♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, December 31, 2013

Selamat tinggal 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Waktu terakhir di tahun 2013? Dah sampai ke azam kau orang semua???

Bersyukur, aku masih bernafas dihari terakhir ditahun 2013. Syukur diberikan kesempatan untuk menikmati yang indah didunia ini. Bersyukur, bersyukur bersyukur, Malaysia masih aman. Hiks.

Ditanya tentang azam aku?? Seperti dua tahun yang lepas, aku tak simpan apa-apa azam. Lebih kepada mengikut keadaan semasa. Dari segi kesihatan, pekerjaan, perjalanan dan apa-apa sahaja yang membabitkan aku dan kehidupan aku yang telah ditentukan oleh-Nya. Omputih kata, follow with the flow.

Sedar tak sedar, aku telah meninggalkan banyak perkara yang manis, dan tak kurangnya yang pahit. Tidak perlulah aku huraikan apa yang manis dan apa yang pahit. Yang pastinya aku berasa selesa dengan perjalanan yang tenang itu. Pun begitu, yang tenang jangan sangka tiada rintangan. Rintangan yang ada, aku harungi dengan cara yang terbaik, walaupun otak dan hati berperang sesama sendiri.


Pun begitu, akan aku simpan yang manis itu sebagai sesuatu yang indah dalam hidup. Yang pahit itu pulak, akan aku jadikan pengajaran untuk kehidupan yang akan datang. 

Cuma, aku berharap kehidupan akan datang lebih baik dari yang sekarang. Yang paling penting, aku mahukan kesihatan yang lebih baik, dan dipermudahkan segala urusan diatas ketidaksempurnaan aku yang kerdil ini. Berusaha untuk menjadi yang lebih baik di atas 'tiket' kemanusiaan. 

Tidak sabar untuk harungi pengalaman baru di tahun yang baru. Masihkah aku bernafas???

Monolog: Bersyukur

Sunday, December 29, 2013

Pengalaman: Titik permulaan..

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aktiviti penutup untuk tahun 2013. Oh noooo! Never crossed in my mind I grab this challenge.

Oh mak kau. Nah! Nak mula menulis pun aku nak melatah. Tergeliat pulak jemari aku ni nak menaip bahasa omputih. Sesekali bersikap sedikit poyo tak salah lah kan. Lagipun bahasa omputih aku bahasa rojak. Sama ja juga dengan cara aku menulis atau bercerita kat belog kusam aku ni. Walaupun aku menggunakan bahasa rojak melayu, tetap ada yang datang singgah. Dan yang paling penting, traffic belog aku ni sentiasa naik. Aku dan kopoyaan aku, itu perkara biasa kan kaaaaan. Kalau kau sendiri tak mengaku kepoyoan sendiri susahlaaah. Sedar tak sedar dalam diri kau orang tu, ada poyonya. Apa itu poyo? Mohon google mesti ada maknanya. Ngeeeee

Hari ini aku cuti. Aku cuti tetapi kena datang kerja. Oh laaaa macam mana itu???? Well, well masa free aku sekarang ni boleh selit macam-macam perkara. Samada keluar masuk hutan, naik turun tangga, pusing-pusing jalan raya, atau pun menghadap pwince dengan kerja-kerja tambahan aku. Waktu aku bercuti, adalah waktu aku bersama aktiviti yang berfaedah. Tetapi kali ini, aku dicabar oleh cabaran yang baru. Oleh kerana adik aku minta tolong untuk buat experiment berkaitan dengan kerjanya, aku pun datang la juga memenuhi kehendak adik aku itu. Tolong menolongkan amalan yang mulia. Hihiiiii


Disiniiiiii kuterkedu keduuuuuuu....... Ini adalah studio milik adik aku. Dimana studio ni la tempat adik aku cari makan dan melakukan kerja-kerja photography dan editing. Disini juga aku diminta untuk buat kerja extra yang tak pernah la aku terfikir nak buat. Kalau ditanya dalam hati aku ni, aku tidak teruja sangat nak pergi. Tetapi aku bawa la juga diri aku ke sini demi memeriahkan suasana. Mampos aku kalau diorang nampak apa aku tulis ni. Manalah tahu terpilih ke aku diantara ramai-ramai yang datang. Mesti kau orang tertanya-tanya apa aku buat kat sini kan. Eheeeee nantilah aku share, sekarang belum boleh lagi. Tulisan aku tulisan cliche siapa faham, mungkin faham. Siapa tak faham, baca balik dari mula tulis. Sesi mendera pembaca hahhaaaa.

Sampai sini! Bye!!!

Monolog: Bunga bunga cintaaaaaa layu dipusaraaaa hiks

Wednesday, December 25, 2013

Terima kasih & Selamat Hari Natal

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hai!!! Lambai-lambai ala-ala ratu :))

Siapa rindu update dari aku??? Hahaaaa ratu sangatkan sampai tanya macam tu sekali. Okey okey takpayah buat apa2, teruskan membaca apa saja yang aku tulis. Belum pernah rasanya, aku ucapkan terima kasih atas kunjungan kau orang kat belog kusam aku ni kan kan kan. Jadi, aku mulakan kata-kata indah untuk kalian diawal penulisan aku ni. 

Terima kasih, atas kesudian kau orang singgah kat belog aku ni.
Terima kasih, kerana memilih belog kusam ini sebagai tatapan bacaan kau orang. 
Terima kasih pada puji-pujian dan kutukan kau orang disetiap baris ayat aku yang macam-macam ada. 

Terima kasih, ku ucapkan padaaaaamuuuuuu eh macam pernah dengar lagu ni hiks. Terima kasih terima kasih terima kasih. Jangan serik, singgah-singgah lagi. Gelak besooooo. 


Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal buat mereka yang beragama Kristian. Semoga bahagia dan ceria-ceria bersama keluarga. Waktu-waktu begini berjumpa dan meraikan bersama keluarga itu seronok bukan. Gunakan la kesempatan yang ada sebelum terlewat. 


Bye!!!!

Monolog: Bukan complain, sengaja nak bermanja

Sunday, December 8, 2013

Love The Nature: Bukit Tinggi Gohtong Jaya, Genting Highlands

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita hujung minggu-minggu yang lepas.

Sepatutnya, aku pulang ke kampung menghadiri majlis kenduri kahwin cousin aku di Tanjung Karang, Selangor. Tetapi dek kerana bertembung dengan aktiviti meredah hutan aku, makanya dengan keputusan yang singkat, aku tidak pulang. Lagipun minggu lepas aku sempat luangkan masa memeriahkan suasana, apalah salahnya minggu yang ini aku meng-skipkan diri. Maafkan saya, badan saya tak boleh nak dipotong dua untuk berada disatu-satu kawasan dalam waktu yang sama. Heheee

Part of training dan secara tak langsung, peredahan hutan aku kali ini adalah untuk meraikan dua bulan aku berubah angin, dimana aku lebih banyak kepada aktiviti hutan dan juga routine harian. Walaupun, yang sebenarnya dekat dua minggu aku tidak mendaki tangga-tangga yang menjadi nadi semangat aku untuk memperolehi kesihatan yang baik. Tidak seperti di awal pembabitan, walaupun aku sakit macam mana pun, aku tetap akan pergi. Hujan pun hujan la kuredahi jua, sampai aku mampu kejar timing yang diberikan. Sekarang apa dah jadi??? Aku marah dengan diri sendiri bila menulis hahhaaaa.

Back to story...

Yang sebenarnya, aku tidak diberikan waktu yang tepat bila nak bersiap sedia dan bertolak ke tempat yang nak dituju. Pun begitu aku mengambil langkah chill and relax. Tak perlu nak terkejar-kejar, kerana bukit yang nak diredah tu tak lari kemana. Walaupun yang sebenarnya mengambil masa untuk sampai. Ini la akibatnya kalau planning last minute. Huhuuuu

9.00pagi sampai di Bukit Tinggi Gohtong Jaya, Genting Highlands.


Kawasan yang nak diterjah itu, adalah kawasan yang dilarang masuk. Tawakal aje la, kalau kena tembak sewaktu asyik meredah hutan ni. Sepanjang masuk, sampaikan keluar balik mulut aku ni tak berhenti menyanyi. Ibaratnya aku sedang dan cuba mengambil stamina aku sendiri sewaktu berjalan masuk. Kalau dilihat dari gambar, jalan ni merupakan jalan lama untuk ke Genting Highland sebelum adanya jalan yang sedia ada sekarang.


Kedatangan disambut dengan bunyi burung, monyet, kera dan anjing. Jangan kau orang risau. Kau orang tak kacau mereka, mereka pun tak kacau kau orang la. Yang penting berani. Walaupun sebenarnya aku separuh berani. Separuh aje tau.. Hahhaa


Taraaaa kabus sudah keluar. Mungkin juga awan, sedang meredahi bukit tinggi ni. Sejuk??? Tidak la sesejuk mana pun, masih boleh tahan. Nasib baik la aku tak pakai baju setebal mungkin sebabnya, nak berjalan ke dalam tu, boleh tahan berpeluh juga. Sedang aku bersemangat nak masuk ke dalam hutan, bunyi talifon pulak. Eh ada coverage kat hutan ni, jangan main-main ko. Hah! Jawap fone dalam keadaan yang tak fikir apa-apa. Dan yang sebenarnyaaaaa.... Tunggu dan baca sampai habis ye. Ngeeee


Becak, lecak dan basah. Kawasan sejuk, musim hujan lagi semua pakage lengkap. Yang agak-agak rasa diri ayu, tak boleh dengan kotor-kotor ni, nasihat aku hentikanlah niat nak masuk kesini. Nanti, sepanjang jalan kau bising, kasut kau kotor la, geli lah. Hello kamooooon kau masuk hutan, tak payah nak budget diva sangat. Adalah lebih baik kau duduk kat spa, buat pedicure medicure kalau nak cecantik. Aku gadis lasak, jadi aku redah! Oiiii first time aku hadap benda-benda macam ni tau. Hahahha


Taraaaaaa apa kau fikir bila nampak jalan ni? Sempit bukan...? Aku yang semakin mengecil ni (....erk kecil ke...) pun boleh masuk, apatah lagi kau orang. Bezanya, kulit mulus kau orang sebelum masuk ke kawasan ini halus mulus tanpa kesan cela, dah keluar dari kawasan semak ini confirm akan calar balar. Lihat sahaja aku. Cuma aku takde bukti nak prove-kan statement aku ni, dek kerana bateri camera lumix ku sudah kehabisan bateri. Siapa suruh grab dan take for granted konon-konon bateri itu kekal sepanjang masa tanpa charge. Ini namanya pengajaran. Sila la prepare barang-barang yang sepatutnya dan rasa-rasa nak bawa kalau kau orang perlukannya ye.


Dari semak, kau akan jumpa jalan yang tiada semak. Macam tu la lebih kurang kawasan redahan aku kali ni. Semak kemudian ber-tar kemudian semak lagi, kemudian jalan tar lagi. Dah nama pun kawasan jalan lama ke Genting Highlands, mesti la ada jalan tar. Kenapa tak guna jalan ni lagi untuk ke puncak Genting Highlands?? Sebabnya, jalan ni amat sempit dan kurang sesuai untuk digunakan lagi. Kalau tak disediakan jalan yang sekarang ni, tak merasa la kau orang nak race naik kereta sampai ke puncak nun. Race??? Mampu??? Hehehhe


Selama lebih kurang 30min berjalan, jumpa la note ni. Yang ni, merujuk kepada bukit yang seterusnya. Tapi aku takde la nak sampai kesitu. Sebabnya, aku takde preparation yang kuat untuk meredahi kawasan yang boleh dikatakan akan mengundang semput kalau takde stamina. Memang tak cukup la der. Aku walau lasak, masih lembik juga sebenarnya. Miahahahaa


Taraaaaaa aku lupa bawa parang nak tebas semak samun ni ha. Lihat la sendiri berapa tinggi semaknya. Mana tidak calar balar badan aku ni haaaa. Aip! Bukan complain, tetapi ayat penyata yang tak perlu ditambah-tambah. Tengok-tengok yang tukang bawa aku pun, menonong je jalan jauh dari aku. Aku tau la dah expert dan jenis jalan laju. Memang aku kena tinggal aje la kat belakang. Habis, dah diberitahu sebelum masuk ke sini, chill and relax. Makanya aku yang super lenggang ni lenggang selenggang boleh la kan. Miahhahah! Opsss Sk jangan kau tembak aku nanti ye. Aku tau kau baca apa aku tulis ni. Hahhahaha!


Yeah dah pun sampai. Alangkah indahnya ciptaan yang maha Esa ni. Aku bersyukur diberi peluang sebegini. Alhamdulillah....


Cantikkan. Sekali pandang macam ladang teh Cameron Highlands pulak. Hujung sanun tu yang hujung sekali tu, kampung aku. Nampak tak??? Nampak tak??? Memang tak nampak, tapi itulah kawasan Selangor. Aduhai, cantiknyaaaa. Pandai siapa yang tangkap gambar ni. Ngeeee puji diri sendiri ye. Mohon jangan muntah.


Awan pun menarik. Memang susah la nak nampak matahari. Dah namanya kawasan sejuk dan beranginkan. Oh sayang... :)


Welcome!!! Kata mereka. Dek kerana berada dikawasan sejuk dan lembab, makanya kau akan jumpa la mereka-mereka ini. Oh my!!! Pertama kali aku menjadi tempat persinggahan mereka ini. Melompat-lompat geli aku dibuatnya lahaiiiiiii. Help help!!!


Soulmate Photography di atas puncak. Mengasah skill sendiri dengan gambar yang entah apa-apa. Ohoiiii! Kau tenung apa tu???


Tengah fikir, fikir pulak aku akan didera untuk ke bukit di sebelah sana???


Kamu banyak berjasa pada saya. Terima kasih...

Sekian cerita basi saya. Tunggu cerita hutan yang seterusnya. Ehek!

Monolog: Always be ready Cinta!

Tuesday, December 3, 2013

Wedding: Tahniah Qid & Amalina

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kejadian: 30November2013/Sabtu

Yeay yeay cuti sekolah. Yeay yeay...

Kalau dulu-dulu, cuti sekolah adalah perkara yang paling best dalam hidup aku. Waktu tu la aku berkampung di kampung bersama dengan Ninda dan Atokda selama sebulan. Waktu itu la aku merayap ke rumah makcik dan pakcik aku kat sana. Waktu itu juga la aku pandai naik motosikal. Waktu itu juga, aku tau susahnya nak cari duit sebab, aku juga turut membantu Ninda di tempat kerja. Kalau berada dirumah makcik dan pakcik aku, aku tolong mereka berniaga. Waktu itu juga aku pandai berenang, bila mana aku akan berkubang dekat kolam yang Atokda buat sendiri. Pun begitu, sejak Ninda dan Atokda berpindah dikawasan yang lebih lapang, tiada lagi kolam untuk aku berkubang. Walaupun aku suka air, aku tetap akan fail bila memancing. Aku tidak punya kesabaran yang tinggi untuk menunggu ikan makan umpan. Berikan aku perkara yang lain, tapi bukan memancing. Itu cerita aku ketika menghabiskan cuti di kampung sebelah Mama di Sabak Bernam.

Lain pula kisahnya sewaktu cuti sekolah di kampung sebelah Ayah. Aku jarang bercuti di rumah Embah di Sekinchan. Mungkin kerana, aku kurang rapat, dan dikalangan aku dan sedara-sedara aku, usia aku agak berbeza dengan mereka dan aku jarang berjumpa mereka, kecuali waktu raya. Pun begitu, aku pernah menghabiskan masa bercuti di rumah Embah. Ada kalanya, membantu Embah membuat kuih muih. Embah sangat pakar dalam segala jenis kuih tradisional. Pulut panggang buatan Embah memang sangat sedap. Cuma aku tidak berkesempatan untuk mencuri resepi dariNya. Allah lebih menyayanginya. Al-Fatihah.

Bila dah meningkat dewasa ni, datang musim cuti sekolah sana sini ada kenduri kahwin. Waktu ini la aku susah nak jumpa dengan adik kesayangan aku Ezzy. Setiap minggu ada aje undangan photography untuknya di majlis-majlis kenduri kahwin. Tempahan photography yang diterima seawal awal tahun telah siap sedia terjadual. Jadual yang aku sendiri sedia maklum. Adikku dengan kerjaya yang dipilihnya. Alhamdulillah rezeki.


Aku bersama adik bongsuku. Sama tak muka kami??? Memang antara aku dan adik beradik yang lain, tidak mempuyai wajah yang serupa. Lebih kepada gabungan antara Mama dan Ayah. Memandangkan adik bongsuku ini agak ligat orangnya, antara yang sesuai dan mudah berkomunikasi dengannya adalah aku. Jadinya, aku banyak menghabiskan masa aku dengan si bongsu ini. Brain wash sehabis mungkin. Siap dengan clorox la aku cucikan. Aku kalau bercakap boleh tahan juga la. Budak remaja sekarang, pukul-pukul ni dah tak jalan. Reverse psychology dan komunikasi yang bijak aje dapat menawan diorang. Eceh itu pesan Puan Boss. Eheeeee. Oooocop!!! Kami dalam perjalanan pulang ke kampung. Kami nak pergi makan lauk kenduri. Salah seorang anak buah Ayah sudah sampai serunya. Jadi marilah meriahkan suasana. Mana tahu, bertemu jodoh disana, sampai pulak seru aku ye kaaaaan wakakakkaaa. Ooooooo balik kampung....


Tahniah buat kedua-dua mempelai. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Moga-moga cinta kalian sampai ke jannah. Amin. Sama pulak baju aku hari ni dengan pengantin. Walaupun sudah diberitahu untuk pakai warna biru sebagai tanda dari pihak lelaki, ketahuilah aku kurang gemar warna biru. Tidak mengapala ambil berkat ambil berkaaaaat. Hiks


Dikesempatan ini juga, bergambarlah aku bersama salah seorang makcik aku, yang merupakan adik ipar Ayah. Yang baju biru tu anak dia. Keluarga ni menetap di Klang. Yang baju hitam tu Mama aku. Dan yang baju kuning tu pulak, dah tentunya aku. Nasib baik aku mewarisi ketinggian Ayah, merasa la aku jadi tinggi dikalangan mereka-mereka ini. Tak lupa, dengan bantuan kasut wedges yang aku pakai, aku nampak lebih tinggi dari biasa. Hiks


Oke, di kampung dekat Sekinchan ni, memang ada sawah padi. Tapi, kami tidak punyai apa-apa tanah pun kat sawah ni. Merasa la jugak nak kena pacat seekor dua. Bosan-bosan, layankan view yang indah ni pun syok juga kan. Jarang sekali aku dapat view macam ni. Kebiasaanya kalau balik kampung je, padi dah kena tuai. Pulang ke kampung kali ini, terasa untung dan syoknya. Keindahan yang jarang-jarang aku perolehi. Bila aku tengok awan, sawah yang menghijau, mula la aku teringatkan seseorang. Wehuuuu Sayang... I'm thinking of you. Yes you kenyit mata sikit. Hahhahaa.

Sekian! Terima Kasih.

Monolog: Heart you deep deep 

Thursday, November 28, 2013

Health: Shaklee pilihan yang tepat

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bertemu lagi diruang celoteh riang ria bersama aku. Eceh, berangan menjadi pengacara macam Erra Fazira dalam Primadona pulak. Oh well, Erra Fazira memang sudah menjadi idolaku sejak dari kecil, makanya angan-angan untuk menjadi macam dia tu selalu ada didalam diri. Segalanya tentang dia tu aku suka. Yang penting aku suka dia sebab diri dia sendiri. Cantik itu satu bonus. Ngeeee.

