Tik tok tik tok... Jam kat tangan dah pukul 8.41malam. Kalau korang tengok N3 sebelum ni, aku ada bercerita tentang Plan BBQ, yakni Plan A. Sampai ke hari ini, takde jawapan pada yang berkenaan. Ye mungkin sebelum ini, perkataan TIDAK JANJI, INSYALLAH, da menunjukkan keputusannya. Tapi, apalah salahnya, membazirkan waktu untuk seketika, bagitahu "Maaf tak dapat nak follow". Apa la pulak ruginya untuk mengconfirmkan (aku pun tak pasti la ayat ni ada atau tak, kalau takde aku minta maaf eh) bahawa memang tak dapat nak join. Bukan satu paksaan, tapi apalah salahnya, jangan bagi orang lain tertunggu2, berkira2, atau mungkin tercari2...? Sigh (-_-"). Mana pergi perasaan masing2 aku pun tak tahu la. Lupakan perkara itu, memang aku tengah kecik hati. Pada siapa... Pada siapa2 yang terasa akan hal ini. Tak terasa, lantak pi la. Malas nak pikir banyak.
Jadi, dengan hal yang last minit ini juga la, mana yang da tukar cuti, mana yang telah susun jadual aktivi, terpaksa plan benda yang lain. Iaitu, Plan B tapi nak kemana? Masing2 da pecah otak. Yang sana tanya aku, yang sini tanya juga, yang sinun lagi. Semua plan jadi kucar kacir. Aku paling tak suka keadaan ni. Nasib baik juga tak berhabis beli barang2 untuk Plan A yang terancang terlebih dahulu. Kalau tak membazirkan. Nasib badan kena macam ni. Frust... Memang aku frust... (-_-")
Nak Plan apa ni...?