Hari ni, mood kerja makin malas2 dan malas. Apa kena pun aku tak tahu. Mungkin situasi kat Mimos ni makin lengang, sebab kebanyakan Mimosian banyak yang da bercuti. Hm mungkin juga mood untuk aku bercuti da sampai. Lama juga aku tak bercuti. Last cuti masa aku pergi Genting Highland bulan 5 lepas, itu pun cuma 2 hari. Yela masa tu kurang staff untuk menjaga Baby Dr. B, yang baru berusia 4 tahun ini. Apalagi kan kalau bukan tempat kerja aku ni. Heh susah senang aku dengan dia dulu, tiada sapa yang tahu. Kalau aku nak cerita panjang berjela2. Lain kali aku story la pasal mula2 aku kerja dengan Dr. B ek. Sabar yerp.
Balik kerja pukul 6.00 petang, jadi ada yang mengajak aku buka puasa sama2. Ikut hati aku malas sangat2, kerana kepala aku amat berat. Lagi2 malam tadi aku tak lena nak tidur. Cik Muk (nyamuk) terlalu banyak yang merindui aku bila aku balik rumah Mama ni. Darah aku kan manis, jadi meka2 semua suka pada darah aku. Kalau tak caya kalau korang berkesempatan berjumpa aku in person, korang tengok je la kaki aku sebelah kanan. Penuh dengan kesan2 gigitan yang Cik Muk tinggalkan bila habis menghisap darah aku ni. Peliknya hanya sebelah kanan sahaja tau. Sungguh bijak nyamuk2 itu yerp. Pilih belah kanan je. Mungkin juga sebelah kanan lagi manis dari yang belah kiri. Hurm boleh diterima ker.. Sambung2 balik, jadi aku pun berbuka la dengan mereka yang mengajak aku berbuka sama tadi. Sapa lagi kalau bukan teman setiaku Jesz, Krol dan Ej. Jadi perjalanan diteruskan, aku pergi ke Sunway Pyramid.
Kalau da masuk Sunway Pyramid ni, rambang mata dibuatnya. Bukan sahaja kedai2 yang sentiasa menggugat kewangan aku ni. Tapi kedai2 makan pun lebih kurang sama je. Hm nak berbuka dimana yerp, pada mulanya nak makan Pizza Hut, tapi malangnya penuh. Suruh booking awal2 ada yang kata tak leh booking. Macam tak logic je kan. Apapun aku faham, mungkin tak leh nak keluar untuk membooking kot. Yela nanti kurang pulak time nak rest nanti kan. Aku cukup memahami walau kempunan dihati. Wahaha lain kali ada apa. Sudahnya berbuka kat sebelah Pizza Hut. Bukan KFC tapi Teppayaki.
Dari takde benda nak makan kan, pun ok la. Walaupun hakikatnya aku bukan pengemar taugeh seperti yang lain2. Tetap bersyukur Alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku hari ini. Amin... (",)
Sesudah selesai makan, apa lagi kalau da masuk Sunway Pyramid ni. Tambah kan simpanan aku kat Sunway Pyramid ni la kan. Simpanan yang tak boleh aku ambil2 da. Huh tak berbaloi, tapi nak puas hatikan. Rasakan... Padan muka aku. Wahahah gelakkan diri sendiri. Tapi memang awal2 aku da fikir sebelum aku masuk dalam Sunway Pyramid ni. Nak cari kasut. Aku ni kalau merayap mana2 walaupun aku tak membeli, kedai kasut juga yang akan aku singgah. Gilerkan koleksi kasut aku kat rumah tu melambak2 belum aku pakai, dan ada juga yang aku baru pakai sekali. Hehehe tak percaya moh datang rumah aku tengok sendiri. Ok2, sudahnya aku beli juga sepasang selipar dan 2 sepasang kasut (",)
Nawaitu nak beli purse pun ada, tapi bila fikirkan ada lagi 3 jenis purse kat rumah yang belum aku pakai lagi, aku lepaskan juga purse yang berjaya menarik minat aku ni. Lain kali leh grap, kalau ada lagi la, dan kalau rezeki aku untuk miliki purse itu kata hati kecilku ini. Yang menarik minat aku kat purse itu kerana ianya berwarna putih diluar, tapi didalamnya perwarna purple. Cantik kan. Korang bayangkan la sendiri. Putih itu suci kan purple itu pula lembut tau (",) . Aduh sayu hati aku nak meninggalkan purse itu. Takpe2 jangan ikut nafsu di hati. Nak raya ni. Namun pun begitu aku ambil masa dekat 30minit juga la untuk aku melupakan purse itu. Huhuhu. Nasib baik ada Jesz yang pandai memujuk hati kecil aku yang kecewa kerana tak dapat miliki purse itu. Ceh ayat2 simpati aku da keluar.
Sudahnya sementara menunggu Krol habis kerja, memandangkan dah nak masuk pukul 10 malam, Jesz mengajak lepak makan donut kat Jcko. Pandai si kecil itu buat aku lupa akan purse itu. Tapi silap masih terbayang2 di kotak pemikiran aku ni tau. Sampai Jcko, Jesz sambar donut yang penuh dengan kacang dan air coklat sampai pening kepala aku. Huhuhu migraine aku menyerang. Aduhai tanggung sendiri la.
Dalam pukul 12 tengah malam aku sampai rumah. Kepala aku da berpinau2 kepeningan. Mandi selama mungkin untuk hilangkan migraine ini. Tapi tak berjaya untuk menghilangkannya. Ubat dalam bekas ubat aku da kehabisan. Ceh bantai tidur la...
Itu sahaja cerita aku...
DAAAAAAA
P/S Harapan tinggal impian bila aku mula pening (",)
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^