♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, February 24, 2010

Perfection in my Eyes

2 comments:
Aku buka email, aku dapat poem ni... Jadi aku nak share dengan korang (",)

All I ever wanted was to be part of your heart,
And for us to be together, to never be apart.

No one else in the world can even compare,
You're perfect and so is this love that we share.

We have so much more than I ever thought we would,
I love you more than I ever thought I could.

I promise to give you all I have to give,
I'll do anything for you as long as I live.

In your eyes I see our present, our future and past,
By the way you look at me I know we will last.

I hope that one day you'll come to realize,
How perfect you are when seen through my eyes.

- Ashley Borden -

P/s Tersendiri... (",)

Monday, February 22, 2010

Ruhil's Day...

No comments:
Tahniah buat Ruhil Shafinaz dan pasangannya yang baru melansungkan perkahwinan mereka. Walau tak berapa nak kenal, orang da jemput, aku pun datang la. Tak mahu dikata sombong pulak. Tak gitu. Muka aku ni pun dah macam orang sombong, kalau perangai pun sombong, adesh takde orang mahu rapat lorrr....


Bergambar dengan pengantin.

Terima kasih juga la pada budak kat bawah ni yang mengajak aku ke masjlis itu. Terima kasih sekali lagi.


P/s Keep smiling..

Friday, February 19, 2010

Lion Dance @ Bamz Healthcare

No comments:
Tiap2 tahun, memang tak sah kalau takde Lion Dance kat klinik aku ni. Walaupun empunya klinik ni Indian, tapi dia follow benda2 mcm ni. Tak banyak yang leh aku story, layan pic je la eh (",)


Dua ekor singa nak masuk klinik aku... (",)


Singa2 sedang menjelajah ke seluruh kawasan klinik... (",)


Sudah keluar ayuh mari kita bergoyang... (",)


Dua singa sedang bergaduh. Gambar tengah, singa itu sedang membodek Appa, menyendeng2 minta sesuatu.  (Appa adalah ayah kepada bos aku, Dr B). Lepas itu aku nampak Appa bagi sesuatu dalam mulut singa tu. Aku nampak Appa hulur Rm 10 hikhikk. Pandai singa makan duit yea... (",)


Dua singa ni, sedang bergurau manja... (",)


Dua singa nak kasi sedang buat sesuatu. Hehehe. Blessing dari singa untuk Dr B. Nak tau lepas tu, dua singa ni datang dekat ngan aku. Boleh dia minta camera aku nih. Haish... Mana buleh. Kikikii (",)


Penghujung acara, nampak tak nombor apa yang singa tu bagi.


Sekian


P/s (",)

Monday, February 15, 2010

Balik PD... (",)

No comments:
Orang lain cuti dapat cuti lama2, tapi aku dapat cuti sekejap je. Jadi la kan, aku pun tak ke mana2. Ej ajak aku balik kampung dia, so aku pun ikut aje la. Walaupun dekat je kampung dia, yang biasanya akan mengambil masa dalam 1 jam. Tapi balik kali ni,  membawa ke 3 jam. Macam nak balik kampung aku da lamanya. Ye la musim orang cuti panjang ni, banyak yang balik kampung kan. Aku...? Mula2 celik la bijik mata ni, bertahan tak mahu tido kononnya, tapi bila Mak Haji dan Pak Haji dok bertekak pasal nak elak jem nih, aku dengan rela hati lelapkan mata kerana tak mahu ikut serta dalam perdebatan ni. Panas2 macam ni, yang bertekak watpe. Sama juga sana sini jem. Rungut aku dalam hati la.. (",)


Sampai rumah busu, jeng jeng jeng... Ikan bilis sambal kegemaranku, berserta rendang daging da siap terhidang. Lapar... Takde cakap banyak, moh serang... *alamak lapar punya pasal, aku tak sempat nak amik gambar. Hehheheee. Setengah jam kemudian, burp... Alhamdulillah kenyang. Percaya atau tidak, aku tambah sampai 3 kali. Mana tak badan aku ni makin membulat... (",)


Sesi adik beradik bertemu, ada perkara yang mahu dibincangkan. Jadi aku sebagai orang kuar (walau mereka anggap aku ini sebahagian dari keluarga), pandai2 la bawa diri. Tak baikkan dengar orang tua bersembang. Ceh sopannye aku. Anak sapa la nih. Huhuhuuhuu. Aku  kemana la tu, masuk bilik dan ZzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz... (",)


2 jam kemudian, aku da bangun. Panas gila. Walau ada kipas, tak terlawan panas yang sedia ada. Pun begitu, aku masih boleh tidur lena. Hehehe panas2 memang best untuk tidur tau. Ye la apa nak but time panas2 ni. Nak bergado dengan matahari...? Uish aku tak sanggup. Migraine aku kang... (",) Get ready untuk ke rumah abang Ej. Aku siap minta tapau lagi ikan bilis dan rendang daging tadi. Mana tau leh makan kat rumah malam nanti heheheh... (",)


Rumah abang Ej tak jauh dari rumah busu. Dalam 15min leh sampai, tapi naik kereta la. Kalau jalan kaki pun boleh gak, berpeluh la ketiak kan... (",) Tunggu punya tunggu dekat 30 minit baru pintu rumah dibuka. Tidur rupanya. Aku ajak Ej pergi pantai. Berangin sikit kat sana... (",)


Ej... (",) 


Aku dan Ej... (",)


Aku... (",)


P/s Biarkan... (",)

Sunday, February 14, 2010

Happy CNY... Happy Valentine (",)

2 comments:

GONG XI FA CHAI


HAPPY VALENTINE's DAY

P/s Takde mood untuk berbelog..

Friday, February 12, 2010

5 Tahun Sudah

2 comments:
Hari ni, 12 February 2010. Hari ni juga, genap 5 tahun aku dengan Dato'. Dan selama itu la, satu persatu dugaan datang. Dari satu cerita, ke satu cerita aku dapat dan aku dengar. Seronok bila aku tau, semuanya cerita aku

Hubungan aku yang pasang surut dengan ***** pun jadi perbulan hangat. Yang penting 5 tahun ni juga, aku menunggu sesuatu yang tak jatuh2. Ye la bintang mana boleh jatuhkan. 5 tahun ni juga, seorang demi seorang dok tanya aku, bila lagi. Fahamkah mereka akan situasi yang aku hadap selama ini...? Perlu kah aku bercerita secara detail, apa yang terjadi. Tak perlu kerana takde kena mengena dengan kehidupan orang lain. Aku yang lalui aku yang tahu apa terjadi. Orang lain tak perlu nak jadi penyibuk atau tukang selamat dalam kehidupan aku. Sesungguhnya, telah aku baca kebusukan hati sesorang itu.

Aku berubah ke..? Berubah ikut masa, itu perlu orang tau. Hai.. Tak abis lagi rupanya. Cukup2 la pada yang busuk hati atau kurang senang dengan aku ni. Sudah2 la tu. Jangan banyak sangat bercakap, kena batang hidung sendiri kan ke malu. Orang keliling da leh baca la. Aku mungkin jahat la pada pandangan orang, mulut mugkin manis. Tapi balik n fikir sendiri la aku ni level yang macam mana. Sekurang2nya aku da tau hala tuju aku.

5 tahun macam2 leh jadikan. Dengan dugaan aku yang memang tak lepas2. Huh busuk sungguh hati. 5 tahun ni juga, hati aku masih padanya. Walau luaran aku, lain rentaknya. Kata apa lagi aku nak cakap. Kata apa lagi untuk aku lagukan. Masih belum sedar...? Aku biarkan lagi dia terleka dan hanyut dengan jalan yang dia pilih. Mungkin aku yang salah. Tapi pernah tertanya tak, mungkin kau...?

Aku biarkan perasaan dan keadaan yang berlaku ni, terus berlalu. Orang selalu nasihatkan aku "CUKUP2LA BAGI ORANG LAIN PIJAK PERASAAN KAU". Aku hanya mampu tersenyum..

P/s Luaran bukan cermin utuk dalaman... (",)

Wednesday, February 10, 2010

Bukit Tinggi Wif SDF's II ... (",)

No comments:
CONTINUE... (",)

Penat dah posing2 meh duduk sat (",)

Dah puas merayap kat kawasan yang memang tenang kat atas nih, moh turun kita pergi tempat lain. Naik bukit bukan main laju lagi, turun bukit, kaki ku meragam. Ceh apa hal lak lutut sebelah kiri aku ni, daya ketahanannya kurang kuat. Hurm... Macam2 dah aku makan masih lagi macam itu. Apa aku nak buat nih... (",)

Tiba2 aku bersuara "Korang L.A.P.A.R tak?" Disampuk oleh yang lain2 "Lapar2..." Kikikii mari kita cari makan (",)

Sebelum sampainya makanan, perkara yang mesti dilakukan... (",)

Makanan yang di order Alhamdulillah ada rezeki kami ... (",)

Sesudah makan pun perlu kan. Burp upsss... Alhamdulillah... (",)

Da kenyang semua, mari excersice. Jalan2 cari pasal ahaks... (",)

Tengah2 kota... Cewah kota la sangat... (",)

Mari main pool... (",)

Berlainan kawasan ... Nak balik dah, so cari port untuk posing2... (",)

Kami nak balik dah... (",)

Penat tapi menyeronokkan. Walau tak banyak aktiviti, pemandangan yang indah buat aku dan mereka tak lepas2 untuk bergambar. Berbaloi walau hanya membayar RM 10 untuk masuk ke dalam kawasan ni. Lepas ni nak ke mana yea... Hahaha masing2 da setuju untuk pergi karaoke. Yea... (",)

P/s Lookaway... (",)

Bukit Tinggi Wif SDF's ... (",)

3 comments:
Ahad, yang lepas aku pergi Bukit Tinggi, Pahang. Macam yang aku tulis dalam N3 aku sebelum ni, aku jumpa Cik Gyenakan, atas tujuan ni la. Yehaa... Bukan aku tak pernah naik pun Bukit Tinggi ni. Tapi kala dan ketika itu, aku naik waktu malam, dan takde pulak untuk jelajah setiap kawasan yang ada. Konon2 nak sambut merdeka day kat situ, tapi apa pun takde. Kikiki.. Mana taknya sampai pun pukul 1 pagi. Apa ada kat sana? Gulap gulita nasib baik ada lampukan, nampak juga batang hidung aku yang tak berapa nak mancung ni. Eh buleh macam tu... (",)

Janji melayu pukul 10 pagi kat rumah Yart. Hehehe... Biasa la aku ni, nak kena cuci baby aku dulu kalau nak ke mana2 sekalipun. Sudahnya kelewatan dalam 30minit dari janji yang ditetapkan. Maaf la ye, lewat sedikit. Da berkumpul semua (Aku, Ej, Yart, Gyena n Mysta), teruskan perjalanan untuk ke destinasi yang petama yakni, Restoran Puteri. Mau makan dulu da... (",).... Selang 1jam... Burp, Alhamdulillah kenyang sudah. Ada juga rezeki yang nak dijamah untuk hari ini. Destinasi yang kedua, Shell isi minyak, hehee. Kalau tak, menolak la ye. Selesai sudah, teruskan ke destinasi yang dirancang... (",)

12.40pm, sampai sudah di kawasan yang tinggi ni. Poning gak kepala aku ni, sampaikan mahu **N***. Ups, mabok la pulak. Sapu minyak angin cepat... (",) Sesampainya kami kat Bukit Tinggi, haruslah mengabadikan kenangan di podok pengawal. Sementara nak tuggu bas (eh bas ker...). Tunggu punya tunggu bas tu penuh sentiasa, jadi marilah mendaki (macam real je bunyinya)... (",)

Tunjuk arah  ni macam cantik je. Snap2.. (",)

Sewaktu mendaki bukit. Masih mampu tersenyum. Eh mana Yart...? ... (",)

Sampai di atas sudah. Eh batu ni cantik kan... (",)

Menuju ke Japanese Village... Eh ada jambatan, berhenti kejap... (",)

Dengan Kimono, RM 20 sahaja untuk 20 min. Takpe, janji merasa. Yang Ej, Yart, Mysta tak mau pakai baju Samurai. Ceh! hey apa daaa... (",)

20 min itu begitu berharga kan... (",)

TO BE CONTINUE. Ada patient la pulak...

P/s Walk away wif (",)

Tuesday, February 9, 2010

Cik N jumpa Cik Gyena

4 comments:
Ahad yang lepas, dengan tak sengajanya (leh tak aku tulis macam ni), aku jumpa dengan Cik Gyena. Selalunya, aku jumpa dia dalam FB, YM, n BLOG. Maklum la kan, Cik Gyena ni juga yang banyak mengajar aku tentang selok belok berbelog. Maklum la, aku ni SLOW. Kesabarannya, mengajar aku yang lemmmbs ni, buat aku tabik spring kat dia. Statement aku ni, bukan statement bodek eh, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru tahu hati budinya. Tak gitu... Kikikiii

Gyena n Me

Mana kitorang pergi sebenarnya...? Tunggu... Aku akan hapdate kemudian. Pasal ada kerja yang perlu aku bereskan...

P/s Chayok2...

Tuesday, February 2, 2010

Part II : Melaka ~ The Historical City

2 comments:
Pukul 7.30 pagi, aku da bangkit. Aku tengok sebelah, masing2 masih berdengkur. Ye la kan, malam tadi tido lewat. Tapi plan untuk hari ni tetap diteruskan. Golek punya golek, memang dah tak boleh tido. Aku tengok jam da pukul 8.30 pagi. Gagahkan juga untuk bangun, bila fikirkan banyak destinasi yang nak aku tuju. Tuala aku capai, alang2 aku da bangun dulu, supaya tak berebut bilik air yang satu tu... (",) 

Selesai mandi, seorang demi seorang aku kejut, soh mandi. Di mulakan dengan D, Uncle, then yang last da tentu2 Dato'. Sambil dorang bersiap, aku yang sedia siap ni, layan cite kartun kat TV3. Terpaksa tengok walau aku bukan peminat kartun yang tegar. Siap semua, masing2 tentunya lapar. Cari makan dulu baru jalan. Jam kat tangan pukul 10.30 pagi. Sempat lagi nak breakfast. Heheheh... (",)


Disebabkan malam tadi, da mengantuk, dan tak sempat pulak nak mengambil gambar hotel. Jadi, aku mengambil kesempatan ini tok snap pix hotel ni dari jauh. Cuaca sangat terik, jadinya dari jauh la aku snap... (",) Terus ke seberang, dan mencari makan. Perut aku memang lapar giler dari malam tadi. Huh...

Selesai makan semua, Alhamdulillah ada rezeki untuk hari ini. Jadi, aku teruskan destinasi. Sebelum itu Uncle pergi dapatkan kupon parking. Kang tak pasal2, Baby aku kena saman. Jalan jauh2 kena saman la pulak, tak best kan. Dah la pergi bercuti ni, meragam2... So tak mahu spoilkan mood yang da sedia spoil, aku ambil jalan mudah tak mahu pikirkan. Disebabkan hotel aku ni dekat je dengan kawasan2 yang nak dilawati, jadi semua setuju untuk berjalan kaki sahaja. Lagi senang tak payah pikir2 mana nak parking.  Sempat lagi nak pose2... Wajib tau... (",)

Singgah di tempat yang pertama... Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan... (",)

  Seterusnyer... A'Famosa... Cuaca sungguh panas, aku pose juga. Dato' menghilang pasal tak tahan panas. Pening... (",)

Naik tangga ke atas... St. Paul's Church... Sejuk cikit, pasal ada angin, leh nampak laut dari sini. Basah tiak aku, leh bagi kering. Sempat juga dok temuramah pelukis yang dok melukis kat situ. Sementara menunggu peluh reda... (",)

Berehat sebentar... Panas sangat, cari air mineral... Zasssss

Jalan2 dikawasan keliling... (",)

Pose depan hotel. Nak pergi ke kereta cari makan tengahari... (",)

Muka2 lapo. Sementara menunggu makanan sampai, meh pose dulu... (",)

 Orang2 kata, kalau datang Melaka, kalau tak kena asam pedas, tak sah kan. Jadi aku dan mereka2 ini pusing2 mencari kedai asam pedas yang paling sedap kat area ni. Selepas meroger2 sana, meroger2 sini, akhirnya jumpa Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni. Kedai ni terletak di Jalan PM3 berhampiran dengan Mahkota Parade, Melaka. Menarik bukan. Memang sedap. Tak caya meh test, sure2 kuah tu korang hirup sampai kering. Lagi2 asam pedas, memang favorite aku . Makan bertambah beb. Memang puas ati aku makan kat sini. Alhamdulillah, kenyang moh jalan lagi.(",)

Masih di kawasan yang sama, pusing2 kat kawasan ni. Menara Taming Sari. Aku nak naik, tapi aku gayat. Jadinya pose je la.. Kikikii... (",)

Chist Church Melaka... Jalan sini pasal nampak kedai cendol kat seberang. Sambil berjalan aku tengok2 barang2 yang ada jual kat situ. Berkenan, grap je. Untuk kegunaan sendiri je... (",)

Da puas makan cendol, pergi ke kawasan lain pulak. Muzium Samudera, dikala petang. Cantikkan langit itu... (",)

Sempat lagi aku dan mereka ini pergi spa. Kasi ikan makan kaki aku... (",)

Kincir Angin... Akhirnya dapat juga bergambar berempat... (",)


Bila kesengalan melanda, begini la jadinya. Nak tunggu sunset punya pasal... (",)

Selesai berposing, aku dan mereka2 ini, naik bot, Melaka River Cruise. Malangnya takde pix atas bot, kerana keadaan diatas bot itu tak mengizinkan kami berposing sakan. Jangan tak caya, bot tu ada nama tau. Namanya adalah Dang Anum 19. Huh suka D no fav dia lak tu. Apasal bukan no aku...? Tetiba aku jealous di situ. Jealous... Buang masa jerk. 

Setelah habis pusing, seterusnya kami mahu makan, pilihan aku dan mereka ada seafood. Jadinya, beramai2 mencari mana letaknya Medan Ikan Bakar Umbai


Selesai makan... Moh lik KL. Lain kali leh datang sini lagi... (",)

P/s Penat tapi best (",)

♥ Aurora Follow3rs