السلام عليکم
Ayat di atas memang tak boleh nak guna pakai sangat la kan. Kalau rumah Sdn. Bhd tu memang lain la ceritanya. Well well well, dah lama dah kot I tinggalkan rumah ni. Setahun? Ya setahun kot tak jejak. Walaupun setahun, I think, rumah ni masih macam dulu. Langsir yang tak bertukar2, susun atur ruang tamu yang masih serupa, cuma perabot2 je la yang tak ada. Suma I dah angkut keluar. Tu la sapa suruh halaukan... Huahahahaa
Lately ni, I rasa I nak move out dari rumah Mama. Bukan tak suka nak duduk dengan parents, suka sangat. Mana taknya, bangun tidur, breakfast dah ready. Nak pergi kerja, baju kerja dah siap iron. Nak melangkah keluar nampak muka Mama. I love you so much Mama. Nak mengonlinekan diri pun 24hours tenet laju. Thank UNIFI. Siapa kata rumah parents tak best? Best tau. Tapi duduk ngan parents ni buat I rasa lemau.
Lemau kenapanya? Bacalah ayat2 di atas tu, semua tersediakan? Secara tak langsungnya, I jadi seorang yang pemalas. Bukan tak boleh buat semua tu sendiri, tapi itu la itu la... Alasan apa lagi yang I boleh pakai? When come to family, memang spoil. Hahahhaa. I ni seorang yang independent. Tak caya, tanya la mereka2 yang rapat dan mengenali diri I keseluruhannya. Setakat kejap2 kenal I, dan assume I ni seorang yang blablablaaa silap tu. Silap. Tak perlu I nak hurai panjang2. But when come to family, hancur semuanya. Hikhik
Merasakan mahu duduk bujang balik. Best ke dok bujang? Best kot, sebab I rajin bila dok bujang. Hahha teret tereeeeeeeet puji diri sendiri. I puji diri sendiri takde salahnyakan. Orang kata, masa bujang ni la kita dok training diri sendiri. Dah berlaki sok senang. Tapi dok rumah family tak boleh buat semua tu ke? Alasan memang tak boleh blahkan. Darah muda beb, apa pun tak boleh. Lalalalalalaaaaaaaaa
Memang I rasa nak duduk bujang balik. Masih mencari lokasi2 yang terbaik.
Thank's to Google! Kalau dapat rumah macam ni, giler tenang!
Jumpa lagi buhbye!
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^