Assalamualaikum ... [Jawap dengan penuh dan seikhlas hati tau]...Selamat pagi semua....Hari ni aku nak cerita pasal PURPLE PARTY yang aku janji nak share ngan korang.
*09 Mei 09 *
10.00 pagi - Aku da bangun dari tido. Padahal hari ni aku cuti. Leh tido sampai tengahari. Tapi mungkin da lama sangat aku kerja tade cuti, mata ni da biasa bangun awal [-tapi sebenarnya, aku tak lena tido, dok riso pasal party malam ni huhuuuu-] Aku kejutkan EJ, dia kata dia nak pergi keje. Kejut punya kejut dia pun malas.
Lama2 aku pun tertido lik.
1.00 petang - Aku terjaga dari tido. Aku kejutkan EJ sekali lagi. Aku bangun mandi. Sementara aku mandi EJkemas tilam. Sambil aku siap2 EJ mandi. Da siap, kitaorang ke destinasi.
1.30 petang - Makan dulu kat STATE PJ. Huhuuu baru ada energy nak buat keje.
2.00 petang - Aku hantar EJ pergi kedai, dan aku ke tempat lain. Mana aku pergi, aku nak pergi print game. Lom print lagi. Pasal apa aku lambat print, aku minta ayat2 dari kawan2 sampai malam tadi, baru la dapat. Mungkin dorang sibuk kot. Takpe la. So aku pergi klinik tok print game tu. Kalau la bos aku tau aku print bukan barang kerja, mampus aku. Ahaks...
2.30 petang - Da settle aku singgah umah mak tok amik dulang. Aku nak buat apa ngan dulang tu, aku nak letak cupcakes. Cari punya cari, aku tak
jumpa yang kecik. Erm ok la dari takde.
3.00 petang - Lepas amik dulang kat umah mak, aku pergi PJ bli belon. Memandangkan takde news dari yang patut tolong beli belon, aku beli je la. Kalau takde susah plak. Aku terfikir pasal lilin. Eh da li lilin ker? Lilin patut ada yang membeli, takpe la biar dia beli. Walaupun takde berita dari dia, aku cuma leh fikir mungkin dia da beli. Jadinyer aku hanya beli belon.
4.00 petang - Settle je aku amik EJ kat kedai. Destinasi seterusnyer aku pergi kedai KAK AMY. Niat dihati nak colour rambut. Tapi macam da kesuntukan masa jer. Jadinyer aku trim je la rambut aku ni. EJ pun potong gak ckit rambut. Kasi kemas. Dalam pada tu dia pun sibuk tanya nak potong2 rambut ni apasal. Aku buat bodoh je tanpa jawapan...
5.00 petang - Kebetulan JESZ pun nak repair rambut dia yang besar sebelah tu. Aku pun tunggu la. Hahaa sorry JESZ jangan marah kang tak comel.
7.00 malam - Settle je potong rambut, kami da lapo, jadi kami pergi pasar malam kat dato' harun. Kalau masuk dato' harun ni, tak sah kalau tak beli nasi lemak pakcik. Selalu kalu datang kedai pakcik tu mesti tutup. Kali ni lalu buka plak, diorang pun tapau je la. Sampai pasar malam kitorang terus pergi gerai bihun sup. Da lapar katakan, da tak pandang makanan yang bayak dijual kat situ. Aku makan bihun sup, EJ, KROL, JESZ makan nasi lemak yang dorang tapau dari gerai nasi lemak pakcik yang memang jadi kegemaran diorang.
8.00 malam - Makan punya makan, JESZ tengok jam. Dia kata da lewat ni. Aku pun tengok la jam. Huhuu.. Masa sentiasa mencemburui kami. Da settle suma, kami pergi cari ikan bilis. EJ kata nak masak esok. KAK AMY pun sibuk dok tanya mana ikan bilis, mana ikan bilis tiap kali datang bertandang kat umah. Jadinyer EJ nak tolong masakkan. Takut kempunan KAK AMY tu nanti. Da dapat apa yang dicari, kami pun balik. Dalam keta, JESZ bgtau nak lik umah mak malam ni. Katanya tido sana. Hahahaaa nak tergelak aku ni. Aku wat bodoh je.
8.45 malam - Sampai umah da . Mesti dorang kelam kabut nak siap. Huh... Mata JESZ pun aku da nampak kuyunyer. Mengantok. Aku pun ajak EJ lepak dalam bilik. Padahal aku nk lepaskan diorang pergi, tanpa pengetahuaan EJ. Sudahnyer aku terlelap.
10.30malam - Aku sedar dari tido. Tu pun EJ kejutkan. Aku tany EJ mana diorang. Katanya, da kuar, dia pun tak sedar bile diorang keluar. Fuh... Nasib baik. Aku ni kalau dapat baring, kejap je da hanyut... Ahaks. Aku pun bangun mandi. Da settle mandi, aku soh EJ mandi. Aku bagitau dia, nak bawa dia ke satu tempat. Apa lagi banyak la soalan2 cepu emas yang aku dapat... Tapi aku buat bodoh jer. Aku siapkan pakaian dia yang patut dia pakai. Dia tanya aku lagi nape nak kena pakai baju ni. Aku cakap pakai je la jangan
banyak tanya. Dia pun menurut je la... Dalam pada tu, aku dapat mesej lilin xde. Peh aku da agak da. Mana nak runner time2 gni. Aku sms ARY. Minta tolong carikan lilin. Dia pun takde idea mana nak cari. Hm... Aku dapat sms, Ary pergi 7E, lilin takde. Peh, sakit otak da. Sumpah seranah aku dalam hati ble jadi macam ni. Sorry pada yang terasa. Tak lama tu, aku sms JESZ tanyakan lilin. Dia kata da dapat cuma 5 batang. Aku pun ok kan je la daripada takde.
11.45 malam - Jeng jeng jeng... Aku minta kunci keta kat EJ. Dia tanya lagi. Nape ni. Aku cakap bagi je jangan banyak tanya. Masuk je keta, aku terus mainkan peranan. Hehehee... Aku pun kuarkan kain azimat aku dari handbag. Aku cakap kat EJ "Sorry ye awak kena pakai benda ni" Apa lagi dia pun kata "Ha?Perlu ker" Aku pun kata "Perlu, ini bukan satu ugutan tapi permintaan" Dia pun kata "ok la...." Hehehee...
Aku pun drive menuju ke destinasi. Sampai je kat WESTERN DIGITAL jalan jem. Peh aku tepuk dahi. EJ kat sebelah dok membebel "Awak kenapa tepuk dahi" Aku pun tanya "Eh leh nampak ker" Dia jawap "Takde la, dengar bunyi" Aku pun bagitahu "Jalan jem" Lepas je depan GIANT KELANA JAYA jalan da ok. Rupanyer ada perarakan. Owh aku lupa plak ari ni WESAK DAY. Jadinyer aku pun pecut keta la. Da lambat. Dorang da dok sms aku. Sabar2 aku da berusaha secepat mungkin ni... Huhuuu
*10 Mei 09*
12.15 tengah malam - Aku da sampai kat THE CURVE damansara. Jadinyer aku pun parking la kereta. Hahaa.. Aku sedang memimpin si buta. Aku frust pasal aku tak sempat nak amik gambar dia masa dalam keta. Ye la mmg da over time dari yang sepatutnyer. Sabo je la aku. Apapun, ni la rupanyer bila mata EJ ditutup....
Heheeeheee ni la rupa EJ ketika di tutup mata. Aku yang memimpin dia ni, asyik kena pijak kaki. Huh sakit. Aku dapat rasa dia panik. Pasal dia tak pernah ditutup mata gitu. Dulu buat aku kan. So sekarang aku membalas... Hm macam yang korang baca sewakty disebalik tabir PURPLE PARTY ni, ni la tempat yang menjadi sasaran kami...
Heheee... Da selamat sampai kat destinasi yang di rancang. Semua yang ada diminta senyap. Ibaratkan takde sapa kat situ. Sementara tu, aku kena pakai topeng yang disediakan untuk aku. Huhuuu... Sebelum tiup lilin, kami sempat lagi pose.
Inilah tetamu2 aku yang datang pada malam tu. Aku kenalkan kawan 2 aku dari kiri ARY, JESZ, AKU, EJ, BIE, NORT, KROL, DANIEL, n JAI... Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis pada malam ni. Da pose suma apa lagi, time tok buka mata. Bila mata da di buka, kami ramai2 meyanyi kan lagu HAPPY BIRTHDAY EJ. EJ terkejut. Dia tak sangka nak celebrate birthday dia seawal ini. Jadi, time tok tiup cupcakes berlilinkan 5 batang lilin...
To be continue... Daaaaaaaaaaaaaaaaaa
sorry la pasal lily tu yea...act aku da dpt kn 5 btg tuk eja tiup mlm tu..
ReplyDeletepenat aku minta2 org kat c2....
da lepas pun nk bising2 pun wat apa
ReplyDelete