Kulihat cantiknya rama-rama
terbang bebas berirama
membawa bahagia dalam jiwa
khayal aku di luar fana
hingga
putaran masa menduga
lara datang mengetuk jiwa
kesabaran tak lagi bersama
akukah yang terleka?
membiarkan sekam diam membara
lantas kubisukan hati dan minda
melihat lara pergi bersama bahagia
tinggalkan aku dalam duka
sekian kali aku bersedu
sedetik senyuman bertemu
huluran yang jitu
ikhlas berpalu
terasa indah di kalbu
"jangan diganggu!"
kataku
biarkan ia menyapu
segenap duka yang lalu
kerna hanya diriku yang tahu
apa yang ku mahu
tiada aku malu
juga tidak ku ragu
seandainya senyuman itu
tercipta ikhlas buatku..
P/S Biarkan rama2..
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^