♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, November 30, 2012

Ajari Aku ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday #70

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sunday, November 25, 2012

Burger Bakar Kaw Kaw

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

24/11/2012 - Medan Selera Lokas Makana

Pulang dari kerja, mesti kebulur kan. Amboi kasarnya ayat. Tukar-tukar ayat kasi manis. Mesti laparkan. Nah, baru la sopan. Teringat la pulak akan kisah, I tersesat nak mencari burger bakar sampai membawa ke Kajang. Jelas menunjukkan masih buta dengan jalan. Bukan buta, tetapi kurang tahu akan kehadiran kawasan baru. Okey statement kasi sedap hati. Herm herm.


Siap buat review, dari internet. Nak print map, amboi besar betul kertasnya. GPS? Kerana GPS la I sesat sampai ke Kajang. Maka dengan itu, simpan la GPS untuk trip yang lain pulak. Bukan GPS menipu, tetapi kadang-kadang nak depends pada GPS pun belum tentu betul. Terkadang tu pulak, human dengan gadget pun boleh salah faham. Berbalik kepada cara lama, I tulis pakai kertas. Ngeeee


Berapa syoknya dalam hati bila dari kejauhan dah nampak signboard tempat yang dicari. Wallalaaaa secara automatic, berkeroncong perut ini. Yang nak dicari itu bukanlah makanan yang baru. Dah lama heboh dipelusuk Malaysia. Cuma, I yang selalu nak sergah waktu-waktu orang dah mula lupa. Lupa eh? Takkan la lupa. Buka lupa la, waktu yang tak ramai orang. Herm nak makan kena la selesakan.

Pelbagai kedai makanan ada kat sini, ada gerai laksa, tomyam, steamboat, sengkuang calit dan lain lain lagi. Yang penting I hanya nak serbu satu kedai ni. Kaw Kaw Burger Bakar. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Khamis(rest day) dari jam 7.30pm-2.00am bergantung kepada stock makanan ye. Ngeee


Pertama sekali bila dah sampai, kena la cari tempat duduk. Alhamdulillah tak ramai orang pun, mungkin semuanya dah serbu diawal-awal waktu perdana. Lepas dah dapat tempat duduk, marila beratur untuk meng-order apa yang mahu dimakan. Bila dah order, akan diberi no order. I merupakan customer yang ke 157. Herm, sehari berapa customer bang? Soalan yang terdetik dalam hati. Nak tanya terang-terang kang dikata kepoh pulak. Tak nak la kite :D


Inilah menu yang diorder itu. Namanya adalah Kaw Kaw Double Beff Baconizer. Macam burger biasa, bezanya dagingnya tebal, kalau dah double tu dua keping daging tebal la kan. Menggunakan salad yang bukan dihirs halus. Dipotong ala-ala nak makan salad gitu.  Ada cheese ada daging bacon juga. Rasanya? Sangat nyummyih!!!! Rasa nak tambah lagi. Amboi nafsu. Noooo noooo.


Lepas makan, ada pencuci mulut. Sengkuang calit yang memang dah lama mengidam. Akhirnya tercapai juga impian nak makan kedua-dua jenis makanan ni. Herm, rezeki Alhamdulillah.


Muka senang hati bila dah kenyang. Mata pun minta bantal. Planning nak bawa seisi keluarga ke sini. Tak lupa juga best buddy I yang sibuk dengan urusan masing-masing. Hujung-hujung tahun ni, memang banyak kerja kan. Faham... :D.

Bye!!

Monolog: Hujung tahun tak cukup rehat. Acaner? 

Toksin dalam badan banyak????

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kerja dihari minggu, itu adalah perkara biasa buat I. Tidak la terlalu teruja nak berehat kat rumah kalau setakat berehat makan tidur makan dan tidur. Lebih baik la bekerja dari makan tidur makan dan tidur. Ayat ini untuk sedapkan hati sendiri. Eceh.

Bila tak berapa ada kerja, makanya I cari kerja dan buat kerja. Terfikir pada diri sendiri, mengapa badan terlalu cepat letih. Asal dapat bantal dan tilam tak sempat nak berangan, terus lelap. Malas jangan cakap la kan extravaganza dibuatnya. Oleh itu I dok la mencari-cari apakah puncanya. Mari lihat apa yang I dapat hasil dari peng-google-an I.

Apa itu TOKSIN?
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, Racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

9 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN....

Kita mudah terdedah kepada BAHAYA TOKSIN melalui udara, makanan dan minuman. Jika toksin terlalu banyak dalam badan, masalah kesihatan boleh menyerang. JOM kita semak tanda-tanda toksin berlebihan.

1. Sering letih dan lesu
2. Lemah daya tumpuan dan daya ingatan.
3. Sering alami sembelit dan cirit-birit.
4. Timbulnya jerawat dan bintik hitam.
5. Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh.
6. Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.
7. Cepat marah dan mudah murung.
8. Kitaran haid tidak normal.
9. Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.


Rumusan yang I dapat untuk diri sendiri, sebahagian punca-punca toksin itu ada. Maka dengan itu, badan I punya toksin yang perlu dibuang. Macam mana nak buang?


Merujuk kepada Puan Boss, dengan pengambilan TruDtox seminggu sekali mampu mengurangkan toksin dalam badan. Ada yang cakap minum hari-hari pun boleh. Perlu diingatkan jika minum hari-hari tidak elok untuk tubuh badan kerana, akan mengurangkan mineral semulajadi dalam badan. Selain itu, TruDtox dapat membantu mengurangkan berat badan. Wah! Adakah toksin dalam badan yang banyak menyebabkan berat badan susah turun? Hermmmm

Pernahkah anda terfikir, mungkin bahagian badan anda sebegini?

Renung-renungkan dan selamat beramal. Hehehe

Bye!!!!

Monolog: Gerun la pulak :D

Saturday, November 24, 2012

NICE!!! Nak jugak :))

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Seronokkan kalau dapat bilik bacaan macam ni. Mau tertidur terus dalam bilik ni tak sempat nak membaca. Mempunyai habit baru iaitu mengumpul pelbagai buku. Dari sudut motivasi, novel, pendidikan, dan masakan. Bila nak habis baca tu tak tahu. Haha.

Now I sedang menjadi jenin untuk melengkapkan lagi isi rumah. Dari bahagain hadapan bawa ke bahagian belakang. Untuk buku-buku I juga perlukan tempat. Insyaallah diizinkan Allah, apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. 

This is how I release. Mengemas, berkemas, terkemas. But for now, survey mana yang mampu. Murah itu cantik, mahal itu beban. Betul tak??

Bye!!!!

Monolog: Lapar la

Arabic Wedding

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

18/11/2012 - PORT DICKSON

Cerita cuti panjang I tak abis lagi. Percutian kali ini lebih kepada meluangkan masa bersama dengan keluarga. Bukan hanya keluarga sendiri, malah bersama dengan keluarga kawan baik juga. Tumpang menumpang, makanya hubungan kekeluargaan dua-dua pihak makin erat. Insyaallah.

Selesai urusan keluarga dibahagian I, tiba pula urusan keluarga dipihak kawan baik I, Ej. Meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan arwah makciknya.


Bertemakan warna purple. Difahamkan warna ini adalah warna kegemaran arwah ibu pengantin. Mungkin mahu merasakan kehadiran arwah sewaktu majlis, maka warna itu dipilih. Secara kasarnya, tema yang dipilih bertemakan Arab.


Nak bergambar dengan pengantin, tapi ramai pulak yang berpusu-pusu meluru nak bergambar juga. Hasilnya, I tangkap la gambar weolls berdua. Muka agak mengantuk. Tidur hanya 2jam. Tidak mengapa korban tidur, asalkan kehadiran dirasai. Ngeee.


Sambil tunggu Pak Aji dan Mak Aji dok tepung tawar, sesambil itu la I dok mengagah budak kecik ni. Nama manja Ayu. Anak buah sulung Ej. Dan merupakan cucu sulung kelurga Pak Aji dan Mak Aji. Kalau dah menjadi yang sulung dan yang pertama untuk generasi yang seterusnya, tentulah akan menjadi kesayangan. Malangnya, si Ayu ini agak susah untuk bermanja. Haish lihat sahaja buka Ayu bila I cuba nak cium. Oh soooo kekwat!!!!


Inilah cara I nak pikat bebudak. Hanya tunjukkan camera dan minta pose. Tunjuk aje camera, pasti Ayu menoleh. Menoleh tanpa senyuman. Itu biasa kalau budak tak kenal kita kan. Sedapkan hati sendiri.

Selesai majlis, pulang ke rumah Abang untuk berehat. Refreshkan badan sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur. Niat dihati nak hirup udara laut. Penat mengatasi keinginan. Heheee


Lihat, kan I dah cakap. Senang sahaja untuk berkawan dengan si cilik. Separuh senyum sudah. Lain kali kalau Cik Der datang, kite jadi geng tau. Muacks!!!

Jom pulang, Harap-harapnya jalan tak sesak.

Monolog: SILENCE IS GOLDEN

Friday, November 23, 2012

You Know I'm No Good ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, November 22, 2012

Doa Selamat Untuk Haji dan Hajah

2 comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

17/11/2012 - Sabak Bernam

Pulang ke kampung dengan satu tujuan. Untuk menenangkan fikiran sambil menghadiri kenduri doa selamat semperna kepulangan Tokda dan Ninda. Oh ya! Tokda dan Ninda adalah bapa dan ibu kepada Mama. Jom layan menu malam itu. Zassssssss


Semuanya ditempah dan sumbangan adik beradik Mama.


Cuba teka apa benda ni? Pun tempah oke. Ini makanan jawa. Kita panggil Nasi Ambeng.


Eh! Itu kiteeeeee ;)).


 Kawan baik kite pun ikut sama balik. Okey kat belakang tu seluar berwarna putih tau. Bukan benda lain.

Bye!!!

Monolog: Penat laaaaaa

Balik Kampung

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

17/11/2012

Ooooo balik kampung...
Ooooo balik kampung...
Ooooo balik kampung...
Hati girangggggggg

Sebelum gerak ke kampung, mari kita penuhkan perut.


Nommmnommmnommm. Bismillah. Seminggu sekali makan nasi lemak takpe kan.

Moga perjalanan ke kampung di permudahkan.

Monolog: Rindu kampung!!!

Wednesday, November 21, 2012

Haji Tokda dan Hajah Ninda selamat pulang ;)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

16/11/2012 - KLIA

Memandu ke KLIA, bukan perkara luar biasa. I pernah drive ke KLIA ni sengsorang. Pick up kawan yang baru balik dari over sea. Kali ini pemanduan I ke KLIA bersam MK's. Dengan nasihat dari adik yang tak ikut kerana tak cukup muatan "Hati-hati memandu". I'm a professional driver brother. Jangan risau. Ehek.

Sepanjang perjalanan, I dok brain wash adik bongsu. Push him to high level. Ngeee terrible sisterkan? UPSR result belum keluar lagi. Maka dengan itu I mula membebel bagai nenek tua. Ngeeee terrible lagi kan?   Terrible tanda sayang okey. Kan kan kan.

Biasa kalau mai pickup orang, I tunggu kat dalam kereta aje. Parking pun kat tepi. Ini MK's nak parking kat tempat parking bertingkat. Cari parking. SESAT. Nah kita pusing dulu satu KLIA. Ngeee cukup tiga kali pusing, baru la jumpa parking bertingkat itu. Itu perkara biasa pada siapa yang tak biasa dengan kawasan parking disitu kan. Sedapkan diri sendiri aje ni. Kikiii

Seawal 730malam, MK's sudah berada di KLIA untuk menjemput Tokda dan Ninda. Terserlah kerinduan dan kesusahatian Mama bila dikhabarkan Ninda jatuh di bilik air setelah selesai melakukan tawaf sa'i. Itu khabar yang Mama dapat dari jiran sekampung yang berada disana, tetapi berlainan kumpulan. Setakat ini, tiada khabar dari pihak tabung haji mengatakan Tokda dan Ninda berada di tahap kritikal. Insyaallah selamat semuanya.


Sementara menunggu, mari isi perut dulu. Nommm nommm nommm. Terima kasih Mama sebab sudi belanja weolls ;)). Bukan ini sahaja, Mama siap bekal pulut panggang untuk dimakan seisi keluarga.


Bila sudah lemau sebab terlalu lama menunggu, ini la hasilnya. I dan Debab dok perposing. Muahahaa. Family yang lain masih belum kelihatan. Perjalanan yang jauh tentunya mengambil masa untuk sampai ke sini. Takpe, weolls jadi wakil. Cop tempat dekat dengan pintu ketibaan. Ngeee.


Penat mengantuk letih. Hari yang panjang rasanya.


Tapi Debab ni, I tengok aktif aje. Tak reti penat. Apakah usia membezakan??? Oh nooooooo. Lihat keadaan dibelakang, masih lenggang.

Tepat 900malam, kawasan yang lenggang tadi bertukar menjadi padat. Pening sudah kepala ini.


Itu Ninda!!!! Itu Ninda!!!! Peluk cium, air mata pun kuar. Aduhai lega hati. Disebabkan keadaan di KLIA terlalu sesak, sekeluarga sepakat untuk berhenti di R&R Dengkil.


Can u see my Haji Tokda? He still steady okey. Saluted la Tokda. Mulut terkumat kamit bercerita hal di Madinah. Siap boleh cakap "Sampai kat Malaysia, siapa la nak jemput aku ni. Macam mana la nak balik kampung. Aku ingat takde siapa ambil aku". Erk, weolls takkan sampai ke tahap itu Tokda. Kami akan sentiasa ada. Sedih betul dengar ayat itu.


Sebaliknya dengan Hajah Ninda, kelesuan, kepenatan dan kesakitan. Aduhai. Kalau la boleh dipindahkan sakit itu, kite sanggup memikulnya Ninda. Sedih.

Alhamdulillah, penantian kami sekeluarga berakhir. Tokda dan Ninda selamat pulang ke tanah air dengan selamatnya. Syukur, syukur syukur. Haji dan Hajah sudah. :)

Monolog: Alhamdulillah.

Dia Cabut Lagi!!!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

16/11/2012 - HTAR

Setelah sekian lama, menangguh, bertangguh dan tertangguh, maka hari ni, I decide untuk berjumpa dengan Doctor Handsome. Itu pun setelah I rasa kurang selesa di bahagian operation setahun yang lepas. Eh dah setahun erk. Time is running so fast.

Seperti biasa, kalau dah ke hospital kerajaan, memang takkan dapat masuk 5minit, jumpa doctor 10minit then kuar. Walau dalam keadaan klinik yang lengang sekalipun, tetap kena tunggu berjam-jam untuk jumpa dengan doctor. Well, alasan kakak kaunter tu "Nak jumpa Doctor Pakar dik, kena la tunggu sikit". Pakar ke? Endup aku jumpa doctor pelatih aje kot.

Sudah, tak payah nak complain sangat hospital kerajaan ke swasta ke. Sama aje, beza mahal dan murah.

Melangkah masuk ke bilik consultation, I mesti ditempatkan di bilik big boos. Dah biasa dah dengan bilik ni, so I buat macam rumah I sendiri. Suka hati I aje. Mula la ringan mulut nak tanya itu ini. Ikut perancangan awal, selepas setahun operation, proses implant akan bermula. Nak tau costing kena la tanyakan.

Bila Doctor Shierly buat pemeriksaan, beliau mendapati tidak ada space yang membolehkan implant ditanam. Maka dengan itu, beliau memilih untuk mencabut gigi bongsu yang terakhir untuk mengurangkan kesakitan. Tiada pilihan lain, I kena cabut juga sebab gigi bongsu itu telah mengganggu bahagian operasi. Oh damn! Suntikan digusi sangat sakit dari suntikan dibahagian badan okey. I phobia!!!!


Muka kena senyum walaupun sedang takut. Haish buat-buat macho laaaa.

Waaawaaaawaaaa nangis dalam hati bila kena cucuk kat gusi. Sakit. Sangat-sangat sakit. Bila dah terkeluarnya gigi bongsu tersebut, sebak rasa dihati. Kenapa la mesti kena buang ko eh. Bercakap ngan gigi tau. Ngeee.

I minta gigi itu untuk ditanam. Well, apa yang ada dengan kita kena la tanamkan. Terfikir gak, masa operation setahun lepas, mana diorang campak gigi I tu eh. Herm nak tanya pun dah setahun kot. Kahkah.


Tak keseorangan ke HTAR tu, ada yang sudi nak teman. Cuti panjang katanya, ada masa boleh la teman. I okey aje. Mekasih daun keladi, lain kali temankan lagi eh. Muka tahan sakit oke. Sembab mata tu, ngantuk ke nangis? Ngantuk laaaa sungguh ngantukkkk.


Dek kerana kena cabut gigi, dinasihatkan makan benda-benda sejuk. Orang nak belanja I, kite sebat ajelah. Yeah!!! Tutti frutti in the shop :p.

Itu cerita follow up I.

Jengah lagi untuk cerita yang seterusnya.

Monolog: Running!!!!

Wordless Wednesday #69

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

I'M BACK

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Hello readers!! Rindu I tak..? Apa? Rinduuuuu? Rindu I ke atau nak tahu cerita I. Okey la I miss u too. Hekhek


Now, I'm back!!! Woot woot. Mari raikan dengan daun saderi. Lets dance!!!

Okey itu sudah over. Entry yang berikutnya akan jadi back to back punya cerita. Bukan tak nak update via Blackberry, tapi sedang nikmat menghabiskan cuti, maka adalah lebih baik I tenangkan fikiran dengan sebaiknya. Ewah!

Sila jengah lagi!!!

Muaaah!!!

Monolog: Menyanyi lalalalalaaaaa

Friday, November 16, 2012

Berhenti Di Kamu ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, November 15, 2012

Movie: Istanbul Aku Datang

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

15/11/2012 - MUTIARA DAMANSARA


Melihat trailer ini, I sangat la teruja untuk menontonnya. I love comedy. I love to laugh. I love it!!! Tak sabar tak sabar tak sabar. Hehehe.

Berkat dari kesabaran, bila dah diajak keluar berjalan, maka I pun okey aje la. I ni kan jenis yang okey okey aje. Ngeee.
Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.
Melihat kelincahan Dian, lagi-lagi bila dia berlari dengan heels setinggi itu, buat I rasa nak pakai heels balik. Amboi la. Senangnya berlari pakai heels. Berapa kali director suruh cut untuk dapat short yang terbaik? Ngeee.

Layankan lagu ini. 


Pun begitu, I bagi tepukan gemuruh selepas show habis. Tepukan dalam hati, nanti orang-orang kata I buang tebiat. Ngeeee.

Bye!!!

Monolong: Aku dataaaang kepadamuuuuu

Salam Maal Hijrah

No comments:
Asslamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, November 14, 2012

Diwali 2012

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Seperti tahun-tahun yang lepas, asal datang aje Deepavali, Puan Boss mesti buat open house. Seperti juga tahun-tahun yang lepas, me and SDF mesti jadi tetamu tetap beliau. Hehe. We love food. Makanya pastinya we olls akan datang makan. Nyum nyum.

Embedded image permalink

Salah satu hiasan yang perlu ada di rumah Puan Boss. Dekorasi yang bertemakan 'peacock'.

Embedded image permalink


A part of SDF. Tumpang instagram orang. Ngeee. Oh cup cakes adalah idea I dan Puan Boss juga si Kakak. Seperti biasa, I akan order dengan Kakak yang sama. Sebab apa tak beralih arah? Sebab hasilnya sangat memuaskan hati. Sedap!!!



Bukan takat SDF aje, Bamz Angel's pun mai jugak. We olls kena la datang. Kalau tak datang nanti Puan Boss murka. Hehehe.

Jumpa lagi ditahun depan. Tata..!!!

Monolog: Cooking!

Wordless Wednesday #68

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, November 13, 2012

Happy Deepavali 2012

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Monday, November 12, 2012

Happy Birthday Amir Farhan

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

11/11/2012

An other Scorpion in the house!! Yeah.

One Happy Family!!! Yes we are. Let's Party.


The craziness ever. Muahahha. See Mum so sporting okey. Where is may Dad? Just looking at us. Refused to join. 


Last! Me and birthday boy. Both are chubby and cute. Yes!!! Thank You.


Happy Monday people! Muah.

Monolog: Half Day. Yeah

Friday, November 9, 2012

Adele - Skyfall ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, November 7, 2012

Happy Birthday Mama :)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

05November2012


Mama,
Saya mungkin seorang yang nakal,
Saya mungkin seorang yang manja,
Saya mungkin seorang degil,
Tapi itulah saya,
Saya, saya lah anak Mama.

Mama,
Saya mungkin pernah buat Mama menangis,
Saya mungkin pernah buat Mama kecewa,
Saya mungkin pernah buat Mama terluka,
Tapi itulah saya,
Saya, saya lah anakMama.

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 54tahun. Saya bahagia dengan apa yang saya ada.

Monolog: Saya sayang Mama.

Wordless Wednesday #67

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sunday, November 4, 2012

Movie: Skyfall 007

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita semalam.

Dah lama tak ber-movie, maka dengan itu release stress dengan ber-movie. Kebiasaannya kalau ber-movie, I akan buat movie marathon. Tapi, kali ni I tak ber-movie marathon. Sebab dari awal ada plan yang tersusun rapi mengikut jadual.

