♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, February 17, 2014

FOTD: Teh Halia Special, Titiwangsa

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Holla people!!!

Sejak dua menjak tiga menjak ni, tajuk-tajuk entry aku mesti ada ":" kata kunci dihadapan. Bertujuan untuk lebih memudahkan kau orang memahami dan seterusnya membaca isi kandungan dengan lebih tepat. Tidak la teraba-raba atau terkeruk-keruk kepala nak mengaitkan tajuk dan isi penulisan aku. Kalau tajuknya lain, isi ceritanya pulak takde kaitan, kan itu melecehkan. Senangkan?? Orang Malaysia, semua nak yang senang-senang aje. Eheee.

Mari cerita pasal makan!

Siapa suka makan??? Giler kau tak suka makan. Hidup di negara yang super mewah makanan ni, kalau tak suka makan tu memang aku boleh kategorikan sebagai separuh kehidupannya tak sempurna. Itu tak makan ini tak makan. Haish rugi tau tak??! Okey aku faham kalau tak makan sebab diet. Sangat klishe alasan tu.

Terang-terang nak kurus sampai tak makan itu sudah salah. Diet kena makan, tapi kuantiti makanan kena berpada-pada. Diet juga tak marah, kalau sesekali kita berikan waktu cuti untuk menikmati makanan yang berlebih kuantiti dalam satu-satu masa tertentu. Banyak makan, banyak juga senaman yang kena buat. Badan sendiri, adjust sendiri la kan. Tapi jangan terlalu over diet! Ini tidak, term sayangkan makanan, sampai kau makan semua yang ada endup jadi gemok kau complain. Better kau buat senaman sepatutnya dan hentikan tabiat yang mungkin akan memudaratkan diri kau. Time to think for better life.
Back to story. Sepetang di kedai special.


Apa macam gambar diatas? Menarik tertarik?? Ahaaaa di kota metropolitan yang super gah ini, jarang-jarang sekali kita jumpa kedai yang tersorok begini. Siapa sangka, yang tersorok inilah memberikan kau satu nikmat pembasah tekak dan kenyang perut suka hati yang terbaik. Kadang-kadang, yang terbaik tu bukan hanya datang dari ladang, tepi jalan pun boleh dapat juga. Ehek.


Fuwaaaaaah! Sexy betul nasi lemak ni. Sangat comel. Less then 5suap, dah selesai masuk dalam perut. Nasi lemak yang dikukus, sambal yang tidak pedas, tidak juga masam, dan sedang elok terhias bersama dengan telo dadar yang dipotong kecil, ikan bilis dan kacang. Cuba sebungkus, tak cukup. Tambah lagi satu bungkus tak cukup, tambah satu bungkus lagi. Okey tiga bungkus sudah cukup. Esok boleh buat extra workout. Sungguh tak tipu memang sedap. Ehek.


Menggoda betul air ni kan. Specialnya kat sini, adalah teh halia. Pertama kali mencuba, tersentuhnya lidah aku dengan air ini, dan seterusnya mengalir membasahkan tekak aku, menghasilkan satu rasa yang wow! Sangat mabolous. Lihat saja, tak habis satu cawan, tamak tambah lagi satu cawan. Kena tau kenapa tambah lagi satu cawan sebelum habisnya satu cawan. Tujuannnyan, nak kasi air tu cepat sejuk. Minum teh halia ais macam tak kena je. Kena la panas/suam baru la terangkat. Lagipun cuaca panas maaaa. Masuk tekak, berpeluh dibuatnya. Yang pasti lepas kau minum badan kau rasa ringan. Dah nama pun halia. Kalau kau terkentut tu, itu satu bonus dan lagi bagus. Kasi angin kau keluar dari badan. Eheeek.


Macam-macam ada kat sini. Yang panas, yang sejuk. Ada bihun, mee, kuih, pulut, nasi lemak. Base pada minum/makan petang la. Kalau jenis macam aku orang kampung ni, kalau terhidang makanan macam ini, aku lah orang yang paling happy. Cuma kalau duduk kat sini, sedikit panas dan aku memang confirm yang datang sini berpeluh. Tapi jangan risau. Kawasan ni berangin. Dekat dengan tasik kot. Mmmmmm jauh sikit kooooot dari tasik. Erk hampir sedikit dengan jalan raya koooot, tapi masih tetap umph! Kira suasananya masih terasa nyaman. Sangat layan kepala sambil memerhati orang makan dan bisik-bisik mengumpat. Ehek.

Kat mana ni?

Teh Halia Titiwangsa

Lorong Titiwangsa 5 (Jalan Pahang)Kuala LumpurKuala Lumpur


Pastinya, akan datang lagi!

Bye!

Monolog: Yang hot itu panas. Yang panas itu cair hahahaaaa

















No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails