9 malam , aku baru balik dari kerja. Tengok pulak muka Ej (Dato') mencuka. Sigh... Mengeluh tak abis. Otak penat fikir macam2 hal. Emosi aku mudah terganggu lately ni. Aku pun tak tahu kenapa. Spirit aku hilang sangat2. Dari hal kerja, hal kawan2, hal saudara, dan hal2 lain lagi. Hm... Ambil jalan mudah tak mau fikir hal2 itu, yang pastinya aku yang akan terkena balik. Jadi baik diam2 sudah. Roger2 yang sana, roger yang sini. Dapat pulak sms dari ibu, "Mummy sorry, Ibu tak dapat nak join, ada budak la pulak.... Bla...bla...bla....". Aku hanya mampu kata "Takpe la Ibu, takde rezeki nak join kan. Mummy faham. Kita ni merancang sahaja Ibu...Bla..Bla..Bla.." Tapi dalam hati aku mengeluh (-_-")
10.30 malam, baru aku masuk bilik air. Mulanya nak amik Ary (D), pukul 9.30 malam, tapi tersangkut pulak tengok cerita Prom Night kat Astro. Jadi aku terlayan cerita tu kejap. Hikhik... Siap punya siap, tunggu Yart (Uncle) pulak. Dia pun lambat pasal kat rumah dia (Ara Damansara), ada makan2. Sabar lagi... (-_-")
11.00 malam, baru gerak amik D kat Shah Alam. Lewat dari yang dirancang. Mampu minta maaf je la kan. Dah amik D, terus ke destinasi yang mahu kami lawati. Plan pada mulanya, mahu pergi jauh ke selatan. Tapi bila fikirkan dugaan yang banyak sebelum nak pergi, berubah fikiran pergi tempat yang terdekat je, yakni Melaka... (",)
2 pagi, da sampai kat Melaka. Waktu malam, Melaka memang cantik. Banyak lampu. Ye la tempat bersejarahkan. Mesti la meriah. Ini merupakan kali ke-3 aku datang Melaka. Aku maksudkan bandar Melaka. Yang pertama dulu, waktu sekolah rendah, ala rombongan sambil belajar tu. Yang keduanya, aku berjalan raya kat rumah Mak Andak Dato', tak silap aku dua tahun lepas. Dan yang ketiga, malam ni la. Hikhik. Agak jakun (bahasa jawa) la sikit. Memang banyak perubahan.
Jalan punya jalan aku nampak signboard ni. Disebabkan da malam, lagi pun tempat ni da pun tutup. Masing2 plan nak naik esok. Jadinya, kami teruskan perjalanan. Nak cari hotel bajet. Hahhaa nak tau, aku dan mereka ni, memang suka plan macam ni. Main redah je kata orang. Ye la dah nama pun plan yang tak terancangkan. Lain la kalau yang jauh2 tu, agak proper la cikit plannye... (",)
Teruskan lagi perjalanan. Jumpa yang ini, Muzium Samudera. Cantikkan. Aku memang perak gile. Walaupun sebenarnya aku mamai (mana taknye, sepanjang jalan aku tido) tapi aku nak juga turun dan merapati kapal ini. Walaupun dah tutup tau. Kikikii... Dalam kapal ni la yang banyak khazanah bangsa yang dirampas oleh penjajah dulu2. Yang tenggelam tu. Ceh buka buku sejarah lak pulak... (",)
Ambil peluang bergambar. Mana Dato'...? Bawa diri pulak dia... (-_-")
3.15 pagi, Dah puas bergambar, pusing2 cari hotel. Akhirnya, jumpa hotel bajet yang tak jauh dari bandar. Nasib baik ada kosong. Hotel apa eh, Hotel Johannamanya. Yang best bila Uncle ngan D pergi kaunter, pakcik yang jaga kaunter tu siap tanya "Kamu semua ni pompuankan" Aku senyum je bila diorang cerita. Sah2 terpampang kat luar hotel "Pasangan bukan muhrim tidak dibenarkan menginap di hotel ini". Bagus2 kurangkan maksiat. Pix dalam hotel tak pulak aku snap pasal da mengantuk...
Apa lagi tunggu tido la kan... ZzzzzzzZZZZZzzzzz
To be continue... (",)
P/s Aku lapa tau malam tu...
...sakan nyer jalan di melaka...naik beca jgn lupa...=)
ReplyDeletelieya ~ beca xmerasa nk naik la yunk... suma nk jln kaki..br feel... hikhik
ReplyDeletelapa eh mlm tu....org da msg da ms kuar g lobi tny nak mkn atau tak..tapi ckp taknak..huhu
ReplyDeleteabil~not in the mood la tat time...sentap apa
ReplyDelete