Memilih untuk menonton Skyfall setelah membuat research terlebih dahulu.

synopsis
007 (Daniel Craig) becomes M's only ally as MI6 comes under attack, and a mysterious new villain emerges with a diabolical plan. James Bond's latest mission has gone horribly awry, resulting in the exposure of several undercover agents, and an all-out attack on M16. Meanwhile, as M (Judi Dench) plans to relocate the agency, emerging Chairman of the Intelligence and Security Committee Mallory (Ralph Fiennes) raises concerns about her competence while attempting to usurp her position, and Q (Ben Whishaw) becomes a crucial ally. Now the only person who can restore M's reputation is 007. Operating in the dark with only field agent Eve (Naomie Harris) to guide him, the world's top secret agent works to root out an enigmatic criminal mastermind named Silva (Javier Bardem) as a major storm brews on the horizon. Albert Finney also stars in the 23rd installment of the long-running spy series. The film was directed by Sam Mendes (American Beauty, Revolutionary Road) and shot by acclaimed cinematographer Roger Deakins (True Grit, The Reader, The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford). ~ Rovi

Tengok trailer ni buat I teruja sesangat.


Terus jatuh cinta dengan official song Skyfall. Suara Adele memang boleh cam tau. Hehe


What a great Saturday! 

Monolog: .....

Friday, November 2, 2012

Asalkan Aku Ok ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, November 1, 2012

3rd cake SDF HALLOWEEN

2 comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

30 October 2012: 2230pm

Selesai dirumah Mama, pulang semula ditempat penginapan. Eceh. Banyak rumahkan. :P

Conversation dengan housemate hari ini sangat memelikkan. Pun begitu. Buat tak tahu. Pulang ke rumah dengan biasa-biasa sahaja tanpa rasa syak wasangka. Otak tak fikir apa-apa pun.

Sampai  di hadapan pintu rumah, rumah gelap. Tak pernah rumah ni ditinggalkan gelap, walaupun sebulan tak balik. Tetap akan pasang lampu. Pelik. Mula la membebel dalam hati. Dah tau nak keluar buka la lampu. Dah la I ni penakut orangnya. Takut ke... Takut-takut berani. Ngeeee

Melangkah masuk kerumah. Bau dah lain macam. Tenangkan hati dan baca la apa-apa yang patut. Jantung dah berdegup dupdaaapdupppdaaap. Mata tak berani nak pandang kiri kanan. Tapi, disatu sudut disebalah kanan nampak seakan-akan benda bergerak-gerak. Disudut sebelah kiri, nampak bayang-bayang orang berdiri. Dihadapan, nampak macam sesuatu. Buat tak tahu dan meraba-raba cari lampu.


Bila dah buka lampu, rumah dah jadi secomot tapi cute macam ni. Meriah. Nangis didalam hati, tapi berpeluh-peluh di dahi. Aiseh.


Lagi berpeluh-peluh melihat mereka dengan muka dan costumes macam ini. Gugur jantung maaaak!!!! 


Tambah semput dengan magic candle ni. Arghhh oksigen oksigen. Semput lagi bila momok sebelah tu dok acah-acah I masa nak tiup lilin tu. Jangan kaco lah momooook. Yadoooooi!!!!!


The AWESOME birthday cake I ever had in my life. Delicious!!!! Sooooobsss


Ampuni la dosa kuuuuuuuuuuuu. Uolls zoom la dekat-dekat. Memang I tengah berpeluh-peluh waktu ni. Takut campur terkejut campur panas dan segala perasaan ada.


Santeknya bebelon ni. Pandai eh pilih peberet kaler kiteeeee. Ngeeeeeee


Jom makan! Cheers. Haha air coke okey! Doa dan harapan mengiringi sentuhan tujuh gelas ini. Amin


Million thanks for the gift. Suka sangat-sangat. Thank you, thank you, thank you.


I love SDF so much. Tak banyak yang I boleh kata. I bersyukur sangat-sangat dengan friendship ini. Harap ianya kekal tanpa ada sebarang gangguan dari parasit luar. Amin

Jangan tanya, kenapa I tak ber-costumes. Benda-benda ni, diluar pengetahuan I. Baru je I buat entry takde sambutan. Tuptup mereka berpakat dan membawa berkat. Dah namanya surprised, tidak la I bersiap bagai.

Bubbye!!!!

Monolog: Apa adanya.

♥ Aurora Follow3rs