♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, February 15, 2010

Balik PD... (",)

Orang lain cuti dapat cuti lama2, tapi aku dapat cuti sekejap je. Jadi la kan, aku pun tak ke mana2. Ej ajak aku balik kampung dia, so aku pun ikut aje la. Walaupun dekat je kampung dia, yang biasanya akan mengambil masa dalam 1 jam. Tapi balik kali ni,  membawa ke 3 jam. Macam nak balik kampung aku da lamanya. Ye la musim orang cuti panjang ni, banyak yang balik kampung kan. Aku...? Mula2 celik la bijik mata ni, bertahan tak mahu tido kononnya, tapi bila Mak Haji dan Pak Haji dok bertekak pasal nak elak jem nih, aku dengan rela hati lelapkan mata kerana tak mahu ikut serta dalam perdebatan ni. Panas2 macam ni, yang bertekak watpe. Sama juga sana sini jem. Rungut aku dalam hati la.. (",)


Sampai rumah busu, jeng jeng jeng... Ikan bilis sambal kegemaranku, berserta rendang daging da siap terhidang. Lapar... Takde cakap banyak, moh serang... *alamak lapar punya pasal, aku tak sempat nak amik gambar. Hehheheee. Setengah jam kemudian, burp... Alhamdulillah kenyang. Percaya atau tidak, aku tambah sampai 3 kali. Mana tak badan aku ni makin membulat... (",)


Sesi adik beradik bertemu, ada perkara yang mahu dibincangkan. Jadi aku sebagai orang kuar (walau mereka anggap aku ini sebahagian dari keluarga), pandai2 la bawa diri. Tak baikkan dengar orang tua bersembang. Ceh sopannye aku. Anak sapa la nih. Huhuhuuhuu. Aku  kemana la tu, masuk bilik dan ZzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz... (",)


2 jam kemudian, aku da bangun. Panas gila. Walau ada kipas, tak terlawan panas yang sedia ada. Pun begitu, aku masih boleh tidur lena. Hehehe panas2 memang best untuk tidur tau. Ye la apa nak but time panas2 ni. Nak bergado dengan matahari...? Uish aku tak sanggup. Migraine aku kang... (",) Get ready untuk ke rumah abang Ej. Aku siap minta tapau lagi ikan bilis dan rendang daging tadi. Mana tau leh makan kat rumah malam nanti heheheh... (",)


Rumah abang Ej tak jauh dari rumah busu. Dalam 15min leh sampai, tapi naik kereta la. Kalau jalan kaki pun boleh gak, berpeluh la ketiak kan... (",) Tunggu punya tunggu dekat 30 minit baru pintu rumah dibuka. Tidur rupanya. Aku ajak Ej pergi pantai. Berangin sikit kat sana... (",)


Ej... (",) 


Aku dan Ej... (",)


Aku... (",)


P/s Biarkan... (",)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs