♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, January 25, 2010

PTSA... (",)

Semalam, hari cuti aku. Kalau ikut nafsu, aku nak tidur sampai ke tengahari. Biasa la kan kes balas dendam ni. Tapi minggu ni, aku bangun awal. Kenapa, nak menunaikan hajat Dato' yang nak sangat makan roti bomm kat Pasar Tani, Shah Alam (PTSA). Alang2 dah kesana, aku pun fikir nak memasak. Semangat aku nak memasak da sampai. Masak apa eh... (",) 

Seperti biasa, parking da tentu2 penuh. Ye la hujung minggu kan. Mana yang nak li barang2 masak tu, turun la awal. Yang nak breakfast pun ada gak, takut lak makanan habis. Aku pusing dekat 3 kali dok cari parking. Alhamdulillah, dapat juga parking yang tak jauh dari pasar. Malas nak jalan jauh2 kejap lagi tentu2 matahari panas keluar. 

Aku ni memang ada masalah dengan matahari, tak leh lama2 sangat dengan matahari, kerana akan mengundang sakit. Bukan mengada2 ye, aku memang tak leh lama dengan matahari. Kalau tak aku pengsan, aku akan sakit kepalamigraine dan bawa ke . Bila da migraine, semua jadi uncontrol. Nak control balik mengambil masa yang agak lama. Pasal aku kena tidur, sekurang2nya 5 jam. Ratu tido kan. Tapi kan pernah satu hari, aku dok tenung matahari dekat 15min. Pasal matahari tu cantik sangat2. Sudahnye, aku tido kat tempat kerja seperti yang aku cakap tadi. 5 jam tau... Boleh macam tu... (",) 

Perkara yang pertama yang perlu aku buat bila da melangkah masuk ke kawasan pasar ni, cari barang masak dulu. Takut nanti kehabisan, kempunan pulak orang yang teringin nak makan. Da jumpa pusing lagi cari barang2 yang lain. Da habis pusing, da berpeluh, nak cari makan pulak. Aku takde la beli barang banyak2, kerana aku tak suka simpan stock banyak2. Bukan ringan sangat pun tangan ni nak memasak. Hikhik.. Kalau rasa nak ke dapur baru la aku cari barang. 

 Sedang aku dok berjalan di tengah orang ramai ni, aku agak terkedu dengan beberapa insiden.

Insiden yang pertama 
 Seorang Ibu, menghulurkan Rm1 kepada anaknya, yang aku anggarkan anak itu berusia 8tahun.

Ibu ~ Nah amik ni (dengan muka yang agak garang)
Anak ~ Nak beli apa  
Ibu ~ Bagi orang tu (sambil menunjukkan pengemis yang ada dibelakangnya)
Anak ~ Siapa? (tanya si anak blur2)
Ibu ~ Hish yang belakang tu, pengemis tu (seakan marah, sambil menunjuk sekali lagi pengemis dibelakangnya, tanpa melihat langsung pengemis itu) 

Biasa la kan, kalau kat mana2 pasar, memang bersepah pengemis yang dok mengemis. Siapa pun dia, dia tak upaya macam kita yang sempurna ni. Cuma aku agak terkedu dengan cara si Ibu. Wahai Ibu, dengan cara itu, pemberian itu ikhlas ke...? Pada pendapat aku, kalau tak ikhlas, jangan bagi. Si pengemis tu pun bukannya paksa orang yang ada disitu menghulurkan sesuatu. Hish...

Insiden yang kedua
Aku berjalan lagi, aku dengar suara orang mengaji. Aku fikirkan, salah seorang peniaga kat situ, pasang CD mengaji. Alangkah tersentuh hati, sebenarnya bukannya bunyi CD tetapi seorang pengemis buta sedang bertahfiz. Aku tersenyum, tapi senyum aku tak lama, kerana aku tersentak dengan satu kelakuan

Tak jauh dari pengemis buta itu, kelihatan seorang anak kecil, yang aku anggarkan berusia 7tahun. Si kecil itu, seakan mengajuk2 cara penyampaian si buta. Mama yang berdiri disebelah anak kecik itu, tertawa melihat aksi si kecil. Ya Allah, Mama... Kenapa tak ditegur anak itu. Aku memerhati gelagat si kecil. Mahu sahaja aku menegur, tapi siapa aku nak tegur anak orangkan. Kang tak pasal2 dihempuk dengan sayur2 yang ada. Aku hanya mampu memerhati si kecil, tanpa kelip. Mungkin si kecil perasan kelakuannya diperhati, terus berhenti dan menyorok dibelakang Mamanya. Aku hanya mampu tersenyum, dan mengelengkkan kepala... (",)

 Insiden yang ketiga
Aku berjalan lagi, dan terserempak dengan seorang Uncle. Gila ranggi Uncle tu. Dengan baju takde lengan, bertopi, bercermin mata hitam. Berpimpin tangan dengan si isteri. Wow romantic gila. Aku rasa la umur Uncle tu dalam 56++. Yang best dia pegang wiper. Dalam hati, umur bukan penghalang kalau memang ada minat... (",)

Da dapat apa yang dicari, sekarang nak pergi Carefour...

To b continue... 

P/s Hari minggu yang Indah

2 comments:

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs