♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, May 8, 2009

Bile KEKASIH LAMA muncul tiba2

Jumpa lagi...Wah tajuk diatas sungguh menakutkan. Takut ker... Kisahnyer boyfriend lama aku dulu kol aku tetiba. Terperanjat gak aku mula2 bile aku angkat fon. Aku ingat kan sapa. Ye la no tu pun aku tak simpan lagi. Nak watpe pun simpan. Wat sakit hati je. Erm, nama ex-boyfriend aku tu AZHAR BIN MAT NASIR@ AH CHONG. Aku kenal dia masa aku mula2 kerja dulu. Masa tu aku keje kilang je. Budak lagi, tak tau apa makna OPERATOR PENGELUARAN. So aku pun belasah je la datang interview. Itupun aku dapat masuk pasal makcik aku keje kat sana. Nama tempat aku kerja tu MOTOROLA. Ha korang mesti familiar ngan nama tu kan. Antara kilang yang famous diseantero dunia ni. Berbalik pada cerita ex-boyfriend aku tu. Aku kenal dia masa aku kena transfer kat SEREMBAN tok training. Heheeee...Teringat aku time aku kat sana. Mula2 belajar berdikari tau. Dan tok pengetahuan korang itu la pertama kalinya aku duduk jauh dari family, walaupun masih dalam negeri, aku rasa macam da g oversea.
Dipendekkan cerita, dia nak jumpa aku. Aku seperti biasa yang memamg penuh ngan alasan kalau nak jumpa org ni, bagi la macam2 alasan yang munasabah. Antaranya, staff tak de la, sibuk la, banyak keje la dll.....Erm bukan nak jadi orang yang sombong, tapi time keje. Agak payah gak la nak kuar. Sudahnya, dia muncul tiba2 kat klinik. Kebetulan plak time tu tak ramai patient. Jadinya, aku minta la kebenaran dengan BOS aku nak kuar jap. So aku bawa la dia pergi minum kat kedai sebelah. Erm, dia agak berisi sekarang ni. Rupa masih macam dulu...Ye la da anak tiga da tentu2nya berisi sekarang. Bila dikira2 balik, da dekat 10 tahun aku tak jumpa dia. Itupun bila aku dapat tau dia nak kawin, aku terus bawa diri...Nak tunggu apa lagi beb kalau orang nak kawin da kan. Belah je la...Borak punya borak, hampir 30 minit aku kat kedai ni. Aku pun pendekkan ceita. Aku pun risau gak kalau2 bini dia nampak ke apa ke. Ye la beb laki orang tu. Walaupun kita cuma berniat nak bertemu kawan lama, tapi pada pikiran orang lain kita tak tau...
Erm aku rasa itu je cerita aku tok ari ni. Aku akan update lagi....Daaaaaaaaaaaaaaaa

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails