Kalau da letak fon pun pukul 3.30pagi, memang sah2 aku terlajak untuk bersahur. Jadi perut ku ini, da biasa kalau tak bersahur sejak dua tiga hari aku terlajak sahur. Rutin harian aku macam biasa. Bangun pukul 8.00 pagi. Dan pagi2 sebelum aku manti, aku mesti capai handfone dan send sms "Gud Morning Sayang" (",).
Sambil bersiap, sambil tu juga aku bergayut dengan dia yang tak jemu2 call aku dari jauh. Perkara biasa dan menjadi kemestian mendengar suara dia dikala pagi. Konon la semangat untuk berkerja. Ke tak sayang... (",). Hari ni aku kerja kat Mimos. Kalau aku kerja kat Mimos ni agak bosan sangat2. Pasal... Ada la rahsia... Sesungguhnya aku datang kerja hari ini dalam keadaan menagntuk sangat2.
Hari ni balik petang. Semalam Jesz ajak berbuka rumah Mama kat Cheras. Ye la ari tu nak berbuka sama tapi keadaan tak mengizinkan. Jadi kesempatan yang ada ini, aku luangkan juga. Ye la Mama selalu buka sorang2. Sedih pulak aku tengok. Krol amik aku dari Mimos. Senang tak payah pusing2 da. Selepas aku tukar baju, aku terus je terlepap dalam kereta. Mata aku ni macam ada gam minta di tutup rapi. Sudahnya aku tersedar bila sampai bazar. Bangun2 air mata keluar pulak. Ceh leh pulak teringatkan dia dalam tidur aku. Sampai leleh2 air mata aku ni. (",)
Nama pun baru bangkit dari tidur kan, jadi jalan pun macam orang mamai. Kepala aku pening lak tiba2. Apasal pulak la ni. Excersice kepala sikit baru ok. Kalau tak, mungkin aku jalan macam orang mabuk. Dah la muka pucat. Huh. Apa aku cari kat bazar walaupun aku mamai2. Sedikit agar2 sebagai pemanis mulut, pegedal ayam, sambal sotong, murtabak dan air tebu. Hehehe cukup la. Yang lain pun ada beli makan juga. Share2 jangan membazir. Sampi rumah Mama, makanan untuk berbuka dah ready. Mama masak simple je. Kari ayam dan sayur. Cukup la kan aku pun ada bawa lauk gak apa.
Settle makan, Jesz kuar beli barang Mama dengan Krol. Aku malas nak follow. Pasal mata aku cukup berat, minta dipejamkan. Jadi aku bantai tidur sampai pukul 11malam. Macam biasa la kalau aku tidur, takkan ada siapa yang berani kejut, melainkan kalau aku bangun dengan sendirinya. Hehe tunggu aku bangun sendiri, esok pagi la jawapnya kan. Gerak dari rumah Mama agak2 dalam pukul 11.30 malam. Sayu hati aku bila nak tinggalkan Mama sorang2 dalam rumah yang besar itu. Takpe Mama kami akan datang selalu...
Sampai rumah dekat pukul 12malam. Dari tadi aku tak tengok handfone. Ada 2 sms dari dia. Sian dia, aku pinggirkan buat seketika. Aku balas, mengatakan aku da ada kat rumah dan aku nak mandi, sebelum aku call dia kemudiannya. Settle mandi, lebih dari 15-20 kali aku cuba call, tapi tak dapat. Lepas satu sms ke satu sms aku hantar tidak berbalas. Sah mungkin dia tidur, atau sengaja, maybe dia off fone. Dia tak pernah off fone selama aku kenal dia. Dan sekarang, dia mula menunjukkan reaksi ketidakpuas hatian dia tu. Itu kata2 dalam hati aku. Tapi aku tepis mengatakan, mungkin batery flat.
Sambil terus mencuba dan menunggu hampir pukul 2 pagi, sambil itu aku serve apa2 yang patut. Mahu berbelog, mood nak menaip takde pulak. Dari satu page ke satu page. Dari satu picture ke satu picture aku jengah. Sayu dalam hati datang tiba2, bila aku tak dengar suara dia malam ni. Aku terfikir sejenak, sampai bila hubungan ini perlu bertahan...
Puas menanti, aku pun tidur setelah aku makan ubat.
P/S Sayu Hati...
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^