السلام عليکم
Terkebil2 buka biji mata pagi ni. Kesan akibat tido lewat. Ngeh! Siapa yang suruhkan. Lain kali jangan tidur petang. Dengan penuh malas2, bangun juga takut terlepas appointment.Ditemani oleh Ayah dan Mama. Apa yang boleh Yy kata, sangat bersyukur kerana dalam saat dan ketika Yy berkeadaan begini, mereka masih ada, dan masih boleh menemani Yy dan sanggup menemani Yy tanpa banyak bicara. Bukan Yy tak boleh pergi sendiri, tapi mereka sendiri yang mengofferkan diri. Kecil tapak tangan stadium bukit jalil Yy tadahkan. What can i say, I LOVE MY FAMILY.
Macam biasa la kan, asal Isnin je klinik full, asal full je hari Isnin. Hehehe. Menunggu la Yy selama 2jam walau dah ada appointment. Standard la hospital. 1st come, 1st serve. Huhuuu
Tibanya giliran bernombor 1232. So, terhencut2 la Yy jalan. Suma Staff Nurse tanya "Mana tongkat..?" Yy hanya jawap "Masih leh jalan, bukan teruk mana pun." Biasa la Yy kan tak suka benda2 yang menyusahkan. Selagi boleh, usaha lebih.
Bertemankan Mama, bersama2 masuk ke bilik 77, berjumpa dengan Dr. Nurmimie. Tak lama kemudian, Dr. Handsome, yakni Dr. Nury pun masuk. Beliau check2 dan "Oke, semua cantik. Ada cuba berus gigi..?" Yy jawap "Ada slow2 berus" dan kemudian beliau berkata "Masih soft diet oke, jangan makan keras2 dulu. Mungkin lagi 6bulan, baru leh letak gigi palsu kat situ. Kasi heeling betul2 baru leh buat." Mama pandang Yy dan Yy pandang mama. Bila dihitung, dikira, dalam bulan 10 macam tu baru leh letak gigi palsu. Hehhee
Selesai sesi check mengecheck, Dr. Nury berkata "Kalau semua patient macam U, senang semua kerja." Wah bangga diri dibuatnya. Ahahaha berkat dari kesabaran, doa rakan2 Yy cepat sembuh. Amin, tiap kali Yy berdoa pada Allah s.w.t, moga dipermudahkan perjalanan. Amin doa Yy termakbul. Terima kasih Allah.
Lunch time, so untuk pertama kalinya, Yy lunch bersama Mama dan Ayah diluar. Ahahha. Macam anak tunggal lak dibuatnya. Tunggal la kan, seorang je pompuan. Heheheh.
Oke, mahu lelap mata sebentar. Zzzzzzzzzzzzz
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^