Aku bukan nak cerita pasal Erra Fazira. Aku nak mengomel pasal era aku sekarang ini. Eceh macamkan gempak gilerkan era kehidupan aku ini. Kehidupan yang mula berubah, lebih mementingkan kesihatan dan penampilan diri, hendaknya aku sendiri harus berusaha ke arah itu. Walaupun dahulunya, aku sering kali mengalah dengan keadaan dan seringkali aku tersekat disetiap gerak langkah dan keinginan, itu bukan bermaksud aku biarkan keadaan itu terus disitu. Ada masanya, kita perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik dan sampai ketahap yang lebih sempurna. Transformasi kata PM eheee.

Shaklee, siapa pernah dengar nama ni? Rata-rata pasti tahu akan keunikan dan keberkesanan supplement yang terbaik ini. Dulunya, aku memang tidak menitik beratkan soal supplement ni. Asalkan aku pandai kawal makan, exercise dah cukup. Tapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang berada di negara yang mewah dengan makanan, mampukah aku menolak hidangan yang lazat serta tinggi kadar kolestrolnya. Tepuk dada tanya la selera sambil menyanyi oke.

Sejak aku ternampak banner Shaklee, yang kebetulannya satu kawasan dengan aku, aku tak fikir lama untuk roger agent tersebut. Dia yang bernama Misriah Yahya. Comel aje orangya. Sebelum itu aku banyak buat survey akan keberkesanan supplement ini. Rata-rata kebanyakan review yang aku baca memberikan kesan yang positive. Sebagai seorang wanita yang bekerjaya ~bekerjaya la sangaaaaaat, aku kena kekal sihat dan aktif untuk meneruskan hari-hari aku. Pun begitu, selain dari kekal aktif, penampilan badan juga kena jaga. Tak mahu la dikategorikan sebagai gemuk. Eheee.

Sebelum ni, aku sibuk bercerita tentang exercise, kali ni aku nak cerita pasal supplement pulak. Selain exercise, aku juga ada mengambil supplement Shaklee sebagai makanan tambahan. Tidak aku nafikan, pengambilan tiga serangkai ini menghasilkan keputusan yang tidak pernah aku fikir. Senang cerita, resultnya sangat la AWESOME. Apa tiga serangkai tu? Tiga serangkai itu adalah ALFALFA+LECHITIN+HERB-LAX. Biar gambar menceritakan apakah fungsi setiap satunya.


Diawal pengambilan, tidak dinafikan, selera makan aku bertambah dan menjadi salah satu punca kenaikan badan aku yang mendadak. Itu biasa bila mencuba apa-apa supplement, kerana badan belum selesa dengan benda baru. Lama kelamaan, hormone badan mula terkawal. Umum sudah mengetahui, tanpa exercise semahal mana pun supplement yang dimakan, tidak akan membuahkan hasil. Hasilnya, gabungan exercise dengan supplement Shaklee ini, aku memiliki perbezaan yang amat ketara. Disamping itu, aku juga mengambil VITAMINC dari ShakleeVITAMINC untuk menaikkan immune system dalam badan. Pun begitu, disarankan minum air yang banyak untuk membantu proses pengambilan. Setiap hari, aku akan ambil dua biji ALFALFA, sebiji LECITHIN, sebiji VITAMINC. Manakala sebiji HERB-LAX aku ambil seminggu sekali.

Alang-alang dah membeli supplement dari Misriah, aku cuba tanya kalau nak jadi member macam mana. Boleh dapat member price ye kan. Bukan pulak aku berniat nak meniaga, tapi lebih untuk makan sendiri dan keluarga. Kalau pun kawan-kawan aku nak order melalui aku pun tak menjadi masalah. Heheh. I'm officially a Shaklee member now! Muahahahaa

Pada yang tercari-cari supplement tambahan, kau orang boleh cuba Shaklee. Harga pun tidak mahal, dan boleh bertahan selama tiga bulan setiap botol. Berbaloi-baloikan. Jimat pun jimat, keberkesanannya pun terbukti. Jangan ragu-ragu ya.

Oke sayang, berhenti disini. Aku akan menulis lagi.

Bye!

Monolog: Pilihan ditangan anda :D

Sunday, November 24, 2013

Stairs Workout: Hasilnya selepas sebulan...

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hari minggu datang lagi. Pastinya kau orang sedang sibuk merangka aktiviti mingguan bersama yang tersayang. Sama ada yang tersayang tu merupakan boyfriend ke, girlfriend ke, keluarga ke asalkan tergolong dalam golongan yang tersayang, kiranya tersayang la tu. Kawan pun tersayang juga ye kan. Ye la sayang menyayang antara insan gitu. Banyaknya sayang. Oke la aku sayang kau orang yang sayang kat aku juga. Eh aku merepek apa ni. Layankan je la repekan aku ini.

Bulan ni ditakdirkan aku bekerja dihari minggu. Kerja dengan line yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan, berkhidmat pada yang memerlukan bantuan. Pastinya aku suka dengan kerja aku ni. Ilmu yang tak perlu dibayar. Bekerja berdasarkan pengalaman. Nak sambung belajar tu boleh, tapi setelah berbelas tahun baru aku pegang MBBS tu. Time tu aku dah kerepot penuh dengan kerut-kerut dimuka. Ewah kata-kata aku hari ni macamkan mengarut sedikit. Beginilah caranya aku meng-syokkan diri sendiri. Maafkan aku andai ada yang kurang faham dengan penulisan aku. Beginilah aku bila menulis. Merepek setelah makan kerepek. Adoyai.

Balik pada tajuk yang aku nak tulis. Pada yang selalu mengikuti tulisan aku sebelum-sebelum ini, pastinya tahu akan aktiviti harian aku selama sebulan. Dimana aku dah mula melakukan sedikit senaman untuk menentang obisi badan yang semakin mengembangkan badan. Oh tidak siapa yang mahukan badan yang dikategorikan sebagai obese kan. Cari baju besar-besar pun belum tentu sesuai dan ngam dengan badan yang obese tu. Oh tekanan bila badan naik. Ye kan. Bagus kalau kau orang setuju dengan statement aku ni. Sayang lebih la kat kau orang.

Setelah ditolak tambah bahagi darab dan bersamaan dengan, aku kira-kira dan hitung kembali, diam tak diam dekat sebulan lebih aku bercinta dengan aktiviti stairs aku. Tiba masanya untuk aku pijakkan kaki diatas weight machine. Yang sebenarnya bukanlah baru hari ni, aku pijak penimbang tu. Setiap seminggu aku akan naik. Tetapi belum sampai tahap yang memuaskan hati. Pun begitu, setiap seminggu bacaannya tetap mengagumkan aku. Tak pernah terlintas difikiran aku, aku akan dapat bacaan yang boleh dibanggakan. Kenapa la aku tak rajinkan diri aku dari awal dulu. Dah tentunya aku akan maintain slim sampai sekarang. Never be late untuk buat sesuatu demi kepuasan diri. Oh yeah!

Marilah aku tayang berat aku sekarang ini....


Aku pijakkan kaki keatas weight machine dengan penuh debaran. Dup dap dup dap, palpitation yang datang dari arah mana menggerunkan nadi jantungku. Kau orang boleh rasa ke debaran aku ini? Apa tak dapat rasa? Memangla kau orang atk dapat rasa, sebab yang merasanya hanya aku. Kalau kau orang dapat rasa apa yang aku rasa tu, mungkin cara penulisan aku sampai kat hati kau orang. Oh so sweet kalau kau orang dapat rasakan. Yeah!

Serius aku tak sangka dengan bacaan yang tertera dekat papan penimbang berat tu. Oh my... Terjerit kecil aku bila memandangnya. Siapa sangka aku dapat turunkan kurang lebih 5kg dalam sebulan. Gembiranya rasa dihati bila aku dapat menurunkan berat yang aku sangkakan aku tak mampu nak lakukan. Penurunan ini, benar-benar menggembirakan hati aku.

Dengan stairs, kehidupan aku pun banyak berubah. Dari segi pemikiran, keprihatinan, kematangan, serta corak pemakanan aku bertukar sama sekali. Tetapi, aku tidak la terlaku kejam dengan diri sendiri. Aku tetap maintain makan nasi. Aku tetap maintain makan jajan. Aku tetap maintain order seafood. Bezanya, kuantiti yang aku makan itu tidak sampai separuh pinggan pun. Terkadang aku rasakan, macam rugi je bila makan dekat kedai. Sebab kebanyakan kedai makan sekarang ni, portion yang dihidangkan, agak besar dari yang sebelumnya. Mungkin kerana, di Malaysia ini, banyak makanan yang enak-enak dan majoriti orang Malaysia kuat makan, makanya portion yang besar itu sangat sesuai untuk mengeyangkan perut yang agak lapar. Portion besar, harga pun besar juga la kan. Itulah strategi pemasan yang hebat sekarang ini.

Bila dah mulakan exercise, secara tak langsung selera makan pun kurang. Mungkin kerana bila berpeluh dan lemak-lemak yang melekat sudah mula terbakar dengan sendirinya, maka lelemak baru tidak mahu lagi singgah dikawasan yang sudah terbakar. Kita nyanyi dulu "hangus terbakaaaaar". Secara tak langsung, aku akan pilih makanan yang mengenyangkan tetapi membekalkan tenaga untuk seharian aku bekerja. Dengan kata poyo yang lain, selera omputih. Makan salad la, biskut la, kekacang la. Yang penting, aku akan ambil buah setiap hari. Tak kirala dari segi jus atau buah-buahan yang fresh. Tetapi, bukan la durian atau rambutan yang boleh buat aku jatuh sakit bila memakannya dalam kuantiti yang banyak. Lagipun, keduanya kan manis. Tak pasal-pasal naik pulak gula. Oh well, untuk diet semestinya pengambilan gula dan garam harus la diambil kira. Tak guna exercise bermati-matian, balik kau tarah gula dan hidangan yang manis dan masin. Sepuluh tahun buat pun exercise pun, belum tentu kau akan kurus macam lidi. Tips pemakanan yang sihat aku perolehi dari Kevin Zahri. Kau orang kenal tak?

Lihat sahaja bukti yang aku tepekkan. Percayalah itu memang kaki aku. Bukan kaki orang lain, kalau boleh aku keek-kan aku keek-kan. Tapi aku tak minat nak bercakap sendiri dengan handphone aku. Menulis sendiri-sendiri aku suka. Bila menulis, aku tasa tenang.

Nasihat aku, lakukan senaman sekerap yang boleh. Kau orang takkan menyesal.

Sekian celoteh dari aku!

Bye!

Monolog: Hidup untuk sihat, sihat untuk hidup ;)

Friday, November 22, 2013

Birthday:My Self

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Happy Friday people!!! Penghulu segala hari. Alhamdulillah...

Cakcak... Jangan melatah sayang. Sengaja nak kasi intro yang konon-konon ceria. Baru sempat nak buka belog kusam ni. Maklum la, aku ni kan super busy sangat. Busyyyyy la sangat. Sampai ada yang tertanya-tanya mana hilangnya cerita merepek aku kat sini. Stalkerkan suka kepoh cerita orang nombor satu. Kuikuiiii

Okey la mari kita cerita pasal birthday aku. Eh eh bukan akan datang, tapi sudah lepas. Bulan yang lepas. Cerita basi yang sengaja nak cerita. Nampak modal nak bercerita tu tak berapa nak ada. Sebab lebih banyak dan suka bercerita dengan otak dan hati sendiri, kemudian berperang sesama sendiri. Simpan yang penting-penting aje dalam otak yang masih ada extra space untuk disimpan. Privacy. Konon!

Seperti yang memang aku harap-harap, dan alhamdulillah ianya berlaku, aku memang tak mahu nak celebrate birthday aku yang ke 32 tahun ni. Daripada keluarga, sampai la kawan-kawan. Tapi seperti tahun-tahun yang sudah, Mama dan Ayah akan buat kenduri doa selamat. Cuba kita terbalikkan 3 dengan 2 tu, 23tahun macam nampak sweet and sour je kan. Macam oke. Namapun macam. Sudah-sudah tak payah nak jelir lidah sangat kat sana tu. Aku tak nampak yang diatas tu nampak. Binggo!

Tahun ni, aku pilih untuk bersendiri, dari A sampai Z. Back to old me yang memang suka sendiri-sendiri. Salah pun tanggung sendiri, betul pun sendiri perasan dan tidak melibatkan sesiapa. Tak aku bukan sombong, bukan tak mahu berkawan. Sesiapa menegur, aku tetap akan layan denagn sebaiknya. Siapa nak berkawan, aku akan buka tangan aku dengan relanya. Sendiri-sendiri dalam kata lain buat sendiri bahasa omputihnya DO IT YOURSELF aka DIY.

Sampaikan kek pun aku beli sendiri. Untuk kepuasan sendiri. Beli pun sepotong. Elakkan pembaziran.


Pun begitu, aku tak tersangka pulak, dalam nak sendiri-sendiri tu datang pulak hadiah. Terharu dijiwa bila menerimanya. Tua-tua ni dapat hadiah macam kelakar pulak. Ngeeee


Nina Ricci perfume, hadiah dari Puan Boss dengan simbolik yang tersembunyi disebalik bau apple. Puan Boss aku dengan fungsuinya.


Ipad, hadiah dari adik kesayangan aku. Dengan simboliknya sharing is caring.


Camelbak, pemberian SK trainer aku dengan simboliknya sendiri mau ingat laaaa. 

Terima kasih banyak-banyak atas pemberian ini. Tuhan sahaja yang dapat membalas. Moga-moga peningkatan usia ini, aku lebih matang dalam segala urusan. Amin

Oke bye!

Monolog: Ini bukan poyo!

Thursday, November 7, 2013

Birthday: Mama 55years

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aku menulis bukan kerna namaaaaa apa yang ada adalah kehidupan~~~~

Nah tetiba aku nak menyanyi pulak lol. 05November2013, Mama kesayangku genap berusia 55tahun. Masih ayu, comel seperti waktu muda muda. Oleh yang demikian, sepakat aku dan adik-adikku nak menyambutnya diluar. Tak jauh pun, dekat kawasan perumahan aku je. Jom nyanyi beramai-ramai

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Mamaku sayang
Allah selamatkan kamu

Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi Mama
Selamat hari jadi


"Mama, selamat ulang tahun kelahiran yg ke-55tahun. Semoga diberikan kesihatan yang baik, sihat walafiat dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Moga dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan. I love u Mama. Malam nanti kita potong kek! Muaaah" status dipetik dari facebook milik aku. Ngeeee


Dua orang terpenting dalam hidup aku. Ayah yang akan mewalikan aku sewaktu aku berkahwin satu hari nanti, dan Mama yang akan duduk disebelahku sambil memegang era tanganku ketika aku dinikahkan. Mohon pada yang Esa, agar mereka masih ada bersamaku sewaktu aku diijabkabulkan. Yang penting, restu mereka dengan pakal suami aku nanti. Hamboi, macam nak kahwin esok aje bunyinya. Hahaha! Suatu hari nanti laaaa bukan sekarang. Bukan sekarang hehehee


Aku dan Mama. We are Scorpion, jangan cuba macam-macam nanti kami sengaaaaat haha. Serupa tak muka kami ni??? Tak serupa?? Ramai yang cakap muka aku ni lebih mirip kepada Ayah. Ramai yang kata aku anak Ayah. Anak Mama atau Ayah, yang pastinya wujudnya aku ni hasil gabungan Mama dan Ayah. Sayang kedua tetap serupa. Nasib ketinggian Ayah menyebelahi aku. Merasa la aku jadi tinggi ngeeee


The family in Mak Long Cafe, Puchong. Tengok, Ayah dah pandai nak buat peace hehee. Adik mana adik?? Adik yang snap gambar ni. Kawan baik pun ada sekali menyambut ulang tahun kelahiran Mama. Aku ada 4orang adik lelaki (seorang dah meninggal dunia), aku seorang je perempuan tunggal dalam keluarga. Orang cakap, aku anak mahal. Mahal laaaa sangat. 


Posing sebelum makan. Memang favourite aku buat rambut begini. Ikat-ikat sanggul. Senang, simple dan ringkas. Itupun terlintas kat kepala hotak aku ni nak potong rambut pendek. Sangat merimaskan rambut panjang dan tebal. Nampak sweetnya aku. Aku puji diri sendiri, kau orang tak suka pi muntah jauh-jauh. Wakakakaaa.

Cerita habis.

Bye!

Monolog: Dalam hati ada hati hahahah

Diwali Diwali Diwali 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla!!!!

Date: 02-November-2013
Vanue: Kelana Jaya 

Pesta warna-warni, pesta makan-makan, pesta kenyang perut. Seperti tahun-tahun yang sudah, aku mesti luangkan masa untuk menghadiri jemputan rumah terbuka Puan Boss. Yeay! Mudah-mudahan murah rezeki Puan Boss sekeluarga hendaknya. Nasib baik la sebelum pergi ke majlis ni dah buat workout sepuas-puasnya kat stairs. Trainer pesan, "What ever happens keep doing your stairs". Pesan itu aku bawa sampai mati. Kenyit mata ngeeee.

Hari yang sibuk. Pagi-pagi aku dah terbang sana sini. Makanya, aku sampai di rumah Puan Boss pun dekat pukul 230petang. Dah lewat, sampai-sampai terus laaaa makan!! Gambar makan, pun tak ambil. Nah kebulur kau. Ada masa ke nak keluarkan handphone bagai. Yang penting isi perut dulu. Nak terbang ke Seremban selepas majlis ni untuk majlis pertunangan adik pun tak sempat. Sorry tak dapat hadirkan diri. Masa sangat pendek dan laju berlalu aka jadual kehidupan sangat padat. Lol

Dah kenyang baru la bergambar!!!


Taraaaaaa. Ini laaa Puan rumah, Puan Boss, Sister, Best Friend dan seangkatan dengannya. First time dia offer diri nak bergambar. Kalau taaak dia selalu mengelak dengan alasan "Camera malu dengan saya" haha. Apa nak cerita pasal Puan Boss aku ni. Semuanya yang awesome tu ada dengan dia. Nak cakap apa lagi kalau dah ter-sangat awesome. Susah senang aku, keluh resah aku dia la yang menadah telinga dan bahu. Tetapi tak semua cerita aku boleh ceritakan. Sendiri simpan la derrrr. Kenyit mata banyak-banyak kali ngeeeeeeeeeeee.


Baby Allyandra Eunice in the house. Susah betul la nak tengok dia senyum. Macam Mummy juga. Tapi sekarang Mummy kena senyum selalu. Selain dari exercise badan, exercise muka pun perlu. Dinasihatkan oleh Puan Boss dan trainer. Wakakaaa


Muka happy lepas makan. Burp! Alhamdulillah kenyang. Jarang-jarang la aku nak berpakaian macam ni. Kena paksa diri nak biasakan. Kalau tak, kau orang akan tengok aku pakai t-shirt dan jeans. Sempoi. Untuk pengetahuan, aku beli baju ni sebelum raya. Sedih, bila aku cuba pakai kat rumah tak muat. Masa baru-baru beli laaaaa. Itu lah padahnya kalau beli baju tak fitting dulu. Oh well, aku memang tak suka nak masuk fitting room. Main ambil, bayar dan cuba kat rumah. Dah fikir untuk sedekahkan kat orang lain. Sebelum kesini cecuba la pakai. Nah kau! Aku dah boleh pakai. Terus cancel nak sedekahkan kat orang. Maknanya apa??? Maknanya "Keep doing your stairs" Hahhaa!

Bye!

Monolog: Happy Mood

Tuesday, November 5, 2013

Stairs Workout:24 Days

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla sayang's!!

Siapa yang suka gemok??? Siapa yang suka baju size XXXXL??? Siapa yang dah obese??? Tidak ada seorang pun mahu kelihatan kurang menarik atau memiliki masalah seperti ayat-ayat yang aku sebutkan tadi. Pastinya nak kurus, slim, cantik etc.... Nah! Aku nak mengomel pasal benda ni.

Sejak 3tahun yang lepas, selepas aku selesai menjalani pembedahan Ameloblastoma (mohon google penyakit apa dan kesannya dan cara pembedahannya untuk lebih faham) atau kau orang boleh cari kat belog aku ni tentang operation aku tu, aku berhenti melakukan sebarang exercise. Aku dilarang keras oleh keluarga aku untuk melakukan aktiviti lasak yang bersebab. Mereka risaukan akan keselamatan aku, sesungguhnya aku faham akan larangan keras itu. Tetapi sampai bila?? Nah! Aku cari jawapannya sendiri tanpa merisaukan keluarga aku lagi.

Kesan dari operation itu, berat badan aku semakin naik. Dari 62kg naik 65kg naik 69kg dan paling sedih bila naik 71kg. Aku mula rasa sakit-sakit badan, lutut, kaki etc etc kesan dari berat badan yang tak sesuai dengan ketinggian aku. Tinggi aku hanya 165cm. Diet ubat kurus, jangan cakap la kan. Tetap juga aku telan. Keputusannya tetap hampa. Berat makin memberat dan bertambah. Stress!

Pelbagai jenis exercise aku dah cuba seperti badminton, jogging, squads, jumping jacks, zumba etc etc yang aku sendiri fikir, ianya tidak memudaratkan keadaan kaki kanan aku yang kehilangan satu tulang kerana operation tersebut. Allah telah memberikan aku dugaan yang hebat dan seksaan 2minggu berada di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang masih kekal dalam ingatan. Dengan bertiub dihidung, berjarum ditangan sana sini. Dugaan itu aku tempuh dengan sabar berkat dari sokongan keluarga dan mereka-mereka yang berada bersama aku ketika itu diantara nyata dan sembunyi. Subhanallah, andai aku diberi peluang untuk ulang semula kehidupan, aku pilih untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin.

Oke cukup cerita sedih. Move forward!! Dah macam iklan pulak dah ngeeeee.


Mula diperkenalkan dengan stairs workout oleh SK yang bertanggungjawab membawa aku ke jungle tracking minggu yang lepas (mohon selak entry sebelum ini) aku semakin selesa. Kesan daripada itu juga aku belajar disiplinkan diri dari segi waktu, makan, dan senaman. Pendek kata tak kesal untuk mencuba dan mencabar kebolehan diri. Yang penting, ianya tak mengganggu kaki kanan aku. Sakit sikit-sikit tu perkara biasa, masih terkawal.


Aku tepek gambar poyo yang berbajukan dengan nama dan nombor kegemaran. Waktu gambar diambil baru masuk hari yang kedua workout. Mohon abaikan kekembungan yang ada dibahagian tertentu. Sila gelak hahahahaaaaa

SK mula berikan aku task... Follow dengan gerunnya ngeeee

Hari-hari bangun pagi pukul 5pagi get ready nak ke park tempat letaknya tangga ini. Aku akan pastikan 630pagi-6.45pagi aku dah ada kat sini. Task bermula dengan naik turun (1set) satu persatu anak tangga (single stair) yang memiliki ketinggian kurang lebih 7tingkat dengan bacaan heart beats 15-18 beats dalam 6saat. Aku perlu lakukan sebanyak 10set dalam tempoh 1jam. Dari 10set, naik ke 13set, dan akhirnya naik 15set. Peribahasa melayu ada kata "alah bisa tegal biasa" dah biasa, selesa dengan keadaan aku diminta untuk lebih extreme dimana aku diminta untuk lakukan dua anak tangga (double stairs) sebanyak 15set dalam tempoh 45minit. Terkadang, aku dicabar untuk berlari ke atas mengikut mood trainer aku tu. Nampak kejam, tapi dari kejamnya itu aku berjaya menurunkan berat badan dalam 2-3kg selama 24hari. Tempoh percubaan untuk mencari keselesaan adalah selama 30hari. Woootwoooot. Terima Kasih SK!!!!

Workout-workout juga, makan pun kena jaga. Sepanjang aku buat aktiviti ini bangun dari tidur aku akan minum 500ml air putih. Sebelum pergi aku akan minum segelas air milo berbalaskan air putih. Settle workout, minum air juga. Lunch makan ikut mood, buah, sayur, biskut yang ringan-ringan aje. Petang lagi sekali repeat apa yang aku makan tengahari. Malam aku akan makan buah. Aku diminta sekurang-kurangnya minum air sebanyak 3liter. Kadang-kadang tak minum juga. Hehehee

Sekian sahaja cerita aku untuk kali ini. Nak tahu kesudahannya workout ini, teruskan la membaca belog aku ni.

Oke bye!!!

Monolog: Badan sendiri, sendiri jaga.

Friday, November 1, 2013

Love the Nature: Air Hitam Forest Reserve, Puchong

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla! Holla!!! Jari mahu menari-nari kat belog ini.

Entry sebelum ni, aku baru up satu gambar, dimana aku dengan teruja dan bangga dengan keberanian aku sendiri untuk mendaki Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Antara perkara yang sememangnya aku nak buat dalam hidup aku. Kenapa dinamakan dengan nama tersebut?? Mari kita google jawapnnya. Ngeeee

"Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti rekreasi oleh pelajar dan juga staf. Pelbagai prasarana telah dibina untuk kemudahan para pengguna seperti penginapan, dewan serbaguna, surau, dapur, bilik mandi, tandas, padang dan tapak perkhemahan yang boleh menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.
Selain aktiviti rekreasi, Hutan Simpan Ayer Hitam boleh dijadikan destinasi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan. Aktiviti pengajaran yang biasa dijalankan di hutan ini merangkumi bidang sains perhutanan hingga kepada sains kayu serta pengurusan taman dan rekreasi. Bagi penyelidikan pula, pelbagai bidang termasuk silvikultur, pengurusan hidupan liar dan ekologi hutan. Dari segi pengembangan, aktiviti yang biasa dikendalikan di hutan ini termasuk kem perhutanan kem sains, kem motivasi, kem interpretasi hutan, kem ekologi dan pelbagai lagi.
Hutan ini merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp yang masih wujud  dalam keadaan sempurna di Kawasan Lembah Kelang dan Putrajaya. Ia merangkumi Kompatmen 1, 2, 12, 13, 14 dan 15 dan dianugerahkan secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun kepada UPM oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Hutan yang terletak lebih kurang 20 kilometer daripada UPM ini mempunyai pelbagai keunikan seperti merupakan sejarah peninggalan penempatan Orang Asli, kesan tinggalan sejarah perang, mempunyai pelbagai rupa bentuk muka bumi seperti jeram perigi, jeram belanga, bukit sawa busu serta memiliki 127 spesies flora dan 197 spesies fauna." info Universiti Putra Malaysia

Okey faham?? Nak lebih mendalam, luangkan la masa kau orang untuk meng-google. Tak kan la aku nak kasi tau semuanya kat sini ye kan. Manja sangat. Bukan ke sekarang ni segalanya di hujung jari. Hahaha



Selepas subuh, nyamannya suasana. Hiks

Okey berbalik pada cerita aku. Hujung minggu yang lepas, aku dan SK (pakai nama manja la eh), dengan penuh semangat ke-hutanan, telah merempuh masuk ke dalam Hutan Simpan Ayer Hitam ni. Amboi kau merempuh eh. Bukan merempuh la, tapi meng-explorasi-kan diri dengan alam semula jadi. Indahnya ciptaan Tuhan.



Psst kawasan larangan, tetapi ramai yang masuk termasuk la aku. Nasib laaaa

Sebenarnya, aku tak tahu akan kewujudan hutan simpan ni, sampai la si SK ni bukak cerita tentang hutan ni. Bila dia offer nak bawa aku masuk ke hutan ni, aku tak fikir panjang, jawap yes aje la. Bila lagi nak merasa keluar masuk hutankan. Dah tetua esok baru nak merasa. Memang tidak lah.

Pendekkan cerita...

Aku dan SK mulakan pendakian seawal 7pagi.


Jalan punya jalan aku mengah untuk seketika. Aku berhenti. SK memang jalan jauh sedikit dengan aku. Sebabnya, dia dah biasa dengan keadaan hutan. Tapi aku ni manusia yang tak pernah nak masuk hutan. Dan pulak, aku bawa camera, memang kena tinggal aje la. Sikit-sikit aku berhenti untuk ambil gambar. Aku harap, SK boleh faham tindak tanduk aku ni. Maklum ajela jakun sekejap. Muahahhaa. Ngeee


Sejak rapat dengan si SK ni, aku didedahkan dengan cerita aktiviti hutan dia. Dia dah panjat hutan tu la, bukit ni la, gunung tu la. Aku yang selalu dengar cerita dia dok teruja nak cuba pulak. Aku ni memang dari dulu teringin sangat nak buat benda-benda ni, tapi takde gang nak jalan. Bila dah ada offer dan gang macam ni, apalagi terus say yes tanpa segan. Muahahaa. Yang penting, ada tujuan. Tujuan pertama nak datang sini, sebab dikhabarkan ada air terjun yang berwarna hijau. Serius aku nak tengok air hijau dalam hutan. Teruja teruja terujaaaa.


Jalan punya jalan, SK tunjuk sesuatu kat aku. Nananaaaaa kau orang jangan la fikir yang 'jauh' macam tu. Siang-siang mana ada benda-benda tu. Ish ish positive sikit. Ngeeeee. Kau orang banyangkan, dalam keadaan tiada angin, sehelai daun menari-nari dengan sendirinya. Subhanallah. Bukan sekali dua aku nampak, banyak kali sepanjang perjalanan aku ke sini. Subhanallah subhanallah


Bukti SK tinggalkan aku selangkah dua. Hahahah! Upss sorry SK


Kira sendiri jumlahnya kalau didapati bersalah. Ada ke takde ke, mampu ke tak mampu ke. Tawakkal


Jalan punya jalan, dah jumpa air. Yang best, SK bawa aku jalan yang salah. Kalau ikutkan, mesti ada ala-ala lorong yang menunjukkan laluan yang sepatutnya. Bila dah silap, jadi redah juga la. Nasib baik la tak tercalar lengan aku ni. Kalau tercalar pun, biasa la kalau dah masuk hutan. Melihat air ini, SK dok complain "Something not right" katanya. Aku tak faham apa maksudnya, tapi tunggu je apa yang dimaksudkan.


Nampak???? Ini maksud SK tadi. Pencemaran sudah berlaku... Hmmhmmhmmm siapa yang tak bertanggungjawab ini???? Tak guna betul! Marah marah.


Laluan yang betul. Nampak papan tanda ni, boleh sampai ke tempat yang ditujui. Tapi kalau rasa nak meredahi tempat lain, redah la kau orang. Risiko tanggung sendiri ye.


Dah sampai tapi tapi tapi aku kecewa kecewa kecewa. Aku kecewa dengan apa yang aku nampak. Haish haish sigh sigh.


Kenapa aku kecewa? Kau orang lihat la gambar diatas. Sepatutnya air tu berwarna hijau. Yang aku nampak, air hitam. Memang kena dengan nama pulak. Pasir tak sejernih yang aku google sebelum pergi. Ergh arghh aku jerit dalam hati. Stress stress makan makan makan. Waktu ni berehat setelah 2jam merentasi hutan belantara.


Berehat sebentar. Merenung masa depan, mengimbas kenangan, focus untuk masa hadapan.


Tenung dan tenung. Picture taken by SK. Thank you.


Drafting untuk belog. Well, aku tak tahu pulak si SK ni melintas ke seberang sungai dengan bawa camera aku. Sebab aku dok sibuk cari point-point nak cerita sebelum aku tulis kat sini. Pandai eh dia. Sekali lagi terima kasih SK.


Bila dah kenyang, Sk pun cerita pasal barang yang biasa dia bawa semasa hiking atau masuk hutan. Salah satunya, benda ni. Kalau kena gigit ke sengat ke patuk ke benda ni boleh hisapkan bisa. Kalau dulu-dulu tu kan, dok sedut pakai bibir, bahayakan. Pakai ni senang, dan tak memudaratkan. Kena grab satu untuk aku lepas ni.


Pandang betul-betul, ada ikan. Setelah duduk termenung dan melihat keindahan selama 1jam, tiba masa untuk pulang. Bye-bye ikan, kita jumpa lagi oke. Harapnya kunjungan akan datang, dapat tengok air hijau tu. Ada rezeki insya Allah.


Lagi skill dari SK. Suka betul dia dengan gambar ni. Maksud? Dia sendiri yang tahu.


Mission completed! Waktu ni dah pukul 12.30tengahari. Cuaca nak hujan. Nasib baik dah turun cepat-cepat. Fuh tak sia-sia aku pi training 2minggu. Berbaloi jugak aku dapat stamina nak naik bukit ni haaaaa.

Oke sayang! Cerita dah habis. Nanti aku cerita pasal training aku pulak. Mohon bersabar untuk cerita yang seterusnya.

Bye!

Monolog: Kadang-kadang kita tak nampak apa yang perlu kita nampak ;)

♥ Aurora Follow3rs