السلام عليکم
Macam lambat je masa berjalan. Tengok jam ditangan.. :D
Koleksi Jam yang ke-5
Flash back zaman kanak2 Yy.
Hadiah pertama yang Yy dapat dari keluarga Mama ialah jam tangan [bukan gambar diatas]. Merengek2 Yy nak jam tangan. But ada lak deal tine tu. Kena lulus Matematik. Bersungguh2 dengan kusyuknya Yy mentelaah. Buat2 pekak telinga bila geng2 ajak main 'cap ping'. Jam punya pasal tau. At last, dapat juga score. Keputusannya berapa..? Tak hingat bila dah dapat jam, lupa segala. Leh gitu...?
Bila Mama ajak Yy pergi kedai jam, Yy bersiap dalam masa 5min. Teruja giler ko. Masa tu adik2 Yy kecik2 lagi yeah. Masa tu umur Yy 11tahun. So adik2 yang sekarang ni, ada yang wujud ada yang tak la yeah.
Masa tu Alba top ooo. Giler ko bentak2 nak Alba. Ahaks, Mama melayan je la karenah Yy ni. Anak pompuan sorang beb. Ikutkan aje le. Diberi kebebasan untuk melilih, antara jam jarum dengan nombor. Belum habis fikir, Mama dah bersuara
"Ambil yang no, senang nak tengok".
Tetiba Ayah lak menyampuk
"Amik yang jarum, cepat belajar".
Apa da, tadi kebebasan memilih, tapi ni bertekak pulak. Ekceli, Yy dah memang aim jam jarum. Yy sangat2 teruja dengan jam yang ada jarum. Ye la classmate suma pakai jam nombor2 [digital la wei]. Tapi Yy berlagak, tak mahu ada nombor2. Dah besar katanya. Bentak2 nak yang jarum. Ngeh!
Dapat je jam, tak tunggu lama, terus pakai. Bau kedai tangan Yy.
"Pakai sebelah kiri" Kata Mama
"Belah kiri" Kata Ayah
"Kenapa, kiri bukan kanan..?" Kata Yy
Kata Mama, "Menulis tangan kanankan..? Jadi masa periksa takdela letak pencil kalau nak tengok jam"
Dan sekarang Yy tukarkan jam tangan Yy ke sebelah kanan, menulis dan tengok jam. Pelik pulak rasanya. Takde pulak Yy letak pen untuk tengok jam. Uh.. Mama tipu yeah... Hehehe
Korang..? Pakai jam tangan kanan ke kiri..?
P/s Ikut selesa la yeah..
te pakai jam tgn kiri...x reti pakai belah kanan..rs pelik nnt...hehehe..
ReplyDeleteoyeahhh serupa kita
ReplyDelete^_^