♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, July 9, 2009

SaYang Mak...

Minggu ni minggu aku lik umah mak. Dua tiga ari lepas, aku tak berkesempatan untuk berjumpa dengan mak.
Hari Isnin aku lik keje agak lewat. Dengan badan tak sihat, banyak lak keje nak dibuat, selain menyinggah ke kedai burger adik aku. Tolong dia la konon. Tapi tolong tengok. Hahahhaaa. Sori bro tolong tengok je, kerana emosi aku agak terganggu.
Selasa lak badan aku masih sengal2. Dengan selsema tak kering2 lagi. Ubat da berdozen aku makan sembuhnyer tak juga. Injection pun da amik, tetap sama gak takde perubahan.
Rabu aku lik pun dekat pukul 10 malam. Ingat dapat la aku bermanja2 + berborak dengan mak. Meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku ni kat mak. Pun tak dapat gak, pasal ada yang datang bertandang kat rumah aku ni. Kalau korang nak tahu, rumah mak ni selalu jadi pot meeting untuk suri2 rumah yang takde kerja. Meeting pasal jiran tu jiran ni... Biasala kan dah nama pun takde kerja kan. Tu je la kerja diorang. Bagus juga, mak aku tak rasa sunyi. Tapi kalau selalu datang pun bosan gak kan. Macam aku ni ha, jarang jumpa mak, sekali sekala lik nak gak borak2. Tapi tak berpeluang langsung. Sudahnya aku bantai tido awal. Ye la badan pun tak berapa nak sedapkan, so tido adalah perkara yang paling baik. Setuju tak....
Tapi ari ni ari khamis, aku dapat berjumpa ngan mak, malangnyer tangisan kesedihan yang keluar. Tak mampu aku nak berkata2 apatah lagi meluahkan apa yang terpendam. Teresak2 aku menangis, sambil ditenangkan oleh adik aku ezzy... Huh cengengnye aku ni kan. Aku pun tak tahu kenapa aku sekarang mudah untuk menangis. Mungkin aku terpandang sesuatu yang menjadi kenangan...? Heh kenangan tetap ada. Sampai bila2 tak leh nak buang kan. Apatah lagi kenangan itu selalu ada didepan mata. Makin mak usap2 kepala aku, bertanyakan kenapa, makin laju air mata aku ni jatuh. Habis basah kain mak aku dengan air mata. Saat tu nasihat yang mampu mak bagi, dek kerana aku tak juga cerita dengan dia....
"SEMBAHYANG, JANGAN IKUTKAN PERASAAN. MINTA DIKUATKAN IMAN. JAUHKAN SEGALA DUGAAN. MINTA DIPERMUDAHKAN URUSAN. MINTA JODOH YANG BAIK2. KERJA KUAT2 KALAU TAK SEMBAHYANG TAK GUNA JUGA. BUKAN LEH BAWA MATI. PASRAH DENGAN APA YANG TERJADI. BUKA LEMBARAN BARU. ADA MASALAH CERITA, NI TAK PENDAM2 SAMPAI MAKAN DIRI. KENAPA NI. BAGITAHU MAK"
Aduh terharunyer. Makin laju air mata aku bila mak ulang 2,3 kali perkara yang sama. Aku bertanya juga dalam hati. Kenapa aku tak leh nak luahkan apa yang terbuku dalam hati ni. Nape aku tak mampu nak meluahkan apa yang tersirat dalam benak jiwa aku ni. Ntah la. Payah untuk aku share dengan sapa2. Yang mengetahui apa yang terbuku dalam hati ni, hanya yang MAHA ESA.
Apapun, aku tetap bersyukur kerana aku masih ada mak yang masih disisi walaupun masa aku lebih banyak untuk kawan2 dari keluarga aku sendiri. Walaupun jarang berjumpa, mak tetap setia disaat aku susah dan senang. Aku sayang mak sangat2. Aku tak dapat nak bayangkan, kalau mak dah takde. Kekuatan aku selama ni adalah kerana mak. Mak banyak susah payah membesarkan aku. Mak yang banyak berkorban untuk aku. Mak segalanya buat aku. Aku sayang sangat2 mak. Ya ALLAH panjang kan la usia bondaku. Aku belum bersedia kehilangannyer... Amin...
DAAAAAAAAAAAA

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs