Sekali lagi aku terlajak untuk bersahur. Memang kalau da tengah2 bulan puasa ni memang aku agak malas sekali untuk bersahur. Aku rasa Mama pun mungkin faham dan malas nak kejut aku untuk bangun sahur. Liat tau lagi2 kalau da bergayut tak ingat dunia sampaikan tertidur. Tau2 da dengar bunyi dengkur agaknya. Hehehe malunya, pecah tembelang. Harap2 la dengkuran yang di dengar itu tak melampau sangat2. Hehehe dengkur comel tau.
Pergi kerja da lewat. Lagi2 la bawa Baby. Walaupun rumah sekangkang kera dengan tempat kerja, aku tetap bawa Baby. Masih baru ni sayang nak tinggalkan kat rumah. Ala bukan aku sorang je yang buat gitu. Aku rasa pada sesiapa pun tetap akan bawakan. Takkan nak tinggal kat rumah. Jaga baik punya. Lalalala. Sampai tempat kerja, mood nak buat kerja memang takde walaupun banyak kerja yang perlu aku settle sebelum aku bercuti panjang untuk raya nanti. Biasa la kan, kalau takde mood apa nak buat pun belum tentu boleh buat. Jadi baik jangan buat kalau mood takde. Nanti kalau kena buat double kerja kan ke lagi payah. Tapi aku tanya gak pada diri aku, bilanya nak ada mood kalau mood sentiasa takde. Kenapa ye aku takde mood aku tanya diri sendiri tapi tetap takde jawapan. Mana nak cari jawapan ni...
Berbuka sendirian kat klinik. Uih sedihnyer. Walaupun sendiri, tapi agak meriah makanannya. Berbuka dengan Laksa, Murtabak, Roti Jala dan Air Mata Kucing yang aku kirim dengan JC kat bazar dekat dengan klinik aku. Aku memang malas nak keluar kalau da seharian aku kat dalam klinik ni. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk berbuka puasa lagi. Tak lama tu, aku terus batuk, mungkin Air Mata Kucing itu yang membuatkan aku batuk. Aku agak la. Mungkin air tu tak dimasak. Hm leh lak meniaga macam tu ye. Tak kesah akan kesihatan orang lain. Lagi2 musim sakit gini. Prihatin la sikit wahai peniaga2 bazar.
Balik agak awal 9.45 malam aku da sampai rumah. Aku ada bawa balik sebahagian kerja aku untuk disiapkan dikala rajin atau bosan bila sorang2. Sudahnya... Haram aku sentuh. Aku buka dan aku tutup balik fail2 yang ada. Apa da. Sudahnya aku singgah mana2 yang perlu. Aku buat blog, buka FB dan sambil gayut. Dalam masa yang sama aku load lagu2 yang aku mahu. Diselang selikan tengok CD Bohsia. Tak jemu2 aku tengok cerita itu walaupun dah selalu sangat aku tengok.
Ok handfone aku da berbunyi. Aku nak bergayut. Nanti dia marah.
DAAAAAAAAAA
P/S JAuh dimata dekat dihati... (",)
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^