السلام عليکم
Kalau dulu, tak berapa nak gemar lak nak baking ni. Tapi sekarang dah jadi sebahagian dari hobi pulak. Walau skill nak membaking tu sentiasa hancur, tetap juga nak buat. Walau takde sapa yang hantu kek kat rumah Mama ni, tetap juga nak membancuh. Puding yang hancur yang I buat baru2 ni pun belom habis di jamah. Dek kerana terlalu lama dalam peti ais tu, maka rezeki Cik Tong la nampaknya. Hehehehe
Taraaaaaaa
Aduyai serabutnya gambar ni. Tak apa lah, janji adooooooo. Resepinya seperti berikut;
Bahan;
250g cream cheese - I guna Tatura
200ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon - I guna jus lemon segar bukan perisa lemon macam esen vanilla tu
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90 gram gula kastor
Cara2nya;
1) Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dengan butter.
2) Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix sampai jadi cream.
3) Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45minit.
4) Setelah hampir masak atau selepas 30minit, letakkan aluminium foil untuk elakkan permukaan hangus.
5) Bila sejuk, letakkan dalam peti ais semalaman.
(resepi diperoleh dari myresepi.com)
Kalau di lihat dari gambarajah di atas, yang warna2 hitam tu, I guna biskut oreo yang telah I kisar halus. Rasanya? Boleh laaaaa
Jumpa lagi. Bubbye
sedapnya...bila dpt rasa???? nak rasa
ReplyDeletehahhaaa.. nt kasi ghasa la eh :p
ReplyDelete