♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, November 25, 2012

Toksin dalam badan banyak????

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kerja dihari minggu, itu adalah perkara biasa buat I. Tidak la terlalu teruja nak berehat kat rumah kalau setakat berehat makan tidur makan dan tidur. Lebih baik la bekerja dari makan tidur makan dan tidur. Ayat ini untuk sedapkan hati sendiri. Eceh.

Bila tak berapa ada kerja, makanya I cari kerja dan buat kerja. Terfikir pada diri sendiri, mengapa badan terlalu cepat letih. Asal dapat bantal dan tilam tak sempat nak berangan, terus lelap. Malas jangan cakap la kan extravaganza dibuatnya. Oleh itu I dok la mencari-cari apakah puncanya. Mari lihat apa yang I dapat hasil dari peng-google-an I.

Apa itu TOKSIN?
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, Racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

9 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN....

Kita mudah terdedah kepada BAHAYA TOKSIN melalui udara, makanan dan minuman. Jika toksin terlalu banyak dalam badan, masalah kesihatan boleh menyerang. JOM kita semak tanda-tanda toksin berlebihan.

1. Sering letih dan lesu
2. Lemah daya tumpuan dan daya ingatan.
3. Sering alami sembelit dan cirit-birit.
4. Timbulnya jerawat dan bintik hitam.
5. Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh.
6. Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.
7. Cepat marah dan mudah murung.
8. Kitaran haid tidak normal.
9. Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.


Rumusan yang I dapat untuk diri sendiri, sebahagian punca-punca toksin itu ada. Maka dengan itu, badan I punya toksin yang perlu dibuang. Macam mana nak buang?


Merujuk kepada Puan Boss, dengan pengambilan TruDtox seminggu sekali mampu mengurangkan toksin dalam badan. Ada yang cakap minum hari-hari pun boleh. Perlu diingatkan jika minum hari-hari tidak elok untuk tubuh badan kerana, akan mengurangkan mineral semulajadi dalam badan. Selain itu, TruDtox dapat membantu mengurangkan berat badan. Wah! Adakah toksin dalam badan yang banyak menyebabkan berat badan susah turun? Hermmmm

Pernahkah anda terfikir, mungkin bahagian badan anda sebegini?

Renung-renungkan dan selamat beramal. Hehehe

Bye!!!!

Monolog: Gerun la pulak :D

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails