"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes.
Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky.
I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Yes! I am planning for it. Mula la nak listkan nama tetamu. List-list menu. List itu list ini. Banyaknya list. Nak jemput pun tak ramai kot. Ramai-ramai bikin kalut dan semak je, tak payah le kan.
Sudi-sudi la kiranya, tetamu I mai ke pondok baru I. Kena juga discuss dengan house mate. Kot la dia pun ada plan lain. Huhuu.
Boleh request tak, siapa yang mai umah tu bawa hadiah. Sebab, uolls pulang pun dengan buah tangan jugak. Kikiii
Holla people! Happy Thursday. Seronok eh khamis dah sampai. Lagi seronok kalau hari Jumaat ye tak. Mana yang cuti sabtu ahad, sangat la seronok. Lepak-lepak extra dengan kaum kerabat ye dok. Ada juga yang suka melepak dirumah. Macam I, kalau cuti-cuti suka duduk rumah. Takde daya nak berjalan-jalan. Kikikii.
Nothing much to say.
Dah duduk membujang tetap juga akan balik ke rumah Mama. Bukan seminggu sekali atau sebulan sekali, but hehari I akan tunjukkan muka dekat Mama. Hati berat dan lagi extra berat nak berjauhan dengan Mama. Makin lama berjauhan, makin rasa rindu menebal. Ya, I la satu-satunya anak perempuan Mama. Siapa lagi yang nak dengar keluh resah Mama ye dok. Belum kawin lagi, harus la berkepit dengan Mama. Dah kawin sok, berkepit dengan laki pulak. Oke setop disini kisah sedih itu. Haha
Dikhabarkan Ninda dan Atokda akan menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Haji. Alhamdulillah. Tumpang seronok dengan berita ini. Moga perjalanan dipermudahkan pergi dan balik.
My Lovely Ninda on 2012 Hari Raya Puasa. Cutekan!
My Lovely Atokda. Very sporting oke.
Oh ya! Mereka adalah ibubapa Mama. Sedari kecil sehingga kini, mostly cuti sekolah dan seantera dengannya, I akan menghabiskan masa cuti I kat sini. I lebih rapat dengan sedara-sedara sebelah Mama dari sebelah Ayah. Mostly pun macam tu kan. Bukan I sorang sahaja.
Uolls, doakan pemergian Ninda dan Atokda yerp. Terima kasih in advance.
After settle most important work, now I have so much time to wrote in here. How are U, my lovely followers, silent readers (maybe)???
Eceh, start menulis dengan words omputih. Muahahaa bukan main eksen eh <--- I talk to myself.
Okey readers, dalam kehidupan ni kita selalu rasa tersaing, bersaing, saingan dan sedarah sedagingnya. Pernah tergugat dengan saingan yang ada? Pernah rasa hampanya bila bersaing dengan lainnya? Pernah rasa mahu bersaing dengan sesiapa? Jangan malu dengan mengatakan TIDAK. Malah yakin dengan berkata YA. Mudah kan.
Ada dua jenis saingan yang biasa berlaku. Samada bersaing dengan diri sendiri, atau bersaing dengan orang lain. Uolls rasa, uolls lebih suka yang mana. Motif untuk bersaing, pernah uolls terfikir? Ganjaran yang anda dapat dalam saingan? Positive atau negatif? Jawapan dan pilihan masih lagi ditangan uolls.
Secara peribadi, I suka bersaing dengan cara yang sihat. Sihat disini I maksudkan disudut yang positive. Menguji kebolehan diri sendiri. Bersaing dengan keadaan sekeliling. Buktikan segala yang diimpikan menjadi nyata. Cepat atau lambat, bergantung pada rezeki dan keadaan.
Uolls? Pilih yang mana?
Monolog: Hebat itu datang dari diri sendiri, bukan menjatuhkan orang lain.
Khamis yang lepas, I buat ujian darah dan air kencing. Setahun sekali pastinya I akan lakukan test ini. Berdebor-debor tunggu result. Dupdap dupdap cerennngggggggggggg <--- debaran jantung berkecai #eh.
Tepek sini, keputusan dan tahap cholesterol dalam darah milik diri ini.
Cantiknya tahap cholesterol itu. Hebatkan. Lepas ni kena kurangkan daging, kurangkan lelemak ayam, kurangkan kambing panggang. Tapi itu yang sedapkan. NO kurangkan untuk kesihatan diri.
Setiap kali amik darah, mestinya keputusan tang iron I ni kurang. Yes, I admit I kurang makan sayur, kurang makan buah-buahan. Tapi jus, hari-hari minum pun I okey. Tapi tak cukup untuk naikkan tahap iron I. Jadinya, kena makan sayur berhijau yang agak pahit. Lidah tak betah la nak makan yang pepahit ni. Acaner, ada cara tak.
Yang buat I tambah risau adalah tahap gula dalam darah I. Disebabkan I ni suka minum jus, maka kandungan gula dalam setiap jus itu boleh buatkan gula dalam darah tinggi. But, Alhamdulillah masih ditahap yang okey. History keluarga yang ramai penghidap diabetes, buat I lebih hati-hati.
Sinopsis Kau Yang Terindah- Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah.
Jiwa melayu sangat, jadi suka la tengok cerita-cerita melayu. Walaupun waktu tayangan selalu clash dengan waktu kerja, berkat idea bijak TV3 yang menyediakan tonon.com buat I tak terlepas tengok kapten handsome. Oh Syamiel... Gediksnyaaaa.
Mula-mula tengok cerita ni, sangat la boring. Dengan datangnya pelakon-pelakon baru, buat I rasa pembukaan cerita sangat slow. Tapi, kita tak leh nak judge cerita itu tak best sebelum mengikuti episod-episod seterusnya. Omputih kata "don't judge a book by its cover". Tereeenggg tereeengggg <--- berangan main gitar.
Episod ke 27-28 buat I jadi sedih pilu. Jiwa melayu sejati sentiasa emo. Oh damn. Berjaya juga air mata jantan ini jatuh. Haih kurang macho rasanya bila tengok cerita ni berbekalkan tisu.
Akhirnya, Alisya akur dengan keadaan, redha dengan jodoh yang ditentukan keluarga. Keluarga Hafiz, menerima Munirah dengan hati terbuka, walau pada mulanya tidak direstui.
Nak tau cerita ni macam mana, login je tonton.com.my. Jangan lupa register dulu kalau belum register.
Hari ni nak bercerita tentang kesihatan dalaman wanita. Selain dari pengambilan vitamin dan suppliment, setiap wanita itu perlu tahu akan keadaan dalaman mereka melalui test-test kesihatan. Bukan untuk menakutkan diri wahai wanita-wanita cantik diluar sana (yang sedang membaca tulisan ini) ya, uolls sememangnya cantik. Ciptaan Allah, sempurna semuanya. Insyaallah.
Kali ni, I nak share cerita tentang ujian Pap Smear. Uolls tahu apa itu pap smear? Pada yang tak tahu teruskan bacaan uolls. Jangan berhenti. Ilmu yang ada, I sudi kongsi dengan uolls disana. Walaupun I bukan seorang pakar puan, tapi tidak ada salahnya berkongsi ilmu pengetahuan.
Pap Smear
Pap smearjuga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.
Bila saya patut melakukan ujian pap smear?
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.
Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?
Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1.
Melakukan seks,
2.
Menyembur kawasan vagina,
3.
Menggunakan tampon, dan
4.
Menggunakan krim vagina.
Apa yang dilakukan semasa pap smear?
1.
Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2.
Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3.
Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4.
Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.
Apakah kelebihan lain pap smear?
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.
Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?
Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1.
Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2.
Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.
Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.
Di mana saya boleh menjalani pap smear?
Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.
Siapa tak kenal Shila Hamzah ni. Si comel yang cute miut. Bila dia menyanyi, meremang segala bulu yang ada. Wiwiiiit. Tahniah diatas kemenangan ini. Malaysian beb, Malaysian. Tumpang syok jadi orang Malaysia.
Kasi tepek sini one of my favourite song yang Shila nyanyi pada malam final.
Filem Untuk Tiga Hari, sedang rancak dipromosikan, membuatkan diri I tergoyah untuk mendapatkan novel yang bertajuk serupa dengan filem ni.
Untuk Tiga Hari bukan memaparkan kisah cinta biasa tetapi ia memaparkan kisah yang sedikit pelik. Untuk Tiga Hari mengisahkan dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin dengan pilihan orang tua dan memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga. Dalam tempoh tiga hari itu juga, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Sebelum keluar yang filem, apa kata baca novelnya dulu.
Semangat! Siap beli lampu sekali. Heheh
Selamat membaca kepada I. Minat untuk membaca novel sudah kembali. Nak tambahkan koleksi novel yang ada. Yeay!
Something u should know about me. I love to try and error. I love do it myself. I love to challenge my skill. This how I release my stress. Yes, that's me.
Poyo tak statement. Kahkah gelak besor dulu. Mihmih gelak gatal pulak. Miaumiau gelak kucing pulak datang. As uolls know (pada siapa yang tahu) dan pada yang tak tahu, I'm back to stay bujang. Not so say, Back to independent world. Wallla.
As I meroyan sengsorang kat my twitter pepagi tadi, I mendapat satu idea. Kenapa tidak I lakukannya sendiri. Macam I tulis dibahagian atas tadi, I love to challenge my skill. Kenapa perlu mengupah orang, kalau benda itu hanya simple. Simple for me, try dulu baru tahu susah atau senang. Tapi kalau jenis yang rasa malas, upah is the simple way. Tak payah nak membazir sangat la.
Bila dah keinginan nak mencuba itu membuak2, I pun terus la meng-Google dan terhenti di satu blog ini hussinmamathardware. Disini banyak info bergambar dan cara-cara nak baiki peralatan rumah. For now, I copy and paste, salah satu tutorial yang I akan buat bila I free. Hehe
Promosi ini berlangsung sehingga penghujung bulan 10. Jika anda melakukan tempahan pada pada tarikh promosi ini, anda layak memiliki potongan harga sebanyak 20% tersebut. Tidak kira samada majlis anda berlangsung pada tahun ini atau tahun hadapan. Mana-mana tempahan yang dilakukan mulai dari tarikh tertera sehingga berakhirnya promosi, anda berhak mendapat potongan harga sebanyak 20% untuk mana-mana pakej. Tertakluk pada terma dan syarat.
Bersyukur dengan dugaan pepagi. Sesungguhnya I bersyukur terpilih untuk diuji tahap kesabaran, fizikal dan mental. Secara psychology I disayangi olehNya. Alhamdulillah.
Seperti biasa, I akan bawa Sexy(kereta) ke tempat kerja. Bila start enjin, sesuatu bunyi yang aneh berlaku. Bila perasaan bercampur baur, antara mamai, stress, dan panic, I pilih untuk cool downkan diri dengan berjalan kaki ke tempat kerja. Nasib baik la bermalam dirumah Mama. Dan nasib baik la tempat kerja I tak jauh dari rumah Mama. Kalau la I berada di rumah sewa I nun disana, mau I minta emergency leave hari ni. Eh, kenapa tak apply emergency leave aje tadi kan?? Boleh coti free. Tapi I pilih untuk bekerja. Duduk dirumah menghabiskan beras pun tak guna. Tak productive rasanya diri ini. Kikiiii
Bila dah berjalan pagi2 baru la otak yang serabut tadi, menghasilkan satu solution yang terbaik. Sekarang dah canggih, main BBM aje la sesiapa yang terdekat. Dengan bantuan dua orang kawan, we suspek bateri Sexy sudah kong~ Nenooooonenoooo
Tak tunggu lama, terus ke kedai spare part yang terdekat serta berbaloi-baloi harganya. Beli dan fix sendiri. Yes, that's me. I lebih suka cuba sendiri terlebih dahulu daripada buta-buta panggil mechanic. Well, ladies biasanya akan kena tiau(tipu) dengan mechanic-mechanic ni. Daripada kena tiau hidup-hidup, kenapa tidak kita cuba sendirikan. Ala bateri je pun. Hahahaa.
Alhamdulillah, berjaya. Kalau tak berjaya, ke workshop juga jawapnya. Next service akan rujuk pada yang lebih pakar. For now, I hanya buat yang simple. Apapun, I love myself. Remind myself, try and error itu perlu. Weehuu.
Selamat Pengantin Baru buat Siti (Bamz Angels) dan Am. Seperti biasa, bila antara weolls yang melangkah ke alam perkahwinan, sure weolls akan datang dan meriahkan majlis. Puan Boss dah kasi cuti, dan secara tak langsung ianya menjadi arahan, kena la pergi.
Konvoi 3biji kereta, Viva, Satria, and my Sexy. Seronok je rasa bila I yang ketinggalan jauh dibelakang, dapat mengejar mereka yang bertolak terlebih dahulu. Nope, bukan I terlewat bangun, tapi I check in muka dengan Puan Boss sebelum berangat. Itu sudah menjadi tanggungjawab I. Nope, I juga tak speed. I pemandu yang berkhemah. Wink!
The Angels. Weolls yang datang dengan tema baju yang berlainan. Kikiii ceria je nampak. Eh suwettnya yang kat tengah tu. Deng!!!
Wakil SDF. Actually SDF dijemput juga. Tetapi yang lain ada urusan, makanya kami berdua ajelah.
Seronok tengok orang bersanding. Senyum-senyum kambing aje atas pelamin. Me? Insyaallah akan merasainya juga. Hewhewww~~
Pagi ni, rutin harian seperti biasa, mesti jengah kucing-kucing kesayangan di belakang rumah. Tak ada angin, takde ribut, tak nampak tanda-tanda sakit, Zo'ee terdampar kekejangan.
Sedih...
Dan I kehilangan seekor kucing yang nakal, tapi manja. Perginya seekor kucing jantan di antara 3ekor yang I ada.
Hmmmm
Monolog: Sedih sangat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Entry ni, ditujukan khas kepada penjejak-penjejak belog usang I. Yang telah menaikkan rating belog I, dan juga telah menaikkan tabung I. I teringin sangat nak kenal dengan uolls. Teringin sangat nak ber-outing dengan uolls. Boleh kah angan-angan si jenin ni jadi kenyataan.
I dok blogwalking bila ada masa. Bila I menjejak, I tinggalkan jejak. Harap-harap, ada yang jejak balik. Hehehe.
Suatu hari nanti, I akan jumpa jugak uolls kan. Insyaallah.
Jadinya, I pun nak tepek la muka raya I dengan my buddies ini. Tema tahun ni berkaler-kaler. Lokasi pengambaran, Putrajaya.
Intro, mesti up muka sendiri terlebih dahulu. Oh ya, baru je highlight rambut setelah setahun bertahan dengan warna rambut asal. Nak masuk bakul angkat sendiri sekejap, "Eh anggunnya". Weeee
Di lokasi yang sama, boleh pulak terjumpa dengan dua budak comel ni. Sebelah kanan I, memang dah kenal 3tahun lepas. Satu-satunya adik terangkat I yang masih kekal dengan I. Seorang lagi, I kenal dari FB dan Twitter dekat 2tahun jugak tapi tak pernah berjumpa. Kebetulan berjumpa disini. Sesi kenal mengenal pun berlaku. Nasib baik korang kepung aku, nampak gak aku kurus. Hahaa
Cute kan..? Ya weolls memang cute. Sila jangan jeles. Bajet retis sangat ni. Comel-comelkan weolls. Dah lama weolls tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan jadual masing2. Bila berkesempatan berjumpa sebegini, memang tak dilepaskan. Siap tumpang tidur oke. Terima kasih tuan rumah, menjemput Iolls ni. Makanan semuanya sedap-sedap. Home made cook. Lepas ni boleh buat catering. Yes!! Sokong 200%. Secara tak langsung, product MK's Home Cook pun tumpang sekali. Ngeee. Tauceeee tauceeee.
Credit photo buat Ej, Chieyo Sean dan Gyena Armani.
Berkesempatan menghadiri majlis persandingan cousin I, di Keramat. Meriah cousin I ni bersanding. Sekali pasang 10 khemah ko. Kalah kakak-kakak sebelum nii.
I sampai pun, ngam-ngam waktu pengantin nak bersanding. Perfect time. Terima kasih kepada jalan yang jem. Jasa mu amat dikenang.
Terjatuh cinta dengan dekorasi pelamin ni. Eh apa maknanya tu? Takde makna, jatuh cinta dengan set pelamin, bukan bermakna dah nak kawen. Tanggungjawab masih besar. Belum waktu untuk fikirkan semua itu.
Me? Jangan tanya bila dan bila. Dah bosan mendengar. Ada jodoh Insyaallah ada. Tengah mencari ni.
Tunggu aje khabar berita dari I. Sekarang amik berkat dulu. Hahaha.
Tahniah buat Siti Fairuz dan Nazri. Moga kekal sehingga ke anak cucu. Amin
Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Oppa Gangnam style teneeeneeeeneeet (mula terkinja bila setart je sebut perkataan ni) Focus gurl focus. Uolls, pandai nyanyi tak lagu ni? Pandai joget tak dengan step lagu ni? Siapa yang tak tahu lagu ni? Iolls sudi tepek video klip lagu ni kat sini. Kelik ok, jangan tak kelik.
Dalam twitter I dok la bertanya pada kengkawan I makna gangnam tu. Berterima kasih yang sudi kasi link dan makna gangnam ni. Tak best la nyanyi tak tahu makna. Makanya, kemudahan yang ada dpi zaman serba moden ni, I pun dok Google. Kalau nak ikutkan, lirik yang PSY dok nyanyi ni, tidak la se-funny dia yang awesome menari. Wah terer I ni, boleh faham bahasa Korea. Ingin tahu juga apa makna dok menyanyi dan menari. Jangan la kita menyanyi tanpa mengetahui maknakan. Sangat terer kalu dok Google ngan translate tau. Keja mudah dah senang. Tak payah nak susahkan diri baca kamus. Get it? Bagus ",)
Apa la makna gangnam tu... Jangan makna yang bukan2 sudah la kan.
Jom husha hasil peng-Google-an I.
Oppa Gangnam Style - English Version
Oppa is Gangnam style
Gangnam style A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh Sudah faham? Kesimpulan lagu ni, adalah kisah biasa alam percintaan dan perhubungan seorang lelaki dan perempuan. Gangnam pula adalah merujuk pada salah satu kawasan yang berada di Seoul, Korea. Kiranya, ini adalah kisah pasangan bercinta cara orang Gangnam. Ha kan? Kalau salah mari la betulkan ayat I ni.
Tapi memang betul ada kawasan ni kan. Kalau tak, takkan I tepek map diatas.
Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput Iolls ke rumah korang. Ada rumah yang I lepak campur tumpang tidur. Ada rumah yang I sampai waktu orang tidur. Maafkan I wahai tuan rumah. Hahaha
Pun begitu, ada juga rumah yang I tak sempat nak singgah. Maafkan I tuan rumah, tahun ni tak sempat nak jalan. Tahun depan insyaallah I sampai. Jangan serik jemput I okey.