Hari yang membosankan bila time aku kerja kat MIMOS ni. Semua orang da bantai bercuti, jadi klinik agak sunyi giler. Aku kerja dengan Sue, aku pandang Sue dan Sue pandang aku balik. Doctor yang mengantikan Dr. B (pasal Dr. B ada meering dengan PETRONITA) pun bosan. Kejap dia keluar kejap dia masuk. Ikutkan hari ni aku nak apply leave pasal nak shopping last minit, tapi tak dapat. Sedih laaa..
Balik kerja pukul 5.30 petang. Jadi adik2 aku ajak aku pergi ke salon. Tapi masa seakan cemburu pada aku, jadi takpayah la. Sudahnya di kotak fikiran aku, jumpa mereka dan teman mereka ke Danau dan juga Jalan TAR. Badan aku sebetulnya penat sangat2 letih tak terkata. Kalau tak, aku leh balik awal dari waktu yang sepatutnya, tapi dek kerana Dr. B mahu aku tunggu sampai dia masuk klinik, jadi aku pun tunggu la. Rupanya sepasang baju kurung berwarna purple dan juga pendant berwarna merah hati menjadi buah tangan dari Dr. B. Aku dapat mengagak keadaan ini, kerana aku cukup menegnali Dr. B yang sememangnya baik hati. Hujan kat luar lebat sangat2. Dapat aku bayangkan keadaan Kesas Highway yang sure2 jammed giler. Ye la salon tu tempat dia kat Pandan Indah. Mengeluh aku sendiri...






No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^