat Yy lupa akan kecacatan ini. Bukan cacat, mungkin juga tempoh dua minggu segala pergerakan tidak ada, maka lidah mula jadi kaku. Dan mungkin juga kesan bius masih ada. Kata Yy, sekadar menyedapkan hati. Walau sebenarnya, mahu menangis sekuat2nya.

Menunggu Mama dan Ej datang menjemput. Tak sabar rasanya mahu pulang kerumah. Sementara menunggu, Yy mengambil kesempatan mengemas2 barang2 yang melambak. Entah apa la yang banyak sangt ni. Ini la dia kalau Ej yang pack barang. Melambak2. Hehhe. Dekat 1.30petang, Mama dan Ej pun sampai.

Setelah selesai segala bill, ubat dah pun ambil, mahu aje melangkah, tiba2 Staff Nurse jerit nama Yy dan mengatakan Yy tak boleh balik lagi. Harus menunggu Doctor Medical datang, kerana sepanjang tempoh Yy di hospital, sugar Yy naik. Glup! Tertelan air liur dibuatnya. Dugaan Allah s.w.t datang lagi, takpe la Yy tunggu sahaja.

5jam berlalu, menunggu dengan penuh kesabaran dan kemarahan. Sudahnya Staff Nurse panggil dan beritahu  "Dari awak tunggu lama2, awak balik aje la, kalau tunggu lama2 pun tak tahu bila Doctor Medical datang. Kalau ada apa2 nanti kami talipon." melonjak gembira dalam hati. Ceh... Kemarahan menunggu 5jam tadi lenyap begitu aje.

Sepanjang perjalanan pulang dari HTAR ke rumah, Yy memandang jalan dengan perasaan yang bercampur2. Ingin menangis, tapi Yy tahan. Sampai sahaja tol Subang, hati melonjak sayu apabila terpandang apartment yang pudar warna catnya dari jauh. Ya, itu rumah sewa Yy. Dah lama Yy tinggalkan rumah itu. Entah macam mana gaya dan rupanya rumah itu. Berhabukkah..? Bersepahkah..? Berminyakkah..? Atau bau masamkah. Tidak Yy fikirkan dalam2. Cuba sembunyikan perasaan sedih yang terpendam dalam hati.

Sesampai di Jalan Punchong, Yy singgah di klinik, tempat Yy bekerja. Bukan sengaja untuk menonjolkan diri yang tak sihat di tempat kerja, tetapi bekalan ubat tahan sakit tidak ada. Atas nasihat Dr. B, beliau meminta Yy singgah ke klinik untuk mendapatkan ubat tersebut. Memandang wajah Sue, dan Siti, air mata Yy terjulai tanpa Yy minta. Saat itu, Allah s.w.t sahaja yang tahu bertapa seksanya menahan air mata. Hehehe

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, Yy selamat sampai di rumah keluarga Yy. Melihatkan wajah adik beradik Yy, makin berjurai2 air mata ini. Mama, Ayah, Ej dan Yart cuba menenangkan Yy, namun air mata yang telah lama terkumpul itu seakan berlumba2 minta dilepaskan. Yy mahu menangis sekuatnya. Tidak sanggup lagi menahan. Saat itu juga, dapat yy lihat, wajah gelisah Ayah, wajah sayu Mama, namun air mata ini, masih laju mengalir.

Dan akhirnya, setelah selesai solat Isyak, Yy merasa tenang dan zzzzzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs