السلام عليکم
Hari yang ditunggu2 datang juga. Penyeksaan selama 2minggu bakal berakhir hari ini. Seawal 9.30pagi,
Yy sudah pun berada di klinik pergigian, untuk temu janji. Ditemani dengan jururawat peribadi,
Doreen Tina dan juga
Yart, seawal pagi datang melawat. Dugaan
Allah s.w.t,
Yy terpaksa menunggu selama 1jam menunggu file
Yy yang tak sampai2. Sehinggakan
Yart yang beia2 ingin menyaksikan detik2 pembuangan, terpaksa pulang ke opis, atas urusan kerja dengan segeranya. Sedih melihat reaksi
Yart yang tidak dapat menyaksikan detik2 pengeluaran.
Selama 1jam lebih menunggu, akhirnya,
jahitan, tiub dihidung, besi di gigi (kecuali besi penanda centre gigi) sudah dibuang. Alang2 bukan kepalang seronoknya hati
Yy bila dah terkeluar barang2 tersebut.
Allah s.w.t sahaja yang tahu bertapa gembiranya hati ini. Kepada-Nya
Yy bersyukur kerana, tempoh dua minggu berakhir dengan jayanya, walau azab melalui hari2 yang sangat2 menyiksakan.
Pesan
Dr. Nury "
Soft diet ok, kalau tak, memang kena pakai balik besi dengan tiub ni lagi" dengan senyuman yang senget, yy berkata "
Ok soft diet. Pantang dulu"
Pulang ke katil, bermulanya permainan emosi yang tidak stabil, apabila berlakunya keadaan yang diluar dugaan. Walaupun besi dan tiub itu baru keluar, hati
Yy berasa sayu dan tersangat2 hiba. Pertuturan
Yy menjadi tidak lancar. Seperti seorang budak yang baru belajar bercakap. Lidah seakan pendek. Ya Allah, dugaan ini
Yy tepis dengan penuh keredhaan.
Yy berpura2 happy, minta2 gelak tawa itu buat
Yy lupa akan kecacatan ini. Bukan cacat, mungkin juga tempoh dua minggu segala pergerakan tidak ada, maka lidah mula jadi kaku. Dan mungkin juga kesan bius masih ada. Kata
Yy, sekadar menyedapkan hati. Walau sebenarnya, mahu menangis sekuat2nya.
Menunggu
Mama dan
Ej datang menjemput. Tak sabar rasanya mahu pulang kerumah. Sementara menunggu,
Yy mengambil kesempatan mengemas2 barang2 yang melambak. Entah apa la yang banyak sangt ni. Ini la dia kalau
Ej yang pack barang. Melambak2. Hehhe. Dekat 1.30petang,
Mama dan
Ej pun sampai.
Setelah selesai segala bill, ubat dah pun ambil, mahu aje melangkah, tiba2
Staff Nurse jerit nama
Yy dan mengatakan
Yy tak boleh balik lagi. Harus menunggu
Doctor Medical datang, kerana sepanjang tempoh
Yy di hospital, sugar
Yy naik. Glup! Tertelan air liur dibuatnya. Dugaan
Allah s.w.t datang lagi, takpe la
Yy tunggu sahaja.
5jam berlalu, menunggu dengan penuh kesabaran dan kemarahan. Sudahnya
Staff Nurse panggil dan beritahu "
Dari awak tunggu lama2, awak balik aje la, kalau tunggu lama2 pun tak tahu bila Doctor Medical datang. Kalau ada apa2 nanti kami talipon." melonjak gembira dalam hati. Ceh... Kemarahan menunggu 5jam tadi lenyap begitu aje.
Sepanjang perjalanan pulang dari
HTAR ke rumah,
Yy memandang jalan dengan perasaan yang bercampur2. Ingin menangis, tapi
Yy tahan. Sampai sahaja tol Subang, hati melonjak sayu apabila terpandang apartment yang pudar warna catnya dari jauh. Ya, itu rumah sewa
Yy. Dah lama
Yy tinggalkan rumah itu. Entah macam mana gaya dan rupanya rumah itu.
Berhabukkah..? Bersepahkah..? Berminyakkah..? Atau bau masamkah. Tidak
Yy fikirkan dalam2. Cuba sembunyikan perasaan sedih yang terpendam dalam hati.
Sesampai di Jalan Punchong,
Yy singgah di klinik, tempat
Yy bekerja. Bukan sengaja untuk menonjolkan diri yang tak sihat di tempat kerja, tetapi bekalan ubat tahan sakit tidak ada. Atas nasihat
Dr. B, beliau meminta
Yy singgah ke klinik untuk mendapatkan ubat tersebut. Memandang wajah
Sue, dan
Siti, air mata
Yy terjulai tanpa
Yy minta. Saat itu,
Allah s.w.t sahaja yang tahu bertapa seksanya menahan air mata. Hehehe
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi,
Yy selamat sampai di rumah keluarga
Yy. Melihatkan wajah adik beradik
Yy, makin berjurai2 air mata ini.
Mama,
Ayah,
Ej dan
Yart cuba menenangkan
Yy, namun air mata yang telah lama terkumpul itu seakan berlumba2 minta dilepaskan.
Yy mahu menangis sekuatnya. Tidak sanggup lagi menahan. Saat itu juga, dapat yy lihat, wajah gelisah
Ayah, wajah sayu Mama, namun air mata ini, masih laju mengalir.
Dan akhirnya, setelah selesai solat Isyak,
Yy merasa tenang dan zzzzzzzzzzzz