Aku balik dari Danau dengan basah kuyup terus balik rumah Mama. Kalau tak silap aku, pukul 4.45 pagi baru aku sampai. Aku bawa Baby agak slow, kerana jalan basah dan hujan yang masih turun lebat, buat aku tak yakin nak memandu. Maklum la aku ni bukan biasa sangat dengan jalan raya. Baru belajar pegang staring kereta, jadi ambil masa untuk jadi supep. Hehe... Sampai rumah aku da bau nasi panas. Aku fikirkan, Mama da bangun. Tapi rupa2nya, terlajak. Aku kejutkan la mereka untuk bersahur...
Sementara itu, aku try call dia, tapi kena marah. Biasa la menunggu lama2 pun boleh timbulkan kemarahan apa. Seperti yang dijangka, marah dan tak banyak bercakap. 5.45pagi hangup phone. Aku terus tidur dalam keadaan sakit kepala. Mungkin sebab kena hujan. Ubat pulak takde untuk dimakan. Huh!
Bangkit tido pukul 11.30pagi. Raba2 phone kot2 ada miscol. Da agak ada 5miscol. Nape aku ni jenis tido mampus pun aku tak tahu. Lalala sementara itu aku ke terus serve apa2 yang patut. Download lagu2 yang perlu. Kerana aku sukakan music dari movie..Hehehe
Pukul 3.00 petang baru aku mandi. Ahaks, aku kalau cuti memang tak suka nak mandi awal2. Nak kata jimat air tu takde la. Tapi malas na nak mandi kan. Kadang2 kalau tak mandi satu hari pun ada, kalau tak kemana la ek. Kemas bag nak lik Damai, merajuk bawa diri la konon. Merajuk ker...? Hehehe aku tanya dengan diri aku sendiri. Merajuk la kot..
Sampai Damai, perut aku da sakit. Huh.. Tak best betul keadaan ini. Nak pergi bazar pun tak larat. Aku bantai dok kat rumah je. Biar Jesz ngan Ej je pergi. Aku, baring sambil melayan cerita yang entah apa2 kat Astro. Cerita semua tak best, berulang aje. Huh.
Time buka, aku makan Laksam, dan Murtabak. Walaupun aku tak berpuasa, aku tetap menyibuk. Huhuhu... Settle je aku pergi klinik. Pasal perut sangat sakit. Minta injection pada doctor, baru aku ok. Kalau tak aku kena tinggal kat rumah sorang2 la. Kerana adik beradik aku nak berjalan ke Jalan TAR. Mana boleh aku tinggal rumah sorang2. Hehehe...
Sampai Jalan TAR dalam pukul 9 lebih. Jalan agak jammed, ye la ramai yang suka wat shoping last minit macam aku ni kan. Tapi sayang aku hanya dapat cuci mata je dulu. Kerana.... Rahsia tak leh bagitahu. Lagi pun mood belum ada untuk mencari.. Best ye pergi Jalan TAR, Aku, Ej, Jesz dan Krol, pakai baju sama. We Can.. Aku tak bawa camera, jadi aku takde bukti untuk tunjukkan. Kalau kami pakai lain kali aku nak snap. Ahaks... Jadi kalau da pakai baju yang sama, semua ingat kami satu team. Memang satu team dan satu company. Huhuhu. Dalam pada tu jalan punya jalan ada lak jumpa sorang kakak tu. Yang best baju dia pun sama macam kami. Ahaks bertambah lagi satu geng yang tak dikenali. Tercover2 baju kakak tu bila tiap kali jalan terserempak dengan kitorang. Apa la tunjuk je la kak wat selamba. Pergi sana baru separuh jalan da habis 5mineral water. Owh haus rupanya kami... Lalalala
Da penat berjalan perut pulak lapar Pergi makan Charkuey Teow ngan Laksa kat Chowkit. Peh sedap macam Mama buat. Huh licin...
Sampai rumah dalam pukul 2 lebih kot... Aku da tak ingat apa2 yang aku tau aku mahu tidur. Otak aku da penat untuk berfikir...
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^