السلام عليکم
Tahun lepas, tahun yang stress bagi diri I. Bila stress semua pun terkeluar. Apa lagi kalau bukan masalah I dengan musuh utama I iaitu Miss Jerawat. Macam2 product yang telah I guna. Tak sampai seminggu tukar product yang lain. Di sebabkan kulit muka I yang tersangat la sensetif, semua product yang ado di pasaran I dah try test. Kalau pakai dan makin merebak jerawats tu, memang product tu kena kasi Cik Tong. Bermakna memang tak sesuai dengan I la..
I close up kan my picture before I use this new product. Picture agak gelap, tapi masih leh bezakan part yang I maksudkan selepas menggunakannya. Sila comparekan before and after yerp ;)
Setiap product ada cabarannya yang tersendiri. Sama juga dengan product yang I pakai sekarang ni. Mungkin juga memang sesuai dengan muka I (kebetulan la kot), jadi I dah boleh rasa tindak balas product ni dalam masa 3hari. 3hari U olls, sebelum ni I try test product lain 2minggu pun belum tunjuk hasil. Nah! Mahu taknya semangat nak teruskan pemakaiannya. Off sure tak nak stop. Keyakinan datang memuncak gitu.
3hari penggunaan
Masuk minggu kedua, itu diaaaa azabnya baru terasa. Ye la pengelupasan kecil berlaku, dan naik perit muka I bila sapu toner. Walaweiii time tu I decide nak stop. I terus whatsapp dealer yang promote product ni. Nah, katanya, memang peringkat ini la I kena cekalkan hati. Alhamdulillah, azab tu I leh harung. Nak cantik U olls, kena la tahan sikit.
Sebulan, I dah rasa best. Haha syok sendiri je bunyiknya plak kan.
The result after 3months using my currently product. I tak edit pun picture ni untuk kasi cantik. Original ok
Hakhak, beza tak U olls. Dari pandangan mata I, I rasa sangat la berbeza sama sekali. Sangat berpuas hati U olls. Walau I berkorban berhabisan ratusan ringgit untuk 3bulan untuk dapatkan result yang ini. Ratusan ringgit untuk 3bulan, okay la kan. Masih jimat! Takde la nak membazir yang melampau2. Ukur baju badan sendiri kata Mama. Alhamdulillah.
Million thanks, buat Zura my schoolmate yang berjaya membodek I untuk grab product dia. Hang berjaya bodek I untuk grab product hang ni beb. I dah promote ni, lain kali kasi I diskaun lagi okay. I dengar cerita, abang handsome kita Anuar Zain pun jadi dealer untuk product ni. Dan kebayakan artis pakai product ni juga. I dengar cerita la kan, kalau I salah tulis ni, bermakna salah info la. Tapi kalau ada yang nak cuba product ni, leh aje order kat I, atau pun direct ke Zura pun boleh. Kita sama2 share cantik ok.
Nah, ini la product yang I dok gebang dari tadi..
Cantik ni kena la luar dalam sekali. Pakage lengkap baru nampak ayu. Ayu ke? Haha syukur apa adanya sudah.
Dari atas turun ke bawah.. Self treatment still in progress. Yahoooooooooo
cuba kasi sembang cost seraca kasarnya...heehhe baru semangat nk order
ReplyDeletenext entry laaa hahahaa
ReplyDelete