Morning READer's... Hari ni, aku mulakan hari dengan begitu malas sekali. Mana takknya, pukul 4pagi baru tido, jadinya tak cukup tido la. Apa yang aku buat sampai 4pagi... Baca sampai habis tau.. Aku bagitahu kenapa...
Hari ni merupakan ulangtahun SHAM yang ke-23 tahun. Siapa SHAM, housemate aku. Jadinya, seperti biasa aku merancang untuk meraikannya. Mungkin juga salah aku, tapi patut ker itu balasannyer. Pada mulanya, aku merancang untuk buat kejutan untuk SHAM. Dimana kami semua [harap faham siapa yang aku maksudkan] akan ke tempat kerja SHAM dengan membawa sebiji kek. Tapi, bila difikir2 balik, time orang kerja, takkan nak ganggu. Jadi cadangan itu dibatalkan. Mula la aku plan last minit. Aku sms SHAM minta dia balik awal. Tapi dia hanya boleh balik pukul 1pagi. Takpe la kami tunggu. Jadi, aku fikir, walaupun tak meriah mana, hanya sekadar keluar makan sama2, itu sudah memadai bagi aku. Aku sms pada semua yang aku rasakan perlu. Risiko yang aku dapat, SHAM belum tentu akan balik tepat pukul 1pagi. Dan perkara itu telah aku maklumkan pada siapa yang terlibat. Aku faham masing2 ada komitmen. Itu semua takde hal bagi aku....
Memandangkan dorang balik awal, aku minta EJ ngan JESZ pergi beli kek. Terima kasih kerana sudi membantu aku runner kek. Seperti yang aku jangka, ARY>NORT>BABY>JAI tak dapat nak join. Yela aku pun faham, da lewat. Aku pun tak paksa diorang join. Asal aku da bagitahu, itu da cukup. Segalanya terpulang. Jadi, kami tunggu SHAM balik sampai pukul 1.30pagi, dia tak balik2 lagi. Perasaan hampa tu sedikit sebanyak menguasai diri....
Tunggu punya tunggu kami semua da lapar. Kami ambil keputusan untuk kuar makan je, tanpa tunggu SHAM balik. Jadi AKU, EJ , JESZ, KROL pergi makan kat NARIZA. Berjalan kaki ramai2. Best gak jalan kaki malam2 ni. Jam da pukul 2pagi. Sedang kami dok sibuk menjamah makanan [maklumla da lapar] aku dapat sms dari SHAM. Bunyinye...
SHAM : Suruh balik awal, tapi sorang pun takde kat rumah".
Aku : Selamat Hari Jadi SHAM, kami tunggu SHAM sampai pukul 1.45pagi tapi SHAM tak balik2. Kami ada beli kek untuk SHAM. Ingat nak makan sama2, tapi takde rezeki kot. Kami kat NARIZA datang la sini.
SHAM : NARIZA kat mana? Malas la. Penat. Thank's a lot.
Aku tersentak. Sms tadi tak aku jawap. Sedihnyer aku hanya tuhan je yang tahu. JESZ ngan EJ da berubah muka menahan marah. AKU n KROL hanya mampu memandan satu sama lain. Kecewa.... Memang SHAM da banyak berubah....
Sampai rumah, jam da menunjukkan pukul 2.45pagi. aku nampak SHAM tengah makan magie. Lapar agaknyer. Aku terus masuk bilik, capai towel nak mandi. Panas... Panas hati dan juga cuaca. Settle mandi, KROL kuarkan kek. Pada mulanya, kami memang tak mahu kuarkan kek tu. Tapi, kerana sayangkan hubungan yang dah macam adik beradik ni, ego kami buang. AKU, EJ, KROL, JESZ da pun duduk kat luar. Sambil KROL panggil SHAM berkali2. SHAM masih baring kat tempat dia. Sedih giler. Sekali lagi kami panggil. Tapi nak tahu apa yang SHAM jawap. "Takpe la, aku penat da kenyang". Apa perasaan korang...? Sekali kami kami panggil, dengan mengeluh, SHAM bangun dan potong kek tersebut. Aku pandang yang lain2. Masing2 kecewa. Ya memang kami kecewa sangat dengan perangai dia. Di suapakn kami semua, "Thank Semua..." Dan dia balik ketempat dia semula. Sudahnyer, kami ber-4 potong kek tu beramai2. Apa perasaan korang...?
Settle je makan aku terus masuk bilik. Da sakit hati, apa yang korang nak buat lagi...? Aku tak bercakap dengan EJ pun. Masing2 dok layan perasaan kecewa dan marah dalam hati.... Ni la rupa kek yang kami beli untuk SHAM....
Jumpa lagi... DAAAAAAAAAAAAAA
KAMI TIDAK MINTA DIPUJI, CUMA HARGAI SEMENTARA ADA WAKTU...
cantik kek..beli kat mane??
ReplyDeleteserius aku tpanjat ngan prangai sham cmtu.......
seriusely.......
sabar2 yeaaaaaaaaa
Nak buat macam mana...
ReplyDeleteMungkin dia penat...