♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, February 25, 2015

Birthday: D3 Singapore

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bila dah mula menulis aku akan terus menulis. Tapi semua kisah kita throwback ok. Kita Qada' cerita yang tak cerita. Aku share mana yang boleh dijadikan panduan. Insya Allah, yang baik darinya yang buruk itu diri aku sendiri.

Okey kita back to story.

Aku nak cerita pasal cerita birthday aku sendiri di tahun lepas. Kali ini, aku benar-benar berjaya membawa diri sendiri jauh dari orang sekeliling  dan explore negara orang. Bukan jauh mana pun Singapore aje. Kali ke dua aku ke sini yang dimana dahulunya aku pergi bersama kawan kawan aku. Waktu itu teruja nak masuk Universal Studio. Maka aku tak berkesempatan nak jalan dipelusuk negara Singapore tu. Kali ini, aku redah! Yehaaa

Baiklah aku tampal dan lekat descriptions album dari FB aku. Ngeh cerita dah lama tak berapa nak detail, tapi hanya mampu share experience sewaktu disana mengikut trip itinerary aku. Apa apapun, jangan lupa bawa pasport ok.

Trip itinerary: 29th October = DAY1
|| Drove S'pore Autopass $30 
|| Check in The POD Boutique Capsule Hotel $88/nite 
|| Walk around with Spore transportation; MRT and BUS 3days tourist past $20+$10dep 
|| River Explorer $22 
|| Birthday Night One Raffles Place "1-Altitude" lucky is Ladies Night, drinks if freeeee hihii


Memandangkan aku masuk kesana menaiki kereta dan di fahamkan disana tidak la macam di Malaysia, menggunakan system electronic dan manual (berhenti bayar tunai, berhenti touch n go) dan Smart Tag, maka sebagai tourist, sebelum masuk ke Singapore, kena ada Autopass. Autopass ni akan register no kereta dan secara automatic mengaktifkan autopass dan boleh digunakan. Bila ko pusing-pusing Singapore, kereta kau akan diregister secara electronic di setiap tol mereka. Disana di panggil ERP (Electronic Road Pricing).

Dah dapat card, jangan pulak kau lupa pergi topup terlebih dahulu sebelum pi perabih duit. Sebab, segala urusan kadar bayaran penggunaan tol disana akan ditolak bila kau balik ke Semenanjung. Memandang aku plan untuk menggunakan public transport disana, maka aku hanya topup $30. Kalau Singaporian, setiap kereta ada special gadget sama seperti Smart Tag. Bila diorang jalan (naik kerta eh) bawah tol, tak payah berhenti, cuma perlu slowkan kereta dalam km tertentu, dan kadar bayaran akan ditolak melalui kad. Dah habis boleh topup. Yang best dan buat aku giler teruja, tak payah berhenti nak hulur duit atau hulur tangan untuk lepas dari plaza tol tu. Pendek cerita, kesesakan jalan raya tidak la seteruk kita disesetangah jalan plaza tol. Kagum disitu.


Terus check in dan jalan-jalan. Nanti aku cerita bab boutique capsule ni.

Terus ke MRT berdekatan untuk mendapatkan tourist pass. Nak tau info lebih lanjut layari laman sesawang thesingaporetouristpass untuk pemahaman.


Fail untuk mengambil gambar untuk koleksi sendiri dibahagian ini, maka aku ucapkan terima kasih pada Google untuk gambar ini. Kredit picture Google. Memandangkan aku berada disana 3hari, maka aku menggunakan kaedah ini untuk memudahkan segala urusan. Kau boleh gunakan kad ini sebanyak mana yang boleh sebabnya unlimited. Cuma memerlukan deposit dan bayar. Deposit tu akan dipulangkan bila kau pulangkan kad ni balik. Kena pulangkan okey. Tak baik bawa balik walaupun berniat untuk kenang kenangan, tetap hak orang tu tau. Boleh digunakan untuk menaiki bas, MRT, LRT untuk taxi, bayar cash ok. Silap aku hari tu, aku grab card putih. Jadi, aku rugi untuk benefit yang ada di kad merah. Pun begitu, nama pun experience kan. Lain kali boleh pusing lagi, Dekat je pun. Hahahhaa


Makan kat sini tak susah. Sebab aku tinggal pun dekat kawasan melayu dan senang giler la nak makan. Kau orang takkan kebulur disini. Aku jamin. Taraaaaa Nasi Padang yo!!!


Dah kenyang dah pusing-pusing naik bas, moh la kita tengok sunset, sambil mengexplore lebih tentang Singapore ni. River Explorer yang berharga $22 seorang ni, akan bawa kau dari hujung sungai ke hujung sungai. Nak faham? Okey gambar dibawah korang leh faham kot. Kredit picture Google.


Sambil layan keindahan bangunan yang cecantik, sambil tu kau berangan dengan angin waktu petang dan menunggu sunset, hamboooi bahagia je rasa. Aku rasa nak menidur tau bila naik. Sepanjang perjalanan, akan ada playback history bagi menceritakan tentang sejarah yang ada disini. Off sure banyak-banyak bangunan yang aku nak tengok depan mata adalah Marina Bay. Amboiiii gayatnya aku rasa. Tengok dari jauh ajelaaaah


Selesai disini, kita makan lagi! Kebulur tak perlu nak share plate kosong. Sebab plate kosong je yang aku snap hahaha.


Let's counting. Is my birthday. Yeay!!! Dari jauh bangunan ni dekat benar dihatiku, terus la aku beratur sebelum panjang. Ye la malam Halloween, dan rata-rata semua tempat akan full. Tapi, aku takde la nak sambut Halloween, aku nak sambut birthday sendiri. Kikiii


Happy Birthday!!!!

To be continued... Bye bye

XOXO

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails