Bangun sahur bila Ezzy dah memekak panggil aku. Dengan berat kepala, dek kerana aku makan ubat, masih terasa aku gagahkan diri juga bangun untuk makan. Karang sok2 aku complain kata takde orang kejut kena pulak dengan mulut Mama. Mama akan kata "Ala ko tu gempa bumi pun tak bangun kata tak kejut huh". Dapat kubayangkan reaksi Mama bila berkata begitu. Mama ku yang comel macam aku juga. Comelkan aku (",)
Hari ni, aku sibuk dengan invoice2 panel. Nak claim pada company yang apply klinik aku ni sebagai panel klinik dia. Hm...Payment in belum pun aku update lagi. Dateline da nak sampai. Mana nak kejar ni, dengan nak cuti lagi. Huh. Sarat otak ni... Cool beb cool, suma akan ok nanti. Pelan2 kayuh eh. Lepas ni try 2 manage work, supaya tak bertimbun. Aku harap, aku dapat kerjasama dari batch baru aku ni. Apapun kerja kat sini yang da dekat 5tahun mengubah segalanya. Aku lebih mengenali ragam orang. Lebih mengerti akan keperitan hidup. Lebih memahami apa itu wang. Slowly aku mengubah kehidupan aku yang serba kekurangan. Yang penting Tuhan berikan aku satu jalan untuk membuka mata supaya tak terus buta dalam melayari kehidupan yang sentiasa berubah ini. Paling aku bersyukur mengenali Dr. B yang tak jemu2 bagi aku semangat... Love u so much Bos.
Hm apa nak makan untuk berbuka nanti ye. Hehehe takde yang lain, melainkan Murtabak Daging, Laksam, Bubur Sum2, Bubur Pulut Hitam (yang aku beli untuk Mama), dan juga Air Bandung Cincau. Nyum2. Tengok la sekali pergi bazar rambang biji mata aku ni da. Well nafsu ku perlu ditahan selama 9tahun ni. Baby tetap dipentingkan dulu. Supaya tak sangkut... (",)
Balik kerja agak awal la. Awal tak awal mana pun, pukul 10 malam da ada kat rumah. Macam semalam, aku angkut sebahagian kerja aku yang terbengkalai untuk di settlekan. Kali ni, fail2 itu aku buka dengan penuh semangat, berbekalkan secawan nescafe sebagai pengubat dikala aku mengantuk. Hehehe nanti aku kena marah dan perli lagi. Tak moh2, sakit telinga aku nanti.
Pukul 1pagi, fail yang aku da siap separuh. Separuh lagi aku simpan untuk esok. Aku disuruh tido, supaya aku dapat luangkan masa aku untuk si dia. Jadi aku tido dulu k...
Tengah baring2 otak aku masih berfikir apa yang dah terjadi hari ni. Hari ni agak sayu, agak sedih. Sayu hati bila fikir dia jauh. Sedih hati bila satu persatu perkara yang perlu aku lakukan, mulai minggu ini. Plan sikit2, supaya tak terover budget. Time to manage my money. Aku ada plan untuk 2tahun akan datang. Apa plan itu dirahsiakan buat sementara waktu. Wish all the best for me and my family. Positive babe. Yea!
P/S Life is beautiful..celebrate it Sayang
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^