♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, November 21, 2012

Dia Cabut Lagi!!!!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

16/11/2012 - HTAR

Setelah sekian lama, menangguh, bertangguh dan tertangguh, maka hari ni, I decide untuk berjumpa dengan Doctor Handsome. Itu pun setelah I rasa kurang selesa di bahagian operation setahun yang lepas. Eh dah setahun erk. Time is running so fast.

Seperti biasa, kalau dah ke hospital kerajaan, memang takkan dapat masuk 5minit, jumpa doctor 10minit then kuar. Walau dalam keadaan klinik yang lengang sekalipun, tetap kena tunggu berjam-jam untuk jumpa dengan doctor. Well, alasan kakak kaunter tu "Nak jumpa Doctor Pakar dik, kena la tunggu sikit". Pakar ke? Endup aku jumpa doctor pelatih aje kot.

Sudah, tak payah nak complain sangat hospital kerajaan ke swasta ke. Sama aje, beza mahal dan murah.

Melangkah masuk ke bilik consultation, I mesti ditempatkan di bilik big boos. Dah biasa dah dengan bilik ni, so I buat macam rumah I sendiri. Suka hati I aje. Mula la ringan mulut nak tanya itu ini. Ikut perancangan awal, selepas setahun operation, proses implant akan bermula. Nak tau costing kena la tanyakan.

Bila Doctor Shierly buat pemeriksaan, beliau mendapati tidak ada space yang membolehkan implant ditanam. Maka dengan itu, beliau memilih untuk mencabut gigi bongsu yang terakhir untuk mengurangkan kesakitan. Tiada pilihan lain, I kena cabut juga sebab gigi bongsu itu telah mengganggu bahagian operasi. Oh damn! Suntikan digusi sangat sakit dari suntikan dibahagian badan okey. I phobia!!!!


Muka kena senyum walaupun sedang takut. Haish buat-buat macho laaaa.

Waaawaaaawaaaa nangis dalam hati bila kena cucuk kat gusi. Sakit. Sangat-sangat sakit. Bila dah terkeluarnya gigi bongsu tersebut, sebak rasa dihati. Kenapa la mesti kena buang ko eh. Bercakap ngan gigi tau. Ngeee.

I minta gigi itu untuk ditanam. Well, apa yang ada dengan kita kena la tanamkan. Terfikir gak, masa operation setahun lepas, mana diorang campak gigi I tu eh. Herm nak tanya pun dah setahun kot. Kahkah.


Tak keseorangan ke HTAR tu, ada yang sudi nak teman. Cuti panjang katanya, ada masa boleh la teman. I okey aje. Mekasih daun keladi, lain kali temankan lagi eh. Muka tahan sakit oke. Sembab mata tu, ngantuk ke nangis? Ngantuk laaaa sungguh ngantukkkk.


Dek kerana kena cabut gigi, dinasihatkan makan benda-benda sejuk. Orang nak belanja I, kite sebat ajelah. Yeah!!! Tutti frutti in the shop :p.

Itu cerita follow up I.

Jengah lagi untuk cerita yang seterusnya.

Monolog: Running!!!!

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails