Susahnya hati bila terpaksa buat pilihan. Sakitnya hati bila terpaksa buat keputusan. Merananya hati bila tersepit dengan keadaan. Seksanya diri bila terpaksa berkorban. Mungkin aku seorang yang pandai berkata2. Dan mungkin juga aku seorang yang tidak pandai menjaga hati. Tapi pernah tak terfikir, mana nak ku campak hati ini? Makin aku diam makin menjadi2 keadaanya. Tak perlu aku meluahkan apa yang aku rasa kerana tak ada siapa yang akan faham seksanya aku menanggung beban ini. Aku tak minta simpati sesiapa. Aku tak perlu disuruh melakukan apa2. Aku tahu apa yang aku lakukan. Aku tahu apa yang aku inginkan. Cukup kalau dapat fahami penyiksaan ini, walaupun sebesar hama, dari terus menyalahkan diri aku ini yang dihimpit keresahan sentiasa. Dan berkata aku tak pernah adil dengan keadaan. Pernah tak terfikir, adilkah keadaan ini semua pada aku...?
Saat aku menanggung beban yang kurasakan makin berat, masih ada juga keadaan yang tak pernah aku pinta berlaku. Kenapa sekali lagi hati aku disakiti. Kenapa? Segala beban tak tertanggung dibahu. Tak terkata tiap tanggungjawab ku itu. Namun aku tahu ini dugaan untuk aku sekarang. Dikala aku gembira, pasti ada duka tersembunyi disebalik kebahagiaan itu. Cuba yakinkan diri sendiri setelah aku jatuh satu ketika dahulu. Aku bangkit membawa pembaharuan dalam diri aku. Nah aku berjaya. Bila aku dapat kekuatan untuk terus harungi dugaan ini, kenapa perlu aku lalui keperitan itu sekali lagi. Sekali lagi aku di persoalkan dengan apa yang aku lakukan. Dan sekali lagi hati aku benar2 sakit kerana cinta dia. Sakit merindui dia.
Kenapa aku perlu rasa sakit cinta ini lagi? Kenapa perlu aku harungi jalan cinta ini lagi? Aku terlalu buntu. Benci pada keadaan yang akan memberi aku kelemahan. Kehidupan aku bukan untuk terus tanggung derita. Aku juga ingin bahagia.
♥ Aurora Pages
♥ Aurora
- NorynMK
- Kuala Lumpur, Malaysia
- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^