♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, February 2, 2010

Part II : Melaka ~ The Historical City

Pukul 7.30 pagi, aku da bangkit. Aku tengok sebelah, masing2 masih berdengkur. Ye la kan, malam tadi tido lewat. Tapi plan untuk hari ni tetap diteruskan. Golek punya golek, memang dah tak boleh tido. Aku tengok jam da pukul 8.30 pagi. Gagahkan juga untuk bangun, bila fikirkan banyak destinasi yang nak aku tuju. Tuala aku capai, alang2 aku da bangun dulu, supaya tak berebut bilik air yang satu tu... (",) 

Selesai mandi, seorang demi seorang aku kejut, soh mandi. Di mulakan dengan D, Uncle, then yang last da tentu2 Dato'. Sambil dorang bersiap, aku yang sedia siap ni, layan cite kartun kat TV3. Terpaksa tengok walau aku bukan peminat kartun yang tegar. Siap semua, masing2 tentunya lapar. Cari makan dulu baru jalan. Jam kat tangan pukul 10.30 pagi. Sempat lagi nak breakfast. Heheheh... (",)


Disebabkan malam tadi, da mengantuk, dan tak sempat pulak nak mengambil gambar hotel. Jadi, aku mengambil kesempatan ini tok snap pix hotel ni dari jauh. Cuaca sangat terik, jadinya dari jauh la aku snap... (",) Terus ke seberang, dan mencari makan. Perut aku memang lapar giler dari malam tadi. Huh...

Selesai makan semua, Alhamdulillah ada rezeki untuk hari ini. Jadi, aku teruskan destinasi. Sebelum itu Uncle pergi dapatkan kupon parking. Kang tak pasal2, Baby aku kena saman. Jalan jauh2 kena saman la pulak, tak best kan. Dah la pergi bercuti ni, meragam2... So tak mahu spoilkan mood yang da sedia spoil, aku ambil jalan mudah tak mahu pikirkan. Disebabkan hotel aku ni dekat je dengan kawasan2 yang nak dilawati, jadi semua setuju untuk berjalan kaki sahaja. Lagi senang tak payah pikir2 mana nak parking.  Sempat lagi nak pose2... Wajib tau... (",)

Singgah di tempat yang pertama... Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan... (",)

  Seterusnyer... A'Famosa... Cuaca sungguh panas, aku pose juga. Dato' menghilang pasal tak tahan panas. Pening... (",)

Naik tangga ke atas... St. Paul's Church... Sejuk cikit, pasal ada angin, leh nampak laut dari sini. Basah tiak aku, leh bagi kering. Sempat juga dok temuramah pelukis yang dok melukis kat situ. Sementara menunggu peluh reda... (",)

Berehat sebentar... Panas sangat, cari air mineral... Zasssss

Jalan2 dikawasan keliling... (",)

Pose depan hotel. Nak pergi ke kereta cari makan tengahari... (",)

Muka2 lapo. Sementara menunggu makanan sampai, meh pose dulu... (",)

 Orang2 kata, kalau datang Melaka, kalau tak kena asam pedas, tak sah kan. Jadi aku dan mereka2 ini pusing2 mencari kedai asam pedas yang paling sedap kat area ni. Selepas meroger2 sana, meroger2 sini, akhirnya jumpa Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni. Kedai ni terletak di Jalan PM3 berhampiran dengan Mahkota Parade, Melaka. Menarik bukan. Memang sedap. Tak caya meh test, sure2 kuah tu korang hirup sampai kering. Lagi2 asam pedas, memang favorite aku . Makan bertambah beb. Memang puas ati aku makan kat sini. Alhamdulillah, kenyang moh jalan lagi.(",)

Masih di kawasan yang sama, pusing2 kat kawasan ni. Menara Taming Sari. Aku nak naik, tapi aku gayat. Jadinya pose je la.. Kikikii... (",)

Chist Church Melaka... Jalan sini pasal nampak kedai cendol kat seberang. Sambil berjalan aku tengok2 barang2 yang ada jual kat situ. Berkenan, grap je. Untuk kegunaan sendiri je... (",)

Da puas makan cendol, pergi ke kawasan lain pulak. Muzium Samudera, dikala petang. Cantikkan langit itu... (",)

Sempat lagi aku dan mereka ini pergi spa. Kasi ikan makan kaki aku... (",)

Kincir Angin... Akhirnya dapat juga bergambar berempat... (",)


Bila kesengalan melanda, begini la jadinya. Nak tunggu sunset punya pasal... (",)

Selesai berposing, aku dan mereka2 ini, naik bot, Melaka River Cruise. Malangnya takde pix atas bot, kerana keadaan diatas bot itu tak mengizinkan kami berposing sakan. Jangan tak caya, bot tu ada nama tau. Namanya adalah Dang Anum 19. Huh suka D no fav dia lak tu. Apasal bukan no aku...? Tetiba aku jealous di situ. Jealous... Buang masa jerk. 

Setelah habis pusing, seterusnya kami mahu makan, pilihan aku dan mereka ada seafood. Jadinya, beramai2 mencari mana letaknya Medan Ikan Bakar Umbai


Selesai makan... Moh lik KL. Lain kali leh datang sini lagi... (",)

P/s Penat tapi best (",)

2 comments:

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs