♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, October 19, 2009

SaBaR iTu PerLu

Sekadar satu luahan yang tak mampu aku pendam lagi. Nak juga aku kongsi dengan korang2 yang kat luar sana. Aku tak faham dengan segelintir pihak yang cuba untuk memburukkan aku. Tak sudah2 nak jaja cerita aku bagaikan aku ni berdosa sangat dengan dia. Apa yang aku kurang nak faham, pada semua orang dia seakan mahu aku ni nampak buruk sangat. Dari kawan2 yang aku sendiri kenal, sehingga la segala macam orang dok bertanya pada aku benda yang sama. Aku tak tahu apa dosa aku dengan dia sampai hal peribadi aku ni nak di cerita pada orang yang tak sepatutnya.


Aku juga kurang nak faham apa sebenarnya dia mahu dari aku. Mahu aku terduduk menangis meratap segala kesedihan ni? Atau mahu aku terbiar tanpa kawan dek kerana majoriti yang tahu cerita ini akan nampak aku ni buruk? Atau dia kurang senang dengan mereka2 yang senang dengan aku? Ye aku akui aku mungkin bodoh dan tak sebijak dia. Tapi aku bertindak ikut logic, tanpa ada iri hati atau hasad dengki. Kalaupun kebahagiaan ini milik aku, atau aku ini di kelilingi oleh orang2 yang senang dengan aku, itu mungkin saat aku kini. Dan mungkin ini rezeki aku. Dan aku menikmati kebahagiaan itu sementara masih ada waktu untuk merasainya. Mana tahu suatu hari nanti, apa yang aku miliki sekarang ini, bukan milik aku, aku takkan sekali2 menyalahkan takdir yang telah terlebih dahulu ditetapkan buat aku.


Kalau pun marah dengan aku, perlu ke memburuk2kan aku tak sudah2. Ye aku akui juga aku bukan makluk tuhan yang paling cantik di dunia. Aku masih berpijak di bumi yang nyata. Tapi aku masih ada harga diri, dan apa yang aku miliki kini adalah dari titik peluh aku sendiri. Bukan dengan belas ehsan, atau rengekan rayu aku, untuk dapatkan apa saja. Pinta untuk di sediakan segalanya, bukan aku. Aku masih boleh usahakan sendiri. Kalau pun aku di manjakan sepenuhnya, itu adalah hak peribadi aku yang aku rasa tak perlu aku share dengan siapa2, kerana itu terlalu peribadi. Itu juga adalah rezeki aku. Tak perlu nak dijadikan isu berterusan, kerana hal peribadi. Perlu ke aku detailkan apa yang dikatakan hak peribadi itu? Aku rasa tak perlu kerana ALLAH bagi kita akal dan fikiran untuk berfikir secara rasional. Perlu ke aku share dengan semua orang segala masalah dalam pada semua orang. Aku tahu "SHARE ITS CARING", tapi over share and caring pun susah juga. Seolah2 hak peribadi aku dicerobohi.


Aku percaya dalam setiap hidup manusia ni, ada corak dia sendiri. Kalau rasa corak hidup yang dicari itu salah, jadi perjalanan dan fikiran orang itu juga akan salah. Tak guna duduk kat bandar tapi fikiran masih kekampungan. Tak guna juga berpakaian cantik sempurna tapi hati terlalu hitam dan busuk baunya. Aku tak tahu apa yang ada dalam pemikiran orang yang macam ni. Sungguh aku benar tak faham kenapa masih ada lagi sikap sebegini. Bagi aku hal peribadi orang jangan campur. Kalau pun diminta pendapat, bagila pendapat yang bernas. Bukan lagi menambahkan keruh yang ada. Paling sedih kenapa suka akan perpisahan. Satu2 perkara yang amat melemahkan.


Hidup aku dalam dunia ni pun tak lama. Esok lusa, kalau memang perpisahan itu telah ditetapkan terlebih dahulu, akan aku ikut takdir itu. Tapi seandainya belum waktu untuk berpisah, saat itu aku akan jaga sebaik mungkin. Namun jauh disudut hati aku ini, walaupun berpisah kenangan pahit dan manis itu akan aku kenang sampai mati...


Walaupun aku susah hati dengan apa yang terjadi, tapi aku masih lagi boleh tersenyum. Apa punca senyuman aku itu, hanya aku yang tahu. Dimana dan dari mana datangnya senyuman itu, hati saja yang tahu. Hidup aku ni, ibarat musim kemarau, datangnya hujan rahmat mencurah2, yang membasahi segala tanah yang kontang, pokok yang kering, akhirnya kembali segar. Aku harap kesegaran aku itu milik aku selamanya. Kadang2 kita manuasia ni diuji dengan pelbagai ujian yang dasyat tapi bila kita hadapi dengan senyuman, aku yakin kegembiraan akan menanti di hujungnya.


P/S Hidup kita tak lama, tak perlu membenci sesama sendiri. Diri sendiri yang rugi akhirnya (",) Aku rindu saat itu, saat yang mengembirakan aku. Saat yang membahagiakan aku. Tapi kenapa yang indah itu aku kecapi untuk seketika...

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs