السلام عليکم
Selamat pagi U olls, sihat?
Hari ini, tak tak la bizi seperti kebiasaan. Oleh kerana tak bizi, I boleh la membebel kat sini. Kalau semalam, seharian I dok memerah otak dan idea untuk buat header baru I, tapi hari ni dah penat nak godam. Tapi bukan bermakna I tak berminat nak godam, tetap akan godam. Ikut mood la kan. I kan banyak masa terluang yang boleh I isikan dengan penuh manfaat. Kadang2 bila blog walkning blog blogger yang lain, nak juga jadikan blog I ni macam blogger2 lain. Teruja sangat tengok blog mereka yang simple dan nice. Diorang boleh buat I pun boleh buat juga kan kan kan. Mahu dengan tak nak aje...
Credit to Google
Mari kita lihat kebaikan2 berjalan. Sharing is caring.
Berat badan stabil - Amalan berjalan
kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang,
lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat
sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.Menurunkan berat badan - Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.
Risiko elak serangan jantung - Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung. Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.
Angin ahmar atau strok - Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.
Mencegah kencing manis - Dengan membiasakan
berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah
diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber:
Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan). Gula di dalam darah
juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat
tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan
mengambil ubat anti diabetes.
Mencegah osteoporosis - Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.
Meredakan sakit lutut - Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu. Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.
Tekanan - Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
Kanser - Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
Tip jalan laju

- Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
- Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
- Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
- Gerakkan lengan ketika berjalan
- Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
- Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman
Jadi kesimpulannya, I pilih untuk berjalan kaki ke tempat kerja bukan hanya untuk kurus, tetapi untuk sihat. Ye la nak bersenam selalunya tak ada masa. Hahahha. Jom U olls, rajin berjalan ya!
Info diperoleh dari sini. Terima kasih
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^