♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, November 25, 2012

Burger Bakar Kaw Kaw

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

24/11/2012 - Medan Selera Lokas Makana

Pulang dari kerja, mesti kebulur kan. Amboi kasarnya ayat. Tukar-tukar ayat kasi manis. Mesti laparkan. Nah, baru la sopan. Teringat la pulak akan kisah, I tersesat nak mencari burger bakar sampai membawa ke Kajang. Jelas menunjukkan masih buta dengan jalan. Bukan buta, tetapi kurang tahu akan kehadiran kawasan baru. Okey statement kasi sedap hati. Herm herm.


Siap buat review, dari internet. Nak print map, amboi besar betul kertasnya. GPS? Kerana GPS la I sesat sampai ke Kajang. Maka dengan itu, simpan la GPS untuk trip yang lain pulak. Bukan GPS menipu, tetapi kadang-kadang nak depends pada GPS pun belum tentu betul. Terkadang tu pulak, human dengan gadget pun boleh salah faham. Berbalik kepada cara lama, I tulis pakai kertas. Ngeeee


Berapa syoknya dalam hati bila dari kejauhan dah nampak signboard tempat yang dicari. Wallalaaaa secara automatic, berkeroncong perut ini. Yang nak dicari itu bukanlah makanan yang baru. Dah lama heboh dipelusuk Malaysia. Cuma, I yang selalu nak sergah waktu-waktu orang dah mula lupa. Lupa eh? Takkan la lupa. Buka lupa la, waktu yang tak ramai orang. Herm nak makan kena la selesakan.

Pelbagai kedai makanan ada kat sini, ada gerai laksa, tomyam, steamboat, sengkuang calit dan lain lain lagi. Yang penting I hanya nak serbu satu kedai ni. Kaw Kaw Burger Bakar. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Khamis(rest day) dari jam 7.30pm-2.00am bergantung kepada stock makanan ye. Ngeee


Pertama sekali bila dah sampai, kena la cari tempat duduk. Alhamdulillah tak ramai orang pun, mungkin semuanya dah serbu diawal-awal waktu perdana. Lepas dah dapat tempat duduk, marila beratur untuk meng-order apa yang mahu dimakan. Bila dah order, akan diberi no order. I merupakan customer yang ke 157. Herm, sehari berapa customer bang? Soalan yang terdetik dalam hati. Nak tanya terang-terang kang dikata kepoh pulak. Tak nak la kite :D


Inilah menu yang diorder itu. Namanya adalah Kaw Kaw Double Beff Baconizer. Macam burger biasa, bezanya dagingnya tebal, kalau dah double tu dua keping daging tebal la kan. Menggunakan salad yang bukan dihirs halus. Dipotong ala-ala nak makan salad gitu.  Ada cheese ada daging bacon juga. Rasanya? Sangat nyummyih!!!! Rasa nak tambah lagi. Amboi nafsu. Noooo noooo.


Lepas makan, ada pencuci mulut. Sengkuang calit yang memang dah lama mengidam. Akhirnya tercapai juga impian nak makan kedua-dua jenis makanan ni. Herm, rezeki Alhamdulillah.


Muka senang hati bila dah kenyang. Mata pun minta bantal. Planning nak bawa seisi keluarga ke sini. Tak lupa juga best buddy I yang sibuk dengan urusan masing-masing. Hujung-hujung tahun ni, memang banyak kerja kan. Faham... :D.

Bye!!

Monolog: Hujung tahun tak cukup rehat. Acaner? 

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails