Baru membangunkan diri dari tido. Mama da kejut aku dari pukul 7.00 pagi, tapi still golek2 malas. Biasa la kan, da lama tak bangun lewat. Rasa2 nak bangun lewat pulak. Tapi macam tak kena dengan masa je kan. Sudah2 da lewat ni bangun... Membangunkan diri dari tidur, dengan penuh kemalasan, aku tengok takde sapa pun kat rumah. Semunya pergi solat raya. Aku? Kenapa aku tak pergi? Aku masih dihujani dengan ....... Paham2 sudah, jadi aku ditugaskan untuk menyediakan makanan2 yang da Mama sediakan untuk orang2 kampung. Menu pagi raya, Ketupat Palas, Sotong Kering Masak Sambal, Rendang Daging, Sayur Goreng, Dan juga Ayam Goreng. Tak sempat untuk aku mengambil gambarnya, kerana sudah kelewatan untuk aku bangunkan diri.
11.00 pagi
Semua da ready. Time untuk gerak ke destinasi. Snap2 dulu... (",)
KekuatanKu, KelemahanKu, EmosiKu... KesayanganKu...
11.30 Pagi
Singgah kubur, melawat adik aku yang da lama bersemadi disitu. Al- Fatihah
12.00 Tengahari
Menuju ke destinasi balik kampung. Pertama kalinya aku bawa Baby ke kampung halaman aku.
2.30 - 4.00 Petang
Dah sampai kat rumah Embah, yakni ibu kepada ayah aku. Nenek aku la. Nama pun orang jawa, jadi panggilan agak special cikit. Hehehe. Sampai kat sana, cuma ada Ucu, adik bongsu ayah aku. Makan2, raya2 dan rehat dulu sebelum ke destinasi yang seterusnya. Penat rupanya drive ni.. Moh layan pic yang sempat aku snap...
Hehehe aku yang memang giler bergambar...
Adik ku Ezzy sama gak dengan aku suka bergambar. Lalalaa
Ayah dan Embah
Ayah Dan Mama tengok2 aku ikut rupa sapa.... Hehehe
Ha... Yang berbaju biru family aku, Yang berbaju coklat family Ucu bergambar dengan Embah
4.30 Petang
Berangkat ke destinasi yang seterusnya. Kemana, kerumah Nenek pulak. Yakni ibu kepada Mama aku. Hehehe mata aku da liat sangat2 ni mengantuk. Dugaan betul bila aku je yang drive. Takpe2...
5.15 Petang
Da sampai rumah Nenek. Sapa ada kat sana. Wak sekeluarga, Bik Mie sekeluarga, Elly sekeluarga, Wan sekeluarga, Bik In sekeluarga, sedang menantikan lauk2 yang kami bawa dari KL. Huhu. Time ni da lupa diri. Terus cari nasi. Kebulur tahap gaban. Lalala oleh kerana lupa diri takde la gambar2 mereka yang aku sebutkan diatas. Hehehhe
9.00 Malam
Setelah sekian lama menanti dek kerana berfikir nak beraya kemana, akhirnya bergerak juga aku ke rumah Wak kat Bangan Terap. Tak jauh dari rumah Nenek. Antara rumah yang wajib aku singgah. Lepas itu kemana lagi kalau tak kerumah Bibik Mie yang tak jauh dari rumah Wak. Huhu...
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^