Sekadar share artikel dari Metro hari ini.
SAYANG biarlah bertempat kerana agak keterlaluan jika anda menyusun atur segalanya hinggakan si dia bosan serta tidak selesa dengan bunyi deringan telefon anda.
Apabila segalanya dipantau, dia mula berasa anda semakin menyekat pergerakannya.
Itu baru bergelar kekasih, belum lagi terikat sebagai tunangan atau isteri mahupun suami. Saat itu, ke mana saja kaki melangkah si dia mungkin harus ‘melapor’ diri dan itu pastinya membosankan.
Tidak mustahil jika hubungan yang baru terjalin boleh putus gara-gara sikap keterlaluan itu.
Berikut sedikit petua yang mungkin boleh digunakan untuk mengelak diri daripada terlalu mengongkong si dia:
Menelefon si dia lebih daripada si dia menelefon anda
Segala rancangan untuk keluar semuanya anda yang atur sedangkan selama menjalin hubungan, dia jarang mengaturkan pertemuan .
Bahkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak anda keluar. Bukan itu saja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang keluar bersama, hanya anda yang mengeluarkan belanja. Jadi, tanyalah diri, apakah bentuk hubungan berkenaan?
Anda sering memberi si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberi hadiah biarpun pada hari ulang tahun kelahiran.
Apa saja yang diminta, anda pasti sedaya upaya mengadakannya meskipun sesetengah daripada permintaan itu di luar keupayaan. Demi cinta, anda sanggup menebalkan muka dengan teman atau keluarga meminjam wang untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.
Setiap kali keluar bersama, anda sentiasa membawanya ke tempat yang mahal dan mewah.
Tujuannya supaya dia sentiasa gembira untuk keluar bersama. walaupun hakikatnya, anda bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian.
Terlalu memanjakan si dia biarpun sudah pasti dia melakukan kesalahan dan cuba bersikap curang tetapi anda hanya bersikap acuh tak acuh. Anda sanggup lakukan apa saja kerana enggan hubungan hancur tetapi wajarkah tindakan itu?
Akibatnya:
Anda cepat berasa tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberikan apa yang selalu diberikan pada anda atau pemberiannya mulai berkurangan.
Misalnya, pada awal percintaan, setiap hari dia menghadiahkan sekuntum bunga dan sekeping kad ucapan. Tetapi lama-kelamaan hanya sekuntum bunga tanpa kad ucapan.
Bahkan, semakin lama si dia tidak pernah memberi anda apa-apa sehinggakan anda cepat berasa sedih dan menganggap dia tidak lagi menyayangi diri anda.
Akhirnya, hubungan dengan dia ibarat retak menanti belah dan perselisihan boleh meletus hanya kerana perkara kecil.
Anda pula, sudah menghimpun terlalu banyak perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil ‘pelaburan’ selama ini.
Misalnya, anda sanggup berkorban duit gaji untuk membeli hadiah buatnya dan berharap si dia menghargai apa yang dilakukan untuk dirinya. Malah anda mungkin berharap dia akan melakukan sesuatu yang lebih baik daripada itu untuk anda.
Namun jika berlaku sebaliknya, anda pasti akan berasa sedih dan tersinggung, seterusnya hubungan tidak mampu bertahan lama.
Anda tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan.
Pakaian sendiri tidak pernah bertukar ganti sedangkan untuk si dia, setiap minggu anda mengajaknya keluar membeli apa saja keperluannya.
Akhirnya, pekerjaan, pelajaran atau apa saja yang anda lakukan terjejas. Tidak mungkin si dia mahu terus bersama anda andainya dia merasakan anda terlalu banyak kekurangan daripada dirinya.
Lama-kelamaan dia hanya akan bersama anda apabila dia memerlukan pertolongan saja. Si dia mulai menjauhkan diri daripada anda dan memberikan alasan apabila anda ingin bertemu.
Anda pula semakin beria-ia memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama. Namun tindakan itu hanya sia-sia kerana si dia tidak pernah menghargai apa yang anda lakukan.
Tindakan sebaiknya:
Berhenti mengharap supaya perhubungan mampu bernafas kembali. Cara terbaik adalah elak daripada menghubunginya dan diamkan diri buat seketika.
Sibukkan diri dengan kerja atau menolong keluarga untuk beberapa minggu. Jangan bimbang, anda tidak akan berasa kecewa.
Apa yang penting, berikan ruang untuk perhubungan anda. Anda perlu selalu ceriakan diri tetapi sesekali, hubungi si dia cuma jangan berbual terlalu lama, memadai sekadar bertanya khabar.
Tindakan tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat apabila fikiran sudah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi semata-mata. |
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^