السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Thank's Google
Apa maknanya ‘Aib’?
Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”, “Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.
Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:
*Cerita keburukan orang
*Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
*Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
*Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya
*Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
*Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
*Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya
Contoh lagi..
Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.
Bagaimana mendedahkan aib sendiri?
Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”
Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.
Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.
Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
Credit to writer :)
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^