♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, May 28, 2009

Al-KisaH

Hai READER's aku nak share story ngan korang tentang kawan aku ni... Macam ni...
Kawan aku ni, aku gelar Ms D dulu dia kerja kat satu tempat (tempat terpaksa aku rahsiakan) Dia berkenalan dengan si polan yang aku gelar Mr M... Mula2 dia cerita kat aku, aku dengar macam kelakar gak la. Tapi tu la cinta pandang pertama, itu pun kata dia... Nak tau macam mana diorang kenal. Kat loker tempat kerja diorang. Hahahaaa... Mungkin juga namanya pun jodoh, leh jumpa kat mana2 je kan. Kisahnyer loker Ms D ni, hilang kuncinyer. Jadi tak boleh nak buka loker la kan. Kebetulan, Mr M ada kat loker tu juga. Ha teka2 apa yang berlaku. Aku da agak korang mesti dapat agak apa yang berlaku. Apa lagi Mr M menjadi hero la time tu. Tolong bukakan loker. Ye la Ms D baru je kerja kat situ. Orang2 situ pun belum pun dia kenal habis. Jadinya, Mr M tu orang pertama la yang di kenal. Jadi, upah sempena membantu Ms D membuka loker, apa lagi bertukar2 no fon la. Kalau la korang nak tau, Ms D ni memang la payah nak dapat no fon dia. Walaupun orang tu dia da kenal lama, katanya bukan sombong, tapi lebih kepada berhati2. Poyo tol minah ni...
Dalam pada jual mahal Ms D ni, tak layan mamat ni, Mr M tetap juga mendekati. Endup couple.. Hehehehe romantika la pulak. Destinasi pertama buat diorang merayap, adalah GENTING HIGHLAND. Ni lagi satu hal. Leh gi sana and tido dalam van. Cop2 bukan berdua sahaja tau dengan budak2 tempat keje diorang la. Aku bantai senyum je bile dia tunjuk kan aku pic2 masa tu. Huh jauh beza muka ko minah ngan sekarang. Jangan marah tau...
Nak dijadikan cerita, biasa la ada pasang surut time bercinta kan. Ada la seorang dua yang datang menggugat hubungan diorang ni. Yang best aku dengar tentang Mr M ni, dia cool je. Walaupun benda tu menyakitkan hati dia. Peh, susah nak dapat laki yang cool sekarang ni tau. Kalau la aku orang nyer, aku jaga baik punyer.. Lalalala merepek la ko farra... Penah sekali, Ms D ni naik motor ngan budak lain, walhal time tu Mr M da berjanji dengan dia untuk hantar Ms D balik kerja. Apa lagi, dengan cool dia tegur Ms D time kat trafic light. Cuak Ms D nak explain apa yang jadi. Muda ego menguasai diri, Ms D pandang dan buat tak tahu.
Yang sedih, ada satu hari, Mr M nak bawa Ms D keluar. Time tu da malam, Ms D kata dia malas nak keluar. Walhal sebenarnya, dia da janji nak keluar ngan orang lain. Tau tak, Mr M beriya2 ajak Ms D keluar, kerana Mr M nak sambut ulang tahun kelahiran dia masa tu. Boleh Ms D kata dia tak tahu. Aku rasa macam nak ketuk je kepala minah ni bila bercerita dengan aku. Boleh ke benda2 simple macam tu amik sambil lewa. Aku rasa la time tu Ms D tengah laku kot. Ramai yang nak dekat kat dia, tu yang dia layan Mr M acuh tak acuh je. Ego la...
Sudahnya, tak tahu macam mana diorang clash. Macam mana diorang clash pun Ms D tak berapa nak pasti. Aku pun tak tahu la apa dalam kepala hotak minah ni. Alasan dia, benda da lama la beb mana nak ingat, lebih 8 tahun da... Yela2... Nak dijadikan cerita lagi, dengan takdir ALLAH Ms D terjumpa Mr M. Ms D kata perasaan dia berbaur masa jumpa balik dengan Mr M tu. Segalanyer da berubah. Ms D masih sendiri, manakala Mr M da pun berkahwin. Uish bila Ms D fikir balik, dia kecewa bila kenangkan hal tu. Ms D fikir leh la dia repeat balik. Mana tau kesalahan leh dimaafkan. Tapi sayang sekali, semua tu mustahil... Ish sedih pulak...
Itu la cerita yang dapat aku kongsi dengan korang. Yang pasti Ms D ni, agak senang dengan kehadiran Mr M. Namun sebagai kawan aku nasihatkan dia. Kalau sekarang dia sanggup menduakan isteri dia, tak mustahil dia akan lakukan perkara yang sama terhadap ko. Tol tak korang. Aku bukan blame lelaki. Tapi itu la yang biasa terjadi. Aku tak menuduh sapa2, tapi perkara tu tak mustahil berlaku kan. Memang lelaki boleh kawin empat. tapi adil ke pada wanita2 yang lain. Ish minta jauh...
Moralyer untuk u all...
" HARGAI IA KETIKA ADA, JANGAN TANGISI TAKDIR YANG TELAH TERSURAT. SEGALA PERANCANGAN HIDUP TELAH DITETAPKAN TERLBIH DAHULU.. KITA HARUS REDHA DENGAN KETENTUANNYA. WALAUPUN DIA BUKAN JODOH SEKURANG2NYER HARGAI LA DIA..."
Sekian DAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

4 comments:

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs