Hari ni aku agak sayu dihati. Terkenang arwah adik yang da lama pergi meninggalkan kami sekeluarga. Permergiannya yang tidak kami ketahui yang telah dirancang terlebih dahulu oleh yang Maha Esa. Jauh disudut hati aku terlalu terkenangkan arwah. Arwah terlalu baik dan tak nakal seperti setengah2 budak yang seusia dengannya. Walaupun aku tak serapat Ezzy dengan arwah, masih lagi terbayang dimata saat mereka bergurau bersama. Mereka berdua sangat rapat dan aku percaya, Ezzy tertekan dengan keadaan walaupun tak pernah diluahkan pada aku.
Balik kerja aku pergi bazar kat Sunway, dan terus berbuka kat rumah Mama. Tetiba terasa nak makan dengan Mama pulak. Aku tahu Mama sunyi dan terkenangkan arwah. Jadi aku rasa aku perlu tunjuk muka pada Mama. Lagi la aku seorang je anak perempuan Mama. Lagipun aku nak tunjuk barang2 yang aku beli untuk keluarga aku. Yang mana tak muat leh tukar balik kan. Dalam banyak2 barang yang aku beli, aku rasa cuma baju Farhan je yang aku kurang yakin akan saiznye. Ye la adik aku tu kan semangat orangnya... (",)
Seperti yang di rancang, aku terus pergi ke Giordano Subang. Sebelum tu, Nort adik aku call mengajak pergi ke karaoke, tapi malangnya, masing2 tak mahu pergi. Lagipun aku terfikir untuk tukar baju Farhan yang tak muat tadi. Kalau lambat takut takde saiz la pulak. Jadi masing2 memutuskan untuk pergi ke Jalan TAR sahaja.
Sampai sana tak ramai manusia yang ada. Mungkin juga hari bekerja, diorang malas nk berjalan kot. Melainkan kumpulan aku ni yang tak reti penat (tapi sebenarnya aku letih kalau jalan ke KL ni) takkan abis shoping selagi duit itu ada. Huh sikap boros yang perlu aku elakkan. Takde la boros mana aku rasa. Salah satu keperluan kan. Ke tak eh...?
Penat berjalan apa yang perlu da dibeli. Cukup2 la aku nak balik. Tidur...
Sebelum aku pejamkan mata, aku sedekahkan Al-Fatihah pada arwah adik aku, Muhammad Zulhafis, moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
P/S You brighten the path of those who accompany you.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^