السلام عليکم
Aku di situ
Mendengar
Meneliti
Memerhati
Mendalami
Keadaan yang sedang berlaku
Ada aku disitu
Setiap masa yang terdetik
Setiap kata yang terkeluar
Setiap kelakuan yang terpamer
Setiap hilai tawa yang gembira
Ku cuba mendalami keadaan ini
Aku berada disitu
Saat menanti
Saat berbual
Saat bergurau
Saat bermanja
Aku diam terpaku
Ya, aku disitu
Selama 12jam tanpa kemana2
Kerana aku tahu
Perkara ini akan berlaku
Ku genggam tangan
Tanda marah
Menggigil tubuh badanku
Tanda geram
Seram sejuk tubuh aku
Tanda tidak tertahan
Masih ku berdiam diri
Terpaku di tempat yang sunyi itu
Tidak mahu kemana2
Tidak mahu keadaan yang buruk berlaku
Yang pasti
Aku seperti tiada hati
Untuk bersemuka dengan mereka2 ini
Sesungguhnya
Pintu hatiku, kian tertutup rapat
Tidak mahu lagi dikaburi
Tidak mahu lagi aku tempuhi
Garis2 terluka sakit hati
Adakah ini dendam
Atau prasangka buruk
Terhadap perkara lepas
Tidak
Aku rasakan tidak
Kerana ku merasakan
Aku kian ditindas
Ada apa dengan 04/10/10
Hanya mereka yang tahu
Yang pasti
Diri ini tidak lagi mempercayai
Kerana
Hati ini sudah tawar
Aku ingin menjauhi
P/s Cukup sudah
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^