♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, November 1, 2013

Love the Nature: Air Hitam Forest Reserve, Puchong

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla! Holla!!! Jari mahu menari-nari kat belog ini.

Entry sebelum ni, aku baru up satu gambar, dimana aku dengan teruja dan bangga dengan keberanian aku sendiri untuk mendaki Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Antara perkara yang sememangnya aku nak buat dalam hidup aku. Kenapa dinamakan dengan nama tersebut?? Mari kita google jawapnnya. Ngeeee

"Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti rekreasi oleh pelajar dan juga staf. Pelbagai prasarana telah dibina untuk kemudahan para pengguna seperti penginapan, dewan serbaguna, surau, dapur, bilik mandi, tandas, padang dan tapak perkhemahan yang boleh menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.
Selain aktiviti rekreasi, Hutan Simpan Ayer Hitam boleh dijadikan destinasi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan. Aktiviti pengajaran yang biasa dijalankan di hutan ini merangkumi bidang sains perhutanan hingga kepada sains kayu serta pengurusan taman dan rekreasi. Bagi penyelidikan pula, pelbagai bidang termasuk silvikultur, pengurusan hidupan liar dan ekologi hutan. Dari segi pengembangan, aktiviti yang biasa dikendalikan di hutan ini termasuk kem perhutanan kem sains, kem motivasi, kem interpretasi hutan, kem ekologi dan pelbagai lagi.
Hutan ini merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp yang masih wujud  dalam keadaan sempurna di Kawasan Lembah Kelang dan Putrajaya. Ia merangkumi Kompatmen 1, 2, 12, 13, 14 dan 15 dan dianugerahkan secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun kepada UPM oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Hutan yang terletak lebih kurang 20 kilometer daripada UPM ini mempunyai pelbagai keunikan seperti merupakan sejarah peninggalan penempatan Orang Asli, kesan tinggalan sejarah perang, mempunyai pelbagai rupa bentuk muka bumi seperti jeram perigi, jeram belanga, bukit sawa busu serta memiliki 127 spesies flora dan 197 spesies fauna." info Universiti Putra Malaysia

Okey faham?? Nak lebih mendalam, luangkan la masa kau orang untuk meng-google. Tak kan la aku nak kasi tau semuanya kat sini ye kan. Manja sangat. Bukan ke sekarang ni segalanya di hujung jari. Hahaha



Selepas subuh, nyamannya suasana. Hiks

Okey berbalik pada cerita aku. Hujung minggu yang lepas, aku dan SK (pakai nama manja la eh), dengan penuh semangat ke-hutanan, telah merempuh masuk ke dalam Hutan Simpan Ayer Hitam ni. Amboi kau merempuh eh. Bukan merempuh la, tapi meng-explorasi-kan diri dengan alam semula jadi. Indahnya ciptaan Tuhan.



Psst kawasan larangan, tetapi ramai yang masuk termasuk la aku. Nasib laaaa

Sebenarnya, aku tak tahu akan kewujudan hutan simpan ni, sampai la si SK ni bukak cerita tentang hutan ni. Bila dia offer nak bawa aku masuk ke hutan ni, aku tak fikir panjang, jawap yes aje la. Bila lagi nak merasa keluar masuk hutankan. Dah tetua esok baru nak merasa. Memang tidak lah.

Pendekkan cerita...

Aku dan SK mulakan pendakian seawal 7pagi.


Jalan punya jalan aku mengah untuk seketika. Aku berhenti. SK memang jalan jauh sedikit dengan aku. Sebabnya, dia dah biasa dengan keadaan hutan. Tapi aku ni manusia yang tak pernah nak masuk hutan. Dan pulak, aku bawa camera, memang kena tinggal aje la. Sikit-sikit aku berhenti untuk ambil gambar. Aku harap, SK boleh faham tindak tanduk aku ni. Maklum ajela jakun sekejap. Muahahhaa. Ngeee


Sejak rapat dengan si SK ni, aku didedahkan dengan cerita aktiviti hutan dia. Dia dah panjat hutan tu la, bukit ni la, gunung tu la. Aku yang selalu dengar cerita dia dok teruja nak cuba pulak. Aku ni memang dari dulu teringin sangat nak buat benda-benda ni, tapi takde gang nak jalan. Bila dah ada offer dan gang macam ni, apalagi terus say yes tanpa segan. Muahahaa. Yang penting, ada tujuan. Tujuan pertama nak datang sini, sebab dikhabarkan ada air terjun yang berwarna hijau. Serius aku nak tengok air hijau dalam hutan. Teruja teruja terujaaaa.


Jalan punya jalan, SK tunjuk sesuatu kat aku. Nananaaaaa kau orang jangan la fikir yang 'jauh' macam tu. Siang-siang mana ada benda-benda tu. Ish ish positive sikit. Ngeeeee. Kau orang banyangkan, dalam keadaan tiada angin, sehelai daun menari-nari dengan sendirinya. Subhanallah. Bukan sekali dua aku nampak, banyak kali sepanjang perjalanan aku ke sini. Subhanallah subhanallah


Bukti SK tinggalkan aku selangkah dua. Hahahah! Upss sorry SK


Kira sendiri jumlahnya kalau didapati bersalah. Ada ke takde ke, mampu ke tak mampu ke. Tawakkal


Jalan punya jalan, dah jumpa air. Yang best, SK bawa aku jalan yang salah. Kalau ikutkan, mesti ada ala-ala lorong yang menunjukkan laluan yang sepatutnya. Bila dah silap, jadi redah juga la. Nasib baik la tak tercalar lengan aku ni. Kalau tercalar pun, biasa la kalau dah masuk hutan. Melihat air ini, SK dok complain "Something not right" katanya. Aku tak faham apa maksudnya, tapi tunggu je apa yang dimaksudkan.


Nampak???? Ini maksud SK tadi. Pencemaran sudah berlaku... Hmmhmmhmmm siapa yang tak bertanggungjawab ini???? Tak guna betul! Marah marah.


Laluan yang betul. Nampak papan tanda ni, boleh sampai ke tempat yang ditujui. Tapi kalau rasa nak meredahi tempat lain, redah la kau orang. Risiko tanggung sendiri ye.


Dah sampai tapi tapi tapi aku kecewa kecewa kecewa. Aku kecewa dengan apa yang aku nampak. Haish haish sigh sigh.


Kenapa aku kecewa? Kau orang lihat la gambar diatas. Sepatutnya air tu berwarna hijau. Yang aku nampak, air hitam. Memang kena dengan nama pulak. Pasir tak sejernih yang aku google sebelum pergi. Ergh arghh aku jerit dalam hati. Stress stress makan makan makan. Waktu ni berehat setelah 2jam merentasi hutan belantara.


Berehat sebentar. Merenung masa depan, mengimbas kenangan, focus untuk masa hadapan.


Tenung dan tenung. Picture taken by SK. Thank you.


Drafting untuk belog. Well, aku tak tahu pulak si SK ni melintas ke seberang sungai dengan bawa camera aku. Sebab aku dok sibuk cari point-point nak cerita sebelum aku tulis kat sini. Pandai eh dia. Sekali lagi terima kasih SK.


Bila dah kenyang, Sk pun cerita pasal barang yang biasa dia bawa semasa hiking atau masuk hutan. Salah satunya, benda ni. Kalau kena gigit ke sengat ke patuk ke benda ni boleh hisapkan bisa. Kalau dulu-dulu tu kan, dok sedut pakai bibir, bahayakan. Pakai ni senang, dan tak memudaratkan. Kena grab satu untuk aku lepas ni.


Pandang betul-betul, ada ikan. Setelah duduk termenung dan melihat keindahan selama 1jam, tiba masa untuk pulang. Bye-bye ikan, kita jumpa lagi oke. Harapnya kunjungan akan datang, dapat tengok air hijau tu. Ada rezeki insya Allah.


Lagi skill dari SK. Suka betul dia dengan gambar ni. Maksud? Dia sendiri yang tahu.


Mission completed! Waktu ni dah pukul 12.30tengahari. Cuaca nak hujan. Nasib baik dah turun cepat-cepat. Fuh tak sia-sia aku pi training 2minggu. Berbaloi jugak aku dapat stamina nak naik bukit ni haaaaa.

Oke sayang! Cerita dah habis. Nanti aku cerita pasal training aku pulak. Mohon bersabar untuk cerita yang seterusnya.

Bye!

Monolog: Kadang-kadang kita tak nampak apa yang perlu kita nampak ;)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs