السلام عليکم
Ni kisah pagi tadi, Yy baru berkesempatan nak menulis. Bukan mahu aibkan sesiapa. Korang bukannya tau siapa kan...? Yy sorang je tau.. Bueeeeeek
Yy dapat semes dari kawan Yy...
"Selamat pagi, saya terjaga awal, bangun dan terus basuh cadar dan atas tilam putih sebab saya terkencing masa tido. Tak pernah2 saya kencing time tido, ni la first time. Nasib baik terjaga masa tengah kencing.. Malu sungguh..."
Reaksi Yy tak kala membaca... Tiada kata melainkan sengih2 kambeng. Kalau gelak kuat2 maunya kena pekik dengan Mama dan Ayah. Itu bukan soalnya. Nak juga tau, korang biasa tak dengan insiden ini...? Bohong la kalau korang tak biasa. Yy pula biasa ke..? Ni yang nak buat kisah benar ni.. Tak pe gelak dulu harharharhar...
Ye, kejadian yang berlaku ke atas kawan Yy itu, pernah berlaku pada diri Yy. Jeng jeng jeng, ku tidak malu mengakuinya. Ala, korang ku jujur orangnya tauuuuuuuu. Ahaks, biar ku puji diriku ini. Tetapi tidak la selencun mana, setakat terkincit aje. Ngah2 tu la mimpi pergi tandas, itu la jadinya.
Buat kawan Yy ni, tak perlu la nak malu bagai. Itu memori indah kala tidur. Kata kawan Yy ni lagi, sedari kecil tidak pernah berlaku perkara sedemikian. Well, good experience kan. Lain kali kencing dulu sebelum tido, walau rasa tak banyak yang akan keluar. Hehhe
Entry tiada gambar.. Tak baik aibkan orang.. :D
Peace no war beb
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^