Sungguh aku tak sangka sama sekali. Apa yang aku terima dan baca. Tak pernah terfikir sama sekali ini keadaan yang terjadi bila aku menyuarakan untuk tidak mahu menyambut ulangtahun kelahiran aku yang akan datang. Sungguh aku tak percaya perkara ini terjadi dalam hidup aku disaat aku mengecapi kejayaan. Setelah aku miliki sesuatu yang aku inginkan. Akhirnya ikatan itu terputus walau tanpa sebarang masalah yang berlaku antara aku dan dia.
Tarikh ini, 29/09/2009 jam 2:18:28 am, aku terima SMS dari Ej yang berbunyi "Assalamualaikum... Aku nak minta maaf kalau kalau ape yang aku nak kata katakan memang akan menyakitkan hati kau... Aku da cukup lama pendam perasaan aku dan sampai sekarang aku da tak sanggup nak pikul beban ni. Aku dah tak nak kau perbodohkan aku lagi. Mulai sekarang aku da tak nak kau lagi dan aku nak kau amik barang2 kau kat rumah aku.. Untuk pengetahuan kau aku da tau gerak geri kau. Kau fikir aku bodoh dan diam tapi kau lupa yang aku ada otak untuk berfikir.. Selama ni lama aku memerhatikan kau dan aku da lama frend finder kau.. Aku da nekad dengan keputusan aku"
Terkedu aku membaca sms itu bila aku bangun dari tidur. Sungguh aku tak tahu kenapa tiba2 jadi macam ni. Sms itu menghalau aku dari rumah yang aku duduki dekat 4tahun. Aku menarik nafas dalam2. Minta ditenangkan hati yang panas pagi2. Kesalnya aku dengan sikap Ej. Kesal sangat2. Kalaupun ada masalah antara aku dan dia, tertanya2 aku dalam hati, apa masalah itu. Terfikir aku seorang diri, apa punca masalah itu. Masih kurang faham kenapa jadi macam ni. Mana puncanya...
Aku biarkan mulut itu terus berkata2. Aku biarkan sms yang bertalu2 masuk dalam handfone aku. Masih kurang mengerti apa yang terjadi sebenarnya. Secara rasional yang boleh aku fikir, tiada kepercayaan disitu. Frend finder yang wujud tiba2, menunjukkan tiada lagi kepercayaan dari dia buat aku. Sejak bila ianya wujud? Aku kurang pasti. Yang boleh aku katakan, ada sesuatu yang memang tak kena.... Apa dia, akan ku selidik, akan aku perhati dari jauh...
DAAAAAAAAA
P/S Aku tetap Cool walau Hati aku Di Pijak2... (",)
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^