السلام عليکم
Uh! Tajuk yang seram. Tapi Yy terpanggil untuk bercerita.
Suatu ketika dahulu, Yy rasa amat berat hati kerana untuk berhadapan dengan satu perpisahan. Setelah bertahun2 hubungan, merangka impian agar terlaksa. Menempuh segala dugaan dan cabaran. Akhirnya Yy relakan perpisahan itu berlaku. Yy turut kata hati. Cukup kalau Yy kata, Yy tinggalkan dia dengan perasaan yang kosong. Tiada lagi cinta, tiada lagi kasih sayang, apatah lagi rasa hormat. Kenapa...?
Yy merasakan dia mula curang. Tetapi ianya hanya kata2 didalam hati. Kadangkala bisikan hati itu membina, dan kadangkala pula bisikan hati itu meruntuhkan. Yy biarkan perkara itu berlalu, kerana Yy tidak mahu untuk mengeruhkan keadaan. Adakah kata2 hati itu benar atau sebaliknya.
Tuhan itu maha kaya, setelah berpisah, akhirnya Yy dapat jawapan, kenapa akhirnya Yy meninggalkannya walau berat hati untuk melepaskannya. Selama ini, Yy menyalahkan diri Yy meninggalkannya. Yy sangat2 berterima kasih pada mereka2 yang menghantar sms pada Yy, entah tak tahu apa tujuannya menceritakan kepada Yy perkara yang sebenar. Perkara telah berlalu, tak perlu di bangkitkan lagi rasanya. Yy yang tak mudah percaya pada orang dan terus bertanya pada dia.
Sah, dia mengakui kesilapan dan keterlanjuran yang berlaku. Oh Tuhan Yy sangat bersyukur perkara itu berlaku. Sekurang2nya langkah sumbang yang yy atur ini tidak salah. Dan sekurang2nya, Yy tidak curang. Alhamdulillah dibukakan mata dan hati, supaya tidak lagi tunjuk tanda setuju dengan kata2 yang terkeluar dari mulutnya.
Akhirnya, perkara yang paling menyiksakan untuk Yy telan, dapat Yy terima dengan hati yang terbuka. Bukan mudah untuk padamkan nama itu. Yy akan cuba memadamkannya.
Sampai hati...
P/s The way i am..
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^