Ish tak leh tido pulak, aku golek2 tadi tapi tak mau lelap. Pasal aku menunggu orang penting untuk call aku aku. Sekarang ni tengah dok shopping dengan sister dia. Sister ker? Tanya aku dalam hati cuba menidakkan. Tapi, positivekan diri aku balik. Sister la tu... Hehehe, sudahnya aku bangun dan on computer. Princess (laptop) aku sakit, jadi aku banyak guna computer rumah ni. Yang aku panggil Mesra kerana, semua leh guna computer ni. Ahaks. Jadi aku bangun dan buka blog aku ni. Blog2 yang aku follow aku buka satu persatu. Best layan cerita orang. Lagi2 aku leh kongsi idea atau kata2 untuk bercerita dalam blog aku yang tak seberapa ini. Yang penting, seronok baca cerita orang. Tak yah susah2 nak kuar beli novel cerita yang belum tentu ada realitinya. Agak2 dekat 2 jam aku aku dok depan Mesra ni, aku da penat. Aku nak baring, dan terus menunggu.
Bila aku baring je, aku da terlelap jap. Nantok rupanya aku, ada la dalam 30min aku terpejam. Bunyi phone, aku tengok jam pukul 3.30pagi. Baru balik dan nak mandi katanya. Diminta untuk aku jangan tidur. Aku kata ok. Mulanya sementara aku nak menunggu dia mandi, memang aku da bangun siap basuh muka tau. Karang gado lagi. Sudahnya aku terlelap sehinggakan aku dapat miscol dekat 26 kali. Sungguh aku tak dengar walaupun volume itu aku da kuatkan. Itupun aku terjaga bila Ezzy da panggil aku untuk bersahur. Takde mood untuk makan sahur, bila aku kena marah pasal tak jawab call.Bersahur milo n nescafe je untuk kenyangkan perut, dan tak mau kasi mata aku lelap lagi.
Borak punya borak da pukul 6.15pagi, sambil aku borak, sambil tu juga aku duduk depan Mesra yang aku tak off dari tadi. Aku minta hangup phone, nak solat dulu. Aku harap dia call aku lik. Tapi harapan dia da hanyut entah kemana. Dan aku masih terus terjaga, kalau aku tidur confirm aku terlajak jauh...Dalam pada tak tidur tu, aku lambat juga masuk kerja. Bukan kerana aku terlelap atau apa, tapi dek kerana aku bawa Baby, jalan depan rumah Mama jammed la pulak. Huh sabar2. Dah la aku cukup kecewa menunggu, sampai masa tidur aku ketepikan. Leh lak, orang biarkan aku tertunggu2. Sudahnya, lewat 3min merah jadinya..
Mood nak kerja pun jadi takde. Emosi dah tak tentu kebelakangan ni. Seakan dapat aku rasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Tapi apa dia dan nape yer... Hm susah nak luah apa yang terpendam dalam hati. Kalau luah sekalipun, penilaian orang akan jadi lain. Lain2 aku, yang sedia maklum orang akan pandang aku macam2.
Balik kerja pukul 1petang, aku terus pergi Giant cari barang Mama. Kebetulan Ej kat situ juga, jadi cari barang untuk Krol juga. Puas jalan2 da, pergi bazar kat Kelana Jaya. Aku cari Nasi Ulam sebagai menu untuk berbuka puasa. Aku tak lupa juga cari Murtabak dan Agar. Hehee Memang takkan aku tinggalkan. Huhuu
Cubaan pertama, dapat rasa Nasi Ulam waktu berbuka. Sedap... Walaupun agak pedas, kerana bercampur dengan lada sulah, tetap menarik perhatian aku untuk menghabiskannya. Membazir amalan Syaitan tau. Kalau nak tahu kesedapannya macam mana, cuba la cari Nasi Ulam di bazar2 berhampiran anda. Ahaks...
Balik kerja pukul 10.00malam. Terus ke Damai, pasal ada yang mengajak aku ke Danau Kota. Tiap2 minggu ke Danau memang bosan. Macam takde tempat lain lagi nak shopping raya. Sampai Danau, tu dia, jalan jammed giler. Terlalu ramai umat hari ni. Lupa pulak malam minggu, jadi kat Danau, memang padat. Pusing dekat 3 round, baru dapat parking. Alhamdulillah dapat juga. Turun2 je dari Baby, tu dia, tetiba takde angin takde ribut, hujan turun dengan lebat sekali. Dengan sepantas kilat, segala macam manusia yang sedang melepak kat kedai makan berlari mencari tempat berteduh. Begitu juga dengan aku yang suci murni nak membazir duit kat sana. Eh takde la membazir cari barang juga. Sudahnya, terperangkap la kat situ hampir 1 jam, tanpa dapat cari apa2 yang diingini. Sedih kan...
Setelah 1 jam menunggu nekad untuk redah je hujan yang tak reda2 tu. Sampai bila nak tunggu hujan yang memang lebat tu. Langsung takde ciri2 untuk berhenti. Redah dan kuyup akhirnya. Keputusan di ambil, dan terus ke kedai makan sementara nak tunggu hujan reda. Dan aku, tetap gelisah kerana ada yang menunggu aku pulang...
P/S "Love because it is the only true adventure."
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^