السلام عليکم
Bermula episod menyendiri. Entah Yy sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana. Tapi jalan ini yang Yy pilih. Walau hakikatnya, ramai yang bertanya itu ini dengan Yy,Yy lebih rela berdiam diri.Kala ini E63 Yy tutup. Yy tahu pasti ramai yang akan mencari. Mahu bertanya khabar, dan mahu bertanyakan kesihatan Yy. Yy belum ada kekuatan untuk menjawab segala persoalan. Rasa rendah diri terlalu menebal. Entah la. Yy juga faham, ramai yang mengambil berat akan kesihatan Yy. Tapi bagaimana pula ingin Yy jelaskan akan rasa rendah diri yang terlalu menebal dalam hati. Hanya pada Allah s.w.t yang tahu akan seksanya diri ini, yang terpaksa mengakui inilah hakikatnya perubahan yang berlaku atas diri Yy.
Bila bercakap, Yy jadi sayu. Sedangkan yy ni merupakan seoranag yang becok berbicara.
Perlahan2 Yy terbitkan keyakinan diri Yy yang seakan hilang ini.